Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni sis pergi ke sambutan ulang tahun ke-13 Tony Roma's. Wah tak sangka yang restoran ni telah beroperasi selama 13 tahun di negara kita. Bermula dari cawangan pertamanya di Sunway Pyramid, kini Tony Roma's ada 12 cawangan di seluruh Malaysia. Eh, mesti ada yang tertanya, bukan ke Tony Roma's ni dah lama beroperasi? Ya, kalau ikut kan memang dah lama sejak dari tahun 1972 lagi tapi tu kat luar negara wakk. Kat Malaysia kira dah 13 tahun la.

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Sambutan ulang tahun ke-13 ni diadakan di Tony Roma's cawangan Pavilion. Masa sis sampai tu dah ramai dah tetamu yang datang. Ada rakan-rakan blogger, media, dan juga tetamu dari Tony Roma's sendiri. Sambutan ni bukan sahaja untuk para tetamu malah turut dirai bersama staff-staff Tony Roma's. Wah, meriah betul. Siap ada belon-belon bergantungan.

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Sementara menanti majlis dimulakan, Tony Roma's menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk tetamu. Apalagi sis pun tak ketinggalan mencuba. Walaupun tak berjaya tapi tetap dapat hadiah tau. Ha, seronok betul. Lebih teruja bila kawan sis iaitu blogger Luke berjaya dalam salah satu game. Wow, hebat la Luke. Dia berjaya mendapat hadiah hidangan beef ribs percuma. Ha, jangan tak tau yang Beef Ribs Tony Roma's adalah yang terbaik di dunia tau...

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Tak best la datang ke Tony Roma's tapi tak makan hidangan yang disediakan. Betul tak? Ha, kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan enak termasuk beef ribs. Perghhh, memang sedap tau. Sambil-sambil makan, majlis turut diserikan dengan hadiah cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan bukan calang-calang tau. Semua best termasuk hadiah utama Dine In di Tony Roma's selama setahun. Wow, tahniah kepada semua mereka yang bertuah.

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Selain dari sambutan ulang tahun ke-13, Tony Roma's juga membuat pelancaran aplikasi Bite & Bites. Aplikasi ini diperkenalkan khas untuk pelanggan setia Tony Roma's di mana terdapat banyak tawaran dan promosi untuk direbut. Yang menariknya aplikasi ni bukan sahaja untuk restoran Tony Roma's malah boleh juga digunakan di restoran NY Steak Shack dan The Manhattan FISH MARKET cawangan Malaysia.

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Cara nak guna aplikasi Bite & Bites ni mudah je. Mula-mula korang install dulu dalam telefon kemudian register ikut arahan. Lepas register, korang akan dapat satu (1) Bite Marks yang pertama untuk setiap restoran sebagai tanda selamat datang. Bite Marks ni merupakan Loyalti Points dan perlu dikumpul setiap kali pembelian di restoran (tertakluk kepada syarat). Bila dah cukup jumlah Bite Marks yang dikumpul ia boleh ditebus dengan pelbagai bentuk ganjaran.

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

Berikut adalah syarat untuk mendapatkan Bite Marks :

✔ Tony Roma's - Satu (1) Bite Mark = Setiap perbelanjaan minima RM80 atau lebih 
✔ The Manhattan FISH MARKET - Satu (1) Bite Mark = Setiap perbelanjaan minima RM40 atau lebih 
✔ NY Steak Shack - Satu (1) Bite Mark = Setiap perbelanjaan minima RM40 atau lebih
✔ Setiap ahli hanya boleh mendapatkan dua (2) Bite Marks setiap hari 
✔ Hanya sah untuk Dine In & Take Away Transaction sahaja

Kalau dah cukup Bite Marks apa yang kita dapat?? Ok, setiap restoran ada menyediakan ganjaran masing-masing tapi bagi Tony Roma's ini ganjaran eksklusif untuk anda :

🍴 3 Bite Marks : 1 Free Onion Loaf
🍴 6 Bite Marks : 1 Free Spicy Chicken Pasta
🍴 9 Bite Marks : 1 Free Beef Ribs (2 Pieces)

Amacam.. best kan kalau dapat Beef Ribs tu secara percuma. Sedap tuuu. So, marilah install aplikasi Bite & Bites ni. Banyak ganjaran best yang menanti. Selain tu senang nak tahu jika ada apa-apa promosi terkini seperti voucher percuma. Ha, berbaloi kan kalau install aplikasi Bite & Bites ni. Lagipun tak susah pun nak install. Boleh didapati di Google Play Store dan juga Apple Store.

Sambutan Ulang Tahun Tony Roma's Ke-13 Dan Pelancaran Aplikasi Bite & Bites

So kepada Tony Roma's, tahniah di atas sambutan ulang tahun yang ke-13 dan juga pelancaran aplikasi Bite & Bites. Ni yang buat sis makin seronok nak makan di Tony Roma's. Boleh la kumpul Bite Marks sekali kan. So lepas ni sape nak ajak sis keluar sila lah bawa sis ke Tony Roma's ye. Nak kumpul Bite Marks ni.. hehe

Maklumat lanjut boleh rujuk :








Post a Comment

2 Comments

  1. wah zuan menang 1 year dine? gile ahhh. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. best giler kannn.. puas la makan Tony Roma's.. hehe

      Delete