SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah | Assalamualaikum semua.. Snek, kudapan, jajan dan seangkatan dengannya. Tak kisah la korang panggil apa tapi maksudnya tetap sama iaitu makanan ringan yang diambil di antara waktu sebelum atau selepas waktu makan. Sis pasti ramai yang suka makan snek kan. Macam sis pun sama. Dari kecil lagi dah memang terdedah dengan snek seperti coklat, biskut, keropok dan sebagainya.

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

Dalam sehari berapa kali korang makan snek?? Mesti ada yang lebih dari 6-7 kali kan. Ada Tambah pulak kalau jenis yang sibuk dan tak sempat nak pergi makan. Tak percaya pergi la cek laci mereka. Mesti ada stok simpanan makanan ringan. Haha, sis tau la sebab sis pun macam tu jugak. Sis ingat lagi masa time kerja office dulu. Siap ada laci khas untuk letak segala jenis coklat dan biskut. Every week akan topup tau. Nampaknya sis antara penyumbang untuk jualan produk snek di Malaysia yang mencecah RM1.28 billion pada tahun 2018... perghh, banyak tuuuu.

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

Tapi kan betul ke orang cakap kalau kerap mengambil makanan ringan ni boleh menggemukkan?? Ya, kita selalu dimomokkan kata-kata yang kalau makan coklat boleh gemuk la, nanti dapat banyak penyakit la. Adakah kalau kita tak makan snek langsung sebaliknya makan makanan lain tak akan membuatkan kita gemuk?? Ha, sebenarnya salah cara kita berfikir tu. Tak semestinya kalau tak makan snek langsung kita akan sentiasa kurus dan sihat. Lagipun boleh ke kita halang diri kita mahupun orang lain untuk tidak makan snek? Cuba korang fikir macam mana kita nak buang tabiat makan makanan kegemaran kita ni? Tentu tak boleh kan. Tambah lagi kalau budak-budak. Mau meraung dalam supermarket kalau tak beli jajan untuk diorang. 

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

Jadi atas perasaan ingin tahu, sis telah menghadiri SMRter Snacker Workshop yang dianjurkan oleh Mondelēz International (Malaysia). Workshop ini adalah satu sesi interaktif dan infomatif yang fokus pada kepentingan snek secara berhemah. Objektif sesi ini adalah untuk memperkasa para peserta untuk menikmati snek dengan betul tanpa perlu memilih antara snek atau makan secara sihat. Sesi ini juga mengupas persoalan kenapa setiap individu suka makan snek, peranan snek terhadap mereka yang peka terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri, apa yang mempengaruhi pemikiran para pengguna terhadap makan snek, faedah dan tips bagi makan snek secara berhemah.

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

Sesi SMRter Snacker ini diketuai oleh Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelēz AMEA, Pei Gee Chew, serta barisan panel yang hebat untuk topik snek secara berhemah ini seperti Dr. Satvinder Kaur, Penolong Profesor, Ketua Program Nutrisi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Gunaan Terapan, Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus yang merupakan seorang selebriti jemputan dan juga seorang bapa yang berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan. Sesi perbincangan ini juga di dikelolai oleh pengacara jemputan yang tidak asing lagi, Sheahnee Iman Lee.  

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

Seronok juga join SMRter Snacker Workshop ni. Tak boring sebab ada beberapa aktiviti yang perlu kami buat. Almaklum la event ni waktu petang kan. Kalau setakat dengar je memang tak masuk. So, bagus juga pihak Mondelēz ni menyediakan aktiviti sebegini. Baru sel otak berhubung dan sekaligus dapat hilangkan rasa mengantuk.  Ha, ni antara aktiviti yang kami buat :

1) Mindfulness Word Search

Kami diberi clipboard bersama sekeping kertas untuk Word Search. Ada 12 perkataan yang perlu dicari dan siapa yang paling cepat dapat mencari semua perkataan adalah pemenang. Apalagi sis pun mula la mencari. Berpinar jugak la mata tengok semua huruf-huruf yang berterabur tu. Apabila masa tamat, sis hanya berjaya mencari 9/12 perkataan. Ala, sikit je lagi kan. Korang dapat cari tak lagi 3 perkataan tu?? Dah jumpa?? kalau jumpa terima kasih la ye..

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah


2) Guess? The Right Portion

Macam sis cakap tadi kita selalu dimomokkan yang snek ni boleh menggemukkan. Tapi betul ke?? Jadi di sini la pentingnya kita mengetahui kandungan kalori dalam setiap makanan yang kita ambil. So dalam aktiviti ni kami diberi beberapa pilihan makanan dan kami perlu pilih yang mana menjadi kebiasaan untuk kami makan. Selepas dah pilih, kami perlu rujuk carta kalori dan mengira jumlah kalori dalam makanan yang kami pilih tadi.

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah


3) What Type Of Snacker Are You?

Untuk aktiviti ni kami diberi satu carta untuk mengenali kita ni kategori yang macam mana bila makan snek. So, dari carta ni ada 3 kategori snacker iaitu Situational Snacker, Compulsive Snacker dan Mindful Snacker. Setelah jawap soalan, sis adalah kategori Situational Snacker. Haa, cuba korang try jawab pulak. Kategori mana korang ni?

SMRter Snacker Workshop : Belajar Makan Snek Secara Berhemah

Dah selesai buat aktiviti, ada lagi satu lagi aktiviti menarik yang kami perlu buat. Nak tau apa?? ya, kami diajar cara makan coklat. Selalu kalau kita buka pembungkus terus je ngap kan. Ha, kali ni cuba tips ni. Buka pembungkus dan pegang dengan tangan kiri. Kemudian gigit sedikit dan kemam di dalam mulut sebelum telan. Ha, ada beza tak ?? eh, bukan beza dari segi rasa ye tapi dari segi feel bila makan tu. Ha, percaya tak kalau sis cakap dengan cara ni juga akan buat kita rasa lebih puas bila menikmati snek. Tak percaya?? boleh tonton video ni dan cuba sendiri ye


Jadi secara keseluruhannnya apa yang sis dapat belajar dari SMRter Snacker Workshop ni adalah tak salah pun kalau nak makan snek ni. Apa yang penting adalah cara pengambilan snek perlu berhemah. Maknanya pilih snek yang betul, ambil tahu kandungan bahan dan kalori dalam setiap snek dan makan dengan cara yang betul. So, boleh la beli dan tambah stok snek.. yeayyy... Thank you Mondelēz International (Malaysia).



Post a Comment

6 Comments

  1. Walaupun ianya snek, tapi kalau amik dengan cara yang betul, tidaklah menganggu sistem pemakanan kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. boleh je nak makan asalkan jangan keterlaluan la..

      Delete
  2. bagusnya,belajar makan secara sihat...part tak makan snek pun gemuk tu cik sue la tu hahahah tak minat jajan2 cekedis or coklat bar skdr rasa je la,dalam seminggu 2 3 kali pun payah tapiiiiiiii gemuk jugaaaaaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. tapi tula, orang selalu duk cakap makan coklat or jajan ni boleh menggemukkan tapi hakikatnya kalau betul cara makan should be ok je

      Delete
  3. Okay bagus. boleh makan snek secara berhemah gitu. kalau tak semua main hentam je sumbat dalam mulut..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.. kan kan... boleh je makan tapi biar berhemah ^_^

      Delete