Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS | Assalamualaikum semua.. Wow, macam tak percaya je kan ada Bento dan Onigiri yang dijual dengan harga RM1. Biar betul, murah giler weiii. Kebetulan pulak sis memang sejenis suka lepak dan makan di myNEWS cawangan Mid Valley. Tu yang sis boleh nampak promosi mereka ni. So, benda baik macam ni mana boleh simpan sorang kan, harus la sis kongsikan dengan semua pembaca blog sis juga. Konsep sis adalah sharing is caring gichuuuu..

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Rasanya semua tahukan apa itu Bento dan Onigiri ni. Ia adalah menu makanan jepun yang sedap dan mudah dimakan. Bento merupakan makanan bekal yang terdiri dari menu berat (nasi/spaghetti) di dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain manakala Onigiri pula adalah makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat dan diletakkan inti sehingga berbentuk segi tiga dan dibalut dengan seaweed. 

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Apa yang menariknya di myNEWS Bento dan Onigiri ni disediakan segar setiap hari. Sis selalu singgah di myNEWS semata-mata nak beli Bento dan Onigiri ni sebab sedap. Lagipun senang nak makan sebab ia dah dipek dan sedia dimakan bila-bila masa (ready to eat). Rasanya pun sedap tau dan mengenyangkan. So, sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan tak sempat nak masak atau pergi makan di restoran. 

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Selain dari Bento dan Onigiri, sis juga suka beli pelbagai jenis roti dan pastry Maru Bakes yang dijual di myNEWS. Ada banyak pilihan tau. Sis sendiri rambang mata nak pilih. Semuanya disediakan segar dan dipek berasingan agar lebih bersih dan mudah untuk pelanggan membelinya. Sape yang on diet dan tak nak makan berat boleh pilih untuk makan Maru Bakes. Pekena pulak dengan kopi, perghhh.. enakkkk..

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Oh ya, berbalik kepada promosi RM1 untuk bento dan onigiri di myNEWS, memang berbaloi tau. Tapi biasa la, setiap promosi mesti tertakluk kepada terma dan syarat kan. Promosi ini hanya berlangsung pada bulan September sahaja dan hanya boleh dibeli pada hari tertentu sahaja. Untuk Bento ia hanya boleh dibeli dengan harga RM1 pada hari Selasa manakala Onigiri pula hanya boleh dibeli dengan harga RM1 pada hari Khamis. Itu pun bergantung kepada stok ye. So, siapa cepat dia dapat. Memang rezeki la sape dapat tu kan. Jimat... Tapi kalau tak sempat beli, jangan kecewa. Cuba lagi minggu hadapan. 

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Senarai Bento : Spaghetti Spicy Berlado (myNEWS signature), Jumbo Chicken Cutlet, Mapo Tauhu Bento, Salmon Salsa Bento dan Curry Laksa

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Senarai Onigiri : Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese, Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken, Onigiri Teriyaki Salmon, Onigiri Tuna Mayo dan Onigiri Tobiko Kani Mayo

Oppss, ada lagi satu syarat. Promosi ini hanya eksklusif untuk pengguna applikasi myNEWS sahaja. Ala, mudah aje. Korang cuma perlu muat turun aplikasi myNEWS dan daftar aje. Lepas tu korang perlu masukkan duit ke dalam aplikasi tersebut. Kira macam e-wallet tu la. Dah siap baru boleh layak untuk beli promosi RM1 ni. Sis suggest korang muat turun siap-siap dari sekarang. Nanti mudah masa nak buat pembayaran.

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Oh ya, walaupun kawasan korang mempunyai outlet myNEWS tetapi promosi ini hanya tertakluk kepada beberapa outlet yang terpilih sahaja. Nanti ada pula yang kecewa bila pergi ke myNEWS berhampiran tetapi tiada promosi RM1. Seeloknya korang check dulu outlet mana yang membuat promosi ini. Korang boleh check di laman facebook myNEWS ye. 

So, kat sini sis ringkaskan bagaimana korang boleh membeli Bento dan Onigiri untuk Promosi RM1 di myNEWS :

✔ Bento hanya dijual RM1 pada hari Selasa (hari lain dijual pada harga biasa)
✔ Onigiri hanya  dijual RM1 pada hari Khamis (hari lain dijual pada harga biasa)
✔ Tertakluk kepada stok, siapa cepat dia dapat
✔ Eksklusif kepada pengguna aplikasi myNEWS sahaja
✔ Terhad kepada 2 item untuk setiap pembelian
✔ Promosi hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja (sila check dahulu di facebook myNEWS)
✔ Promosi ini hanya untuk bulan September 2019 sahaja

Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS, Maru Bakes

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link di bawah ye :

Senarai lokasi myNEWS 
Bento Tuesday : Facebook - Bento
Onigiri Thursday : Facebook - Onigiri

Facebook : 

Instagram : 



Post a Comment

2 Comments