Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

8.10.19

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap | Assalamualaikum semua.... Sebenarnya kan dah bertahun sis tanam azam nak diet untuk kurus tapi tu la, nak berubah cara pemakanan tu yang susah. Tambah pulak negara kita ni memang kaya dengan pelbagai jenis makanan, mana boleh tahan. Patut la ada kajian yang melaporkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai paling ramai warga gemuk di Asia sejak tiga tahun yang lalu. Laporan tu juga menyatakan separuh dari penduduk Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dengan kadar obesiti yang meningkat 300% dalam masa hanya 2 tahun. So, adakah sis tergolong dalam peratusan ni??? Tidakkkkk.. terus rasa insaf kejap.

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Jadi sebelum terlambat apa kata mulai hari ni kita tukar gaya pemakanan kepada makanan yang lebih menyihatkan. Tapi mampu ke? Ya, sis pasti bila sebut makanan sihat ni ramai yang akan beranggapan yang makanan sihat ni tak sedap la, tawar la, lepas tu confirm kena telan sayur je hari-hari. Amboiii, bila berat naik bising tapi hari-hari nak makan sedap je kan. Ha, kata-kata ni tak perlu la nak tuding kat orang lain. Sis sendiri pun macam tu. Memang sis sejenis makan tak ingat lepas tu bising bila badan dah gemuk... adoiiiii...

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Tapi sis tahu ada satu restoran baru yang dibuka di Bandar Sunway terus sis kembali bersemangat untuk diet. Restoran yang sis maksudkan adalah Kubis & Kale. Restoran ini diasaskan oleh Chef Aaron Lim yang merupakan perintis gaya makanan poke bowl di Malaysia. Jadi Kubis & Kale ini telah membawa satu trend yang baru dengan menampilkan makanan sihat "Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl".

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Poke bowl adalah sajian nasi bercampur dengan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar, dihidang di dalam mangkuk. Sebenarnya apa yang menarik mengenai hidangan poke bowl ni? Ya, daya tarikannya adalah poke bowl yang merupakan masakan dari Hawaii ni mengandungi pelbagai jenis bahan asas, ramuan dan sos dan diletakkan potongan isi ikan mentah yang diperap. Biasanya diorang guna ikan tuna la, kemudian diletakkan di atas nasi atau soba atau quinoa dan ditabur dengan sayur dan sos umami diatasnya.

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Kalau korang nak tau, poke bowl ni merupakan hidangan utama di Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ni telah mula sejak beberapa tahun lepas dan nampaknya kini ia telah mendapat tempat di hati para pelanggannya tak kira lapisan umur. Kalau sebelum ni tanggapan terhadap makanan sihat adalah membosankan atau tak sedap, korang kena rasa poke bowl yang disediakan di Kubis & Kale ni. Sis gerenti korang akan suka sebab walaupun makanan sihat tapi rasa dia sedap tau. Silap-silap sesiapa yang tak makan sayur tu terus boleh jatuh cinta dengan hidangan ni.

Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara penyediaannya. Falsafah kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahan bermusim yang sihat, menjalin hubungan dan bekerjasama dengan masyarakat petani, pembekal & masyarakat yang menyokong dan memperjuangkan makanan sebenar,” kata Aaron.

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Kami berusaha menyenangkan kita untuk menjamu selera, menjadikan makanan mudah didapati dan pada harga yang termampu. Tidak ada masalah untuk makan di sini, kerana pelanggan boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis tetapi persekitaran hijau mendamaikan yang selesa. Kami menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau dengan sedikit daging untuk mereka yang masih mahu makan daging. Sajian makanan kami sangat menarik untuk seluruh generasi baharu, khususnya pengguna media sosial. Kami ingin menganggap diri kami sangat mengikuti trend tetapi tetap berpaksi kepada makanan yang sihat,” jelas Aaron.

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Di Kubis & Kale, Aaron telah mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru untuk membawa poke bowl ke tahap yang lebih menarik dan seterusnya memperkenalkan 3 jenis makanan baharu untuk vegetarian / vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat :

✔ Poke Bowl (mentah & masak)
✔ Makanan masak
✔ Menu makanan untuk vegetarian/vegan

Kubis & Kale membawa faktor "makanan sihat" ke satu lagi tahap dengan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semula jadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Beberapa fakta menarik tentang ‘Poke’ (mentah / segar) dan makanan vegetarian / vegan :

✔ Menggunakan lebih banyak bahan makanan segar / sejuk / diperap sendiri, khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya
✔ Lebih banyak makanan segar / dimasak
✔ Menawarkan menu bermusim
✔ Pilihan sos vegan
✔ Menawarkan lebih banyak pilihan protein untuk vegetarian / vegan
✔ Pelbagai sos yang dibuat sendiri

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Ha, nampak tak?? sape kata makanan sihat ni membosankan dan tak sedap. Sis sendiri dah rasa dan memang kena dengan tekak sis. Walaupun tak dinafikan makanan sihat ni banyak guna sayur tapi di Kubis & Kale mereka menggunakan sayuran karbon yang dibekalkan oleh Pakar Perladangan Karbon Janaan Semula Bandar dan Pertanian iaitu perintis Tumbuhan Karbon (teknologi pertanian terbaru digunakan di Australia dan Perancis dan yang pertama di Malaysia).

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Pakar diet Indra Balatratnam juga turut menjelaskan tentang fakta pemakanan dan cara mengimbangkan makanan seseorang dalam satu mangkuk untuk kehidupan moden sekarang. Menurutnya, apa yang kita makan dalam sehari boleh mempengaruhi perasaan, kesejahteraan dan keadaan kesihatan kita.

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Makanan secara langsung boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan melenyapkkan rasa kembung dan senak perut kita. Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan mendapati sukar untuk mengambil makanan yang sihat, poke bowl menawarkan peluang kepada mereka untuk mencampur padan pelbagai bahan seperti protein pejal, kacang, sayuran warna-warni, kekacang, bijian dan bijirin untuk membentuk kombinasi bahan masakan untuk sajian makanan mereka. Sajian yang begitu menyenangkan, mengandungi kebanyakan nutrien yang anda perlukan dan bersahaja untuk dimakan, kesemuanya dalam satu mangkuk dengan sukatan yang betul untuk keperluan makanan anda,” jelas Indra.

Kubis & Kale Menawarkan Poke Bowl Makanan Sihat Dan Sedap

Selepas rasa keenakan poke bowl di Kubis & Kale terus sis rasa bersemangat nak teruskan azam untuk diet. Lepas ni sis tau dah mana nak cari makanan sihat dan sedap, harga pun berpatutan. Pergi je ke Kubis & Kale. Kebetulan restoran ni pun tak jauh dari rumah sis. So, takde masalah nak pergi selalu. Kalau tak sempat nak makan kat situ, bungkus bawa balik pun boleh. Lagipun sekarang ada promosi tau. Sempena Hari Vegan Antarabangsa pada 1 November 2019, Kubis & Kale mengumumkan promosi "Beli 1 percuma 1" dari 1 hingga 3 November 2019 bagi menggalakkan lebih ramai mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.

Lokasi Kubis & Kale :

Lot 2 & 4, Ground Floor,
Jalan PJS 11/5, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya

Waktu operasi : 10.30am-10pm



You Might Also Like

1 Comments

  1. sukanyaaa tengok sayur mayur tersusun cantik...sihat2 makanan kat sini ekkk

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *