Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown | Assalamualaikum semua.. Sape sini suka rendang ayam?? yeszaaa, sis pasti ramai yang suka kan. Semua sedia maklum yang rendang ayam ni merupakan hidangan istimewa di pagi hari raya. Ada juga yang menghidangkannya di hari-hari istimewa seperti kenduri ataupun semasa majlis-majlis keraian tapi kalau hari biasa agak jarang kita dapat menikmati rendang. Almaklum la, dia punya bahan nak menyediakan rendang tu agak banyak jadi memang tak sempat la nak masak hari biasa. Betul tak?? 

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Kini tak perlu lagi rasa mengidam untuk menikmati rendang bahkan kita boleh menikmati hidangan rendang hari-hari kerana restoran rantaian makanan segera tempatan halal yang pertama dan terbesar di Malaysia iaitu Marrybrown. Ya, Marrybrown telah membawa menu istimewa dalam bentuk kombo MB Rendang Ayam Asli iaitu Nasi Ayam Rendang dan Burger Ayam Rendang. Wah, menarik kan.. 

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown


Untuk pengetahuan semua, Marrybrown kini telah 38 tahun dan menjadi restoran rantaian makanan segera tempatan halal dan pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Ha, sama dengan umur sis tau. Maknanya sis lahir, Marrybrown pun dilahirkan. Ha, gituu.. Kini Marrybrown telah berkhidmat berjuta-juta pelanggan melalui lebih 500 buah restorannya di 16 buah negara. Wow, banyak dah rupanya cawangan Marrybrown ni ye. Antaranya di Brunei, Myanmar, Thailand dan Singapura.

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Bila sebut pasal Marrybrown ni teringat zaman sekolah dulu. Masa tu kat area sekolah kami hanya ada Marrybrown sahaja. Jadi kat Marrybrown ni la tempat sis lepak bersama kawan-kawan. Yang syioknya kat Marrybrown ni ada buaian. So, sambil makan sambil berbuai. Tu yang specialnya Marrybrown ni selain dari ayam gorengnya yang sedap tu. Jadi bila rindu saat bersama kawan-kawan, sis pasti akan singgah di Marrybrown.

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Berbalik kepada hidangan Nasi Ayam Rendang dan Burger Ayam Rendang, setiap pembelian kombo Nasi Ayam Rendang dan Burger Ayam Rendang ni kita akan dapat satu set sekali dengan air dan juga kentang goreng. Bagi yang ingin tambah kuah, boleh je minta kuah rendang lebih. Manakala kalau nak take away pun boleh juga. Kotak nasi Ayam Rendang tu cantik tau. 

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Nasi Ayam Rendang (Harga bermula dari RM13.90) - Set nasi bersama ayam masak rendang, timun, papadom dan telur. Ha, telur tu sebiji tau, tapi dibelah dua. Kalau beli kombo dapat sekali air.

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Burger Ayam Rendang (Harga bermula dari RM12.50) - Kepingan ayam goreng yang dicelup ke dalam kuah rendang dan diapit dengan timun dan roti. Kalau beli kombo akan dapat air dan kentang goreng.

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Dari segi rasa, bagi sis dia punya rasa tu memang sedap sama macam rendang yang ibu sis masak masa pagi raya. Mana taknya, Marrybrown menggunakan pelbagai jenis herba dan rempah dan dimasak secara tradisional bagi memberi rasa yang asli dan enak dimakan. Bila makan tu rasa terubat rindu dengan air tangan ibu kat kampung. Terima kasih Marrybrown kerana berjaya menghasilkan menu yang dekat dengan hati para pelanggannya. 

Rasai Keenakan Rendang Ayam Asli Di Marrybrown

Jadi buat korang semua jangan ketinggalan untuk menikmati keenakan Rendang Ayam Asli di Marrybrown melalui hidangan istimewa Nasi Ayam Rendang dan Burger Ayam Rendang. Hidangan ini akan ditawarkan bermula dari 19 September 2019 sehingga 3 November 2019 sahaja di cawangan Marrybrown terpilih di seluruh Malaysia. Ha, kalau lambat nanti kempunan pulak kan. So, moh la kita pergi sekarang.. zassss...


Maklumat lanjut boleh rujuk :

Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV



Post a Comment

2 Comments

  1. Wah Marrybrown dah ada rendang. Boleh try nanti ni.

    ReplyDelete
  2. wah burger ayam rendan. unik menu ni. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete