Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

13.10.19

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL | Assalamualaikum semua.. Lately ni selalu rasa pening-pening lalat. Bukan sakit yang kuat tapi rasa tak selesa especially bahagian atas mata. Biasanya tu tanda-tanda power mata dah naik. Mana taknya dah lama sis tak check mata dan tukar cermin mata. Last sis tukar 4 tahun rasanya sebab kedai cermin mata yang sis pergi tu kat area office. Now dah 4 tahun berhenti kerja maknanya memang da 4 tahun la tak pergi kedai spek tu. So, dah tiba masanya untuk tukar cermin mata baru.

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Kebetulan pulak sis baru terbaca posting kawan blogger iaitu Nisa Kay. Katanya ada kedai cermin mata murah dan viral. Nama kedai spek murah tu Eye Smart Vision yang terletak di di Sungei Wang Plaza KL. Harga bermula dari RM65 untuk frame dan lenses tauuu.. Wah!! giler la. Murah sangat tu. Sis ingat lagi dulu sis pernah buat cermin mata dengan harga lebih RM1,000 tau. Rasa macam menyesal pulak. Kalau buat kat kedai ni boleh dapat 10 pasang tau.. adoiiii..

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL


So, Jumaat lepas sis pun pergi la ke Eye Smart Vision ni. Walaupun sis duduk jauh di Subang Jaya tapi takde masalah nak ke kedai ni sebab sis boleh naik MRT atau Monorail. Mudah sebab ada Stesen yang berhanpiran iaitu Stesen Bukit Bintang (MRT) dan juga Stesen Imbi (Monorail). Jarak dari stesen pun tak jauh. So, tak payah la susah-susah nak drive jauh-jauh. kan. Lagipun semua tahu kan yang Bukit Bintang area ni memang selalu jem..


Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Bila melangkah je masuk ke kedai Eye Smart Vision, sis disapa oleh staffnya yang peramah. Ok, ni yang aku suka ni. First impression tu penting tau. Bayangkan kalau kita masuk kedai pastu disambut dengan staff yang muka ketat, huh confirm sis keluar balik. Tapi tidak di sini ya. Kemudian sis diperkenalkan dengan Jimmy.


Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

So, sis pun bagi tau la yang sis nak buat cermin mata. Dengar kata kedai ni viral dan murah tapi power mata sis tinggi, so boleh dapat ke cermin mata yang murah? Jadi Jimmy pun menerangkan apa yang ditawarkan di Eye Smart Vision :

1) Harga Cermin Mata Murah Serendah RM65 (Frame + Lenses)

Terkejut tengok harga yang ditawarkan. Biasa kalau harga frame sahaja pun dah mahal kan tapi harga ni siap dengan lenses sekali tau. Tapi harga ni tertakluk kepada tinggi power kita dan juga jenis bingkai yang kita pilih.

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL


2) Pelbagai Pilihan Bingkai

Pilihan frame ataupun bingkai kat Eye Smart Vision ni punya la banyak. Ha, pilih la nak gaya macam mana. Ada yang tebal, nipis, bulat, petak dan macam-macam warna. Semuanya cantik dan mengikut trend terkini. Ha, jangan terkejut tau. Kebanyakan frame yang dipamerkan boleh dibeli dengan tawaran harga RM65 tu tau. Tak macam sesetengah kedai hanya tertakluk kepada beberapa jenis frame sahaja.

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL


3) Bingkai Tahan lasak

Selalu hadapi masalah bingkai bengkok atau patah? Ha, kat Eye Smart Vision ni ada juga bingkai tahan lasak. Jimmy siap buat demo dengan membengkokkan bingkai tapi menariknya ia tetap kembali ke bentuk asal. Ha, bingkai tahan lasak ni sesuai untuk mereka yang selalu buat aktiviti lasak ataupun sejenis yang careless. Oh ya, lagi satu kebanyakan bingkai yang ada di sini sesuai untuk mereka yang bertudung kerana kaki bingkai tu bukan jenis yang akan mengembangkan tudung. Rasanya orang perempuan bercermin mata faham kot apa yang sis maksudkan.. hehe

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL


4) Kanta Alpha Blue 420

Bagi yang mempunyai silau yang tinggi ataupun kerap mengunakan komputer dan telefon, disarankan untuk menggunakan kanta (lenses) jenis Alpha Blue 420. Kelebihan kanta Alpha Blue 420 ni adalah untuk menghalang cahaya untuk tembus melalui kanta dan seterusnya menyakitkan mata. Kalau dibiarkan nanti lama-lama mata akan cepat rosak tau. Tapi ada pertambahan harga sedikit jika menggunakan kanta Alpha Blue 420 ni iaitu sebanyak RM60. Tapi tak apa, berbaloi jika tambah sedikit wang untuk kesihatan mata kan. Ha, boleh rujuk pada video di bawah untuk melihat perbezaan antara kanta biasa dengan kanta Alpha Blue 420 ni.


Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL




5) Perkhidmatan Pantas, Siap Dalam Masa 1 Jam

Kalau dulu tiap kali buat cermin mata mesti kena tunggu 2-3 hari untuk siap. Kalau time emergency macam spek patah ke apa terpaksa la rabun untuk 2-3 hari ataupun gigih la pergi selotep bingkai yang patah tu. Tapi di Eye Smart Vision ni tak perlu risau. Cermin mata boleh disiapkan dalam masa 1 jam sahaja.


Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Wow... bestkan. Dah la harga murah, siap dalam masa sejam pulak tu. Memandangkan memang sis dah kena tukar cermin mata, jadi sis terus setuju. Untuk kelainan, sis pilih frame jenis lutsinar warna putih. Eh, bukan nak nampak macam awek K-pop tau tapi sebab sis dah selalu sangat dengan imej cermin mata bingkai hitam so tukar la imej sikit kan. Untuk lens pulak memang sis pilih jenis Kanta Alpha 420. Berbaloi ambil kanta jenis ni sebab sis memang selalu mengadap komputer dan telefon. Maklum la, blogger kannn..


Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Selepas dah membuat pilihan, Jimmy melakukan pemeriksaan dekat mata sis. Fuh, rupanya betul sngkaan sis. Power memang dah naik. Tapi takde la naik tinggi sangat cuma mata sebelah kiri agak ketara la perbezaannya. Patut la sis selalu pening-pening lalat. Memang selayaknya la kena tukar spek ni. Jadi memandangkan cermin mata sis siap lagi sejam, moh la kita pi jenjalan pusing-pusing Sunge Wang Plaza ni. Alang-alang boleh makan terus.

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

Selepas sejam, cermin mata sis pun siap. Berdebar rasanya nak pakai cermin mata baru ni sebab stail frame jenis lutsinar kan. Tadaaa, amacam?? sesuai tak dengan sis?? Mula-mula ni memang nampak kekok sikit kan sebab dah 4 tahun tak tukar spek tapi nanti lama-lama biasa la tu. Kata Jimmy nampak muda sikit.. ehh, hahaha yeke?? Apapun thank you sangat pada Jimmy sebab suggest frame yang outstanding dan lari dari kebiasaan cermin mata yang sis pakai sebelum ni.

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL

So korang, kalau nak cari cermin mata murah, datang la ke kedai Eye Smart Vision di Sungei Wang Plaza KL ni. Lebih spesifik lokasi rujuk alamat kat bawah. Memang ada banyak pilihan cermin mata yang cantik-cantik, up to date dan yang penting harga murah. Kalau nak cari design cermin mata yang exclusive atau sunglasses pun ada tau. Boleh beli kat sini dengan harga yang berpatutan.

Alamat :

Eye Smart Vision
G114, Ground Floor,
Sungei Wang Plaza,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

Maklumat lanjut boleh rujuk :

Cermin Mata Murah Di Kedai Eye Smart Vision Sungei Wang Plaza KL


Instagram :

Facebook Page :




You Might Also Like

33 Comments

  1. bagus ada kedai-kedai emergency cam ni kan, maklumlah kak lily ni spek suka bawak tido kekadang tuh sampai terhimpit dah patah. Nak cari kedai buat spek on the spot ni memang payah. tapi bila ada option ni kira bagus jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan.. takyah la nak selotep spek kalau patah. Masa sy pi tu ada kakak tu pun buat spek juga. katanya spek patah sebab termasuk mesin basuh..

      Delete
  2. Kalau ada rabun jauh an rabun dekat, kena pakai multifocal dah tau.. selalunya harganya
    Mahal ..
    Harapnya kedai ni bagi harga best .. berpeluh nam bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. yang tu memang mahal sket kan harganya.. boleh try survey kat sini

      Delete
  3. ramai yang cakap murah kat sini. mek sendiri alhamdulillah tak kena pkai spec tapi akan suggest kedai ni untuk mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya takde masalah rabun. sy dari umur 13 tahun dah pakai spek dah..ha, nanti kalau ada kengkawan atau sedara nak buat spek boleh la suggest kat sini.

      Delete
  4. sekarang dah banyak kedai spek yang murah. bezanya dari segi servis yang bagus dan kualiti produk untuk dipilih. kalau ianya murah dan berkualiti, sudah tentu kita pun puashati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. spek ni keperluan. memang nak guna hari2. kalau tak berkualiti mesti rasa tak selesa kan

      Delete
  5. Kak memang suka ti jau kedai spek cuma masalahnya tak suka pakai spec haha... dulu kak pakai spek tapi bila dtive je tapi skg alhamdullilah tak perlu dah pakai spec sbb bila pakai rasa pening lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya kak, jeles tengok orang tak pakai spek ni. Macam sy ni power dah tinggi. nak tak nak memang kena pakai spek. tak selesa pakai contact lens

      Delete
  6. Memang yaya recommend sangat kat kawan-kawan untuk buat spec mata kat sini. Servis bagus, spec berkualiti dan harganya pun murah! Kalau anak kita pijak pun tak rasa ralat sangat hihi. Yaya dengan shawn dua2 beli spec mata kat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke.. yaya pun buat kat sini ke?? tu la, masa tgk harga tu terkejut jugak sebab sebelum ni selalu buat mesti lebih RM500.. huhu

      Delete
  7. Murahnyaaa! Seriuslah harga dia ni? Siap dalam satu jam? Senang betul. Jalan-jalan pastu dah siap boleh ambik spek. Harga murah gini boleh Qiss pergi survey spek baru. Yeah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul qis.. ni pun tau sebab google kedai spek murah kat KL. rata-rata ramai rekomen kedai ni

      Delete
  8. rasa cam nak buat cermin mata baru.. dah lama x tukar dan cek power ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, dah sampai masa la tu. nanti try gi kedai ni.,.

      Delete
  9. Wah.. Menarik nie.. AM pun dah lama x tukar cermin mata.. Nak tambah yg boleh cover utk silau malam ada tambahan harga tak? Boleh la AM ke sana gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam yang sy buat ni tambah silau dan guna kanta jenis Alpha Blue 420 sebab kita byk guna komputer dgn laptop kan. harga RM125 gitu

      Delete
  10. Dekat Sg Wang mostly semua kedai affordable kak bee.Tinggal pilih ikut citarasa je kan.
    Dahla boleh siap kejap je.jimatkan masa dan duit kalau beli sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan.. kebanyakan kedai kat sg wang ni murah-murah belaka termasuk kedai spek eye smart vision ni. Murah dan pantas.. sambil tu leh shopping, jenjalan, makan-makan.. hehe

      Delete
  11. fuh murahnya promosi cermin mata. sesuai sangat student atau mereka yang nak cari speak mata ke dua ketiga. sungei wang ni memang banyak kedai optik sampai pening nak pilih mana satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye.. mampu milik ni.. student pun boleh.. jangan pening2, datang je ke eye smart vision.. hehe

      Delete
  12. Murah dan berbaloi la buat spec kat sini. Banyak pilihan bingkai juga. Senang kita nak buat pioihan ikut muka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. macam-macam bentuk, warna dan design ada. Tapi tu la, tak semua sesuai untuk kita. kena tgk bentuk muka jugak

      Delete
  13. murahnya. nampak gaya macam nak kena buat baru jugaklah cermin mata ni. dah lama jugak rasanya tak tukar. and rasa macam power makin bertambah. thanks share ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. kalau nak buat nanti datang la eye smart vision. boleh cari Jimmy ^_^

      Delete
  14. This is consider cheap! I need to buy another pair of spare glasses , cause sometimes anak I akan termain pulak! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sama-sama.. nampaknya kena buat spare glasses tu. in case anak main ada spare sepasang lagi kan.. hehe

      Delete
  15. Saya tak biasa pergi kedai spek ni sebab tak memakai spek. Melainkan kalau mencari spek mata hitam. Hihi. Kepada mereka yang jenis pakai spek, nak buat spek, boleh la dtg sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, xpe kalau tak pakai spek.. kita sharing2 pun dah ok kannn.. hehe

      Delete
  16. Wow!!! Murah dan pantas... Itu yang power tu... Kalau time emergency memang bagus... Yelah, tak banyak kedai cermin mata yang boleh siapkan cermin mata dengan cepat... Pastu lokasinya pun sangat strategik... Kebetulan memang nak kena buat spectacles dah ni, bolehlah ke sana... Hehehehe...

    ReplyDelete
  17. Nk kena p tukar spek ni.....nanti nk p jelajah ke kedai ni nk p bwt spek kt sini...thanks for info..

    ReplyDelete
  18. Kalau dulu nak buat cermin mata memang mahal lepas tu berhari baru siap. Sekarang murah pulak dengan pelbagai pilihan. Lepas tu boleh siap cepat pulak tu

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *