Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

9.10.19

Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera | Assalamualaikum semua... Vivo ni macam tahu-tahu je sis tengah mencari telefon baru yang mempunyai kamera yang bagus. Nahh, terus depa lancarkan telefon yang mempunyai bukan 1, bukan 2, bukan 3, bukan 4.. eh, berapa banyak bukan daaa. Abis tu berapa?? ha, 6 kamera kaawww.. perghhhh.. Meleleh air liur sis tengok model terbaru Vivo V17 Pro ni. Terus rasa dup dap dup dap jantung ni macam kali pertama jatuh cinta.. ehh haha over tak sis??

Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Taraaaa... ha, ni la telefon Vivo 17 Pro yang sis cakap tu. Kebetulan sis pergi ke majlis pelancarannya tempoh hari. So dapat la sis godek-godek telefon ni. Ya, memang dah jadi kebiasaan kalau ada telefon baru keluar pasti ramai yang nak tahu apa spesifikasi yang ditawarkan, betul tak? Untuk Vivo V17 Pro ni pastinya spesifikasi utama yang ditonjolkan adalah ia mempunyai 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan gambar yang mantap. Ada 4 kamera di bahagian belakang yang mempunyai resolusi 48MP manakala kamera hadapan pula ada 2 kamera jenis pop-up dan mempunyai resolusi 32MP. Wow, memang syiok la nak amik gambar. 

Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna. Peranti baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui imaginasi. V17 Pro merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik di Malaysia.” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.

Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera


Ok ok, sis tak mau cerita banyak. Nah sis kongsikan apa kelebihan telefon Vivo V17 Pro ni.

Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP Untuk Pengambilan Swafoto Yang Sempurna Pada Setiap Masa

Ciri ikonik Vivo iaitu kamera depannya kini ditambah baik. Peranti terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik. 

Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.

Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam, V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik.


Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP

Mantapkan lagi keupayaan pengambilan gambar dengan kamera utama 48MP 6P. Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap. 

Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran profesional, V17 Pro juga tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk kecantikan, iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.


Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Pengalaman visual yang tidak terganggu dengan kamera, earpiece, dan sensor yang tersembunyi

Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%. Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti. Ia merupakan ciptaan yang begitu cemerlang demi penghasilan kepuasan visual yang dapat meningkatkan pengalaman mudah alih para pengguna.

Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat.


Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa

V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna. 

Peranti ini juga dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.

V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa. Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat.

Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Ha, amacam power tak Vivo V17 Pro ni?? Bukan setakat kamera je yang power, spesifikasi lain pun power jugak. Sesuai untuk mereka yang suka ambil gambar dan juga yang suka main game. Macam sis sendiri memang pernah guna Vivo dan sangat berpuas hati dengan kualitinya. Oh ya, Vivo V17 Pro ni ada dua pilihan warna iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM1,699. Memang berbaloi-baloi tau.. So, jom la kita bertukar kepada Vivo V17 Pro. 

Wow!! Vivo V17 Pro Didatangkan Dengan 6 Kamera

Ringkasan Spesifikasi Vivo V17 Pro

Basics
Processor
Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-core processor
Storage
8GB RAM + 128GB ROM
Battery
4100mAh with Dual-Engine Fast Charging (9V 2A)
Operating System
Funtouch OS 9.1 (based on Android 9.0)
Body
Dimensions
159.00 × 74.70 × 9.80 mm
Weight
201.8g
Display
Screen
6.44” FHD+ Ultra FullView™ Display
Type
Super AMOLED
Touch Screen
2.5D (Glass)
Biometric recognition
In-Display Fingerprint Scanning Technology
Camera
Camera
Front: 32MP Front Camera + 8MP Wide-Angle Front Camera
Rear: 48MP + 8MP (Wide-Angle) + 2MP (Bokeh) + 2MP (Macro)  

Photography Modes
DOC, PRO, SLO-MO, TIME-LAPSE, Camera Filter, LIVE PHOTO, HDR, PORTRAIT, Panorama, 4K Video, Touch to shutter, Voice Control, Palm Gesture, AR Stickers, Super Night Mode, Jovi Image Recognizer, AI Scene Identification, Bokeh, Ultra-Wide Angle, Super Macro
Pre-Installed Apps
Google Services
Play Store, Google, Chrome, Google Assistant, Gmail, Maps, Youtube, Drive, Play Music, Play Movies, Duo, Photos, Google Pay
Connectivity
USB (USB2.0), Wi-Fi, Bluetooth (Bluetooth 5.0), GPS, OTG
Sensors
Accelerometer, Ambient Light Sensor, Proximity Sensor, E-compass, Gyroscope
Items in the box
V17 Pro, Earphone, Documentation, USB Cable, USB Power Adapter, SIM Ejector, Protective Case, Protective Film (applied)




You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *