Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting

Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting | Assalamualaikum semua.. Setiap orang kalau pergi bercuti pasti nak merehatkan minda sambil bersantai kan. Tapi kalau naik ke Genting Highlands ni pasti semua tahu yang di sini agak sesak sikit dengan pengunjung kan. So, macam mana nak tenang tu?? Ha, meh sis nak kongsikan satu tempat yang bukan lagi rahsia iaitu di Karnival Starlight Resorts World Genting. Di sini kita dapat berehat sambil bersantai menjamu mata.

Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting

Bagaikan melangkah ke satu dunia yang asing, sis sangat kagum dengan apa yang sis lihat di sini. Bayangkan langit gelap dihiasi hiasan bintang-bintang, bergemerlapan seperti berlian bertentangan latar belakang satin. Mendengar irama dan melodi berkumandang seiring dengan aroma makanan berlegar-legar di udara. Di sebelah kiri terdengar jeritan keseronokkan di tapak pesta apabila ada yang memenangi hadiah di sebelah kanan, kaki wayang bersedia untuk menonton filem-filem blockbuster.

Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting

Sebenarnya Karnival Starlight ni telahpun dilancarkan pada 10 Oktober 2019 dan kebetulan masa sis datang tu rupanya hari penutupnya. Mujur la kami sempat masuk dan merasai kemeriahan Karnival Starlight ni. Tapi best la tempat ni. Dikelilingi dengan bangunan yang penuh warna warni dan di tengah-tengah pula ada tasik yang menjadi tumpuan dengan skrin besar. Di tepi tasik pula ada ruang santai di mana pengunjung boleh duduk bersantai bersama keluarga. Siap ada bean bag tau.

Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting

Rupanya tempat ni dipanggil Pawagam Karnival dimana filem blokbuster ditayangkan seperti A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Kesemuanya akan ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil duduk di atas beg kekacang dan kusyen. Tayangan filem di kawasan terbuka ini akan memberikan satu suasana baharu ketika menonton terutamanya apabila angin bertiup lembut dan ditambah kedengaran bunyi haiwan malam untuk memberikan faktor lebih ‘wow’ ketika tayangan.


Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting

Kalau perut terasa lapar jangan risau. Kat sini terdapat pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Biarpun trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat, Resorts World Genting turut akan mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&B nya. FUHU by Zouk, yang merupakan sebahagian daripada kompleks Zouk Genting akan menyediakan beberapa sampel masakan gabungan unik, termasuk tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU. Harry Ramsden pula bawakan hidangan kegemaran London ikan dan kentang goreng ke Malaysia, serta masakan Itali seperti piza, pasta dan pelbagai lagi yang di kios II Lago. Cosmic Café akan menawarkan hidangan pilihaan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso, manakala aiskrim serta minuman berasaskan manga boleh didapati di khemah La Cremeria dan trak Sjora.

Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting

Walaupun ramai orang tapi rasa tenang sangat kat sini sebab ruang Karnival Starlight ni dipenuhi dengan alunan muzik yang indah. Barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo untuk merancakkan lagi mood malam. Memang nyaman je rasa menikmati minuman sambil dibuai alunan bunyi akustik yang menginspirasikan di pentas Karnival Starlight.

Masa jalan-jalan perasan juga ramai yg usung banana besar. Rupanya mereka dapat dari permainan di Karnival Starlight ni. Ada banyak permainan yang mencabar dan menyeronokkan. Baik lelaki dan perempuan masing-masing cuba nasib dan kemahiran di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Berjam-jam masa penuh keseronokkan dan cabaran menanti di Zon Permainan Karnival termasuk peluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik.


Malam Indah Di Karnival Starlight Resorts World Genting

Seronok pulak tengok diorang main. Tapi sis nak main tak reti la. Kang tak dapat hadiah kecewa. Jadi kami memilih untuk duduk bersantai sambil menikmati pemandangan. Sambil-sambil tu apalagi, OOTD la kan. Banyak port-port cantik untuk ootd tau. Lagipun bukan senang nak ke sini so time ni la nak abadikan gambar buat kenang-kenangan di Karnival Starlight Resorts World Genting.

Oh ya, nak masuk ke Karnival Starlight ni kena bayar tapi berbaloi sangat bayar tiket RM20 untuk masuk ke dalam. Korang boleh lepak kat situ sampai lewat malam. Untuk info lanjut boleh rujuk www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.



Post a Comment

3 Comments

  1. Ini kira dah habislah ni kena tunggu tahun depan baru ada lagi?

    ReplyDelete
  2. Wah murah je! Lama sangat tak ke Resort World Genting ni. Lepas baca entri Kak Bee ni rasanya dah masa untuk pergi lagi ni. Banyak tarikan baru pula tu - mesti lagi berbaloi!

    ReplyDelete