Merdeka Menstrual Membincangkan Isu Period Poverty Di Malaysia

Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Setiap bulan pasti seorang wanita akan menghadapi waktu period kan. Kalau tak datang period tu baik cek, mana tau pregnant kan. Kalau iye, alhamdulillah tapi kalau tak memang setiap bulan kita kena beli stock sanitary pad la jawabnya. Ha, kat pasaran sekarang ada banyak jenis sanitary pad. Ada yang nipis, tebal, ada wing, takde wing. Ha, pilih je yang mana satu ikut kegunaan masing-masing.

Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia

Macam sis sendiri pun akan membeli beberapa jenis sanitary pad ikut keperluan. Sis memang akan beli banyak dan simpan kat rumah sebagai stock. Ada juga sis simpan dalam kereta untuk kegunaan emergency. Kiranya banyak juga wang yang sis peruntukkan untuk beli stock pad ni. Tapi kan pernah tak kita terfikir, macam mana dengan golongan tidak berkemampuan untuk membeli sanitary pad ni? Ye la, sedangkan makan pun mereka terpaksa berjimat. Cuba bayangkan pula jika dalam keluarga mereka tu mempunyai anak perempuan yang ramai. Hurm.. sedih kan.

Sebenarnya minda sis terbuka terhadap isu ni selepas sis menghadiri Merdeka Menstrual Event tempoh hari. Event ini dianjurkan oleh RedTalks sempena ulangtahun pertama mereka dan turut dianjurkan bersama SPOT, Enya, dan The Body Shop Malaysia yang juga merupakan penaja acara itu. Event ini dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah dan keperluan ketika period (haid).

“Our goal for Merdeka Menstrual is that everyone walks away having learnt
something new about how they can provide aid to menstruators in need, that they
have the power and they have all the tools they need to use it.
We do hope that the event will inspire individuals to take change
into their own hands; just as we have."
- Charmaine Cheong -
co-founder RedTalks

Dalam Merdeka Menstrual Event ni terdapat 3 sessi forum di mana pelbagai perspektif dan isu dibincangkan berkaitan dengan haid dan juga kebersihan dan kesihatan wanita. 3 sessi forum tersebut adalah :

(i) Battle Of The Period Product


Biasanya kalau period kita akan guna sanitary pad (tuala wanita) kan. Tapi tahu tak yang ada beberapa lagi kaedah lain yang boleh digunakan ketika period seperti tampon dan juga cawan haid (menstrual cup). Jadi untuk sessi ini adalah untuk membincangkan dan memberi pendedahan mengenai kebersihan dan keselamatan penggunaan produk-produk ini.

Para panel membincangkan mengenai keselesaan penggunaan tuala wanita dimana adakah ia betul-betul selamat. Ini kerana ada juga yang mengalami gatal-gatal, kerengsaan dan sekaligus menjadikan penggunanya berasa tidak selesa. Juga turut dibincangkan mengenai penggunaan cawan haid. Ianya didakwa mesra alam kerana boleh digunakan semula selama lebih 10 tahun dan sekaligus dapat menjimatkan wang. Tapi adakah ia membantu golongan kurang berkemampuan?

Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia

(ii) Abortions: Malaysia’s Legal Taboo

Untuk sessi kedua ni agak berat sedikit kerana ia membincangkan mengenai isu pengguguran anak. Para panel membincangkan isu ini dari sudut undang-undang Malaysia dan juga sudut perspektif Islam yang dikongsi oleh Syarifatul Adibah selaku Senior Programme Officer, Sisters In Islam.


(iii) Moving Forward: Period Poverty After Pink Tax

Untuk sessi ketiga ini pula membincangkan mengenai tahap kemampuan rakyat Malaysia untuk mendapatkan keperluan produk ketika haid dan juga pendidikan untuk kebersihan dan kesihatan ketika haid. Barisan panelis untuk sessi ketiga ini adalah YB Maria Chin (MP For Petaling Jaya), Dr. Hamizah Mohd Hassan (Head Of Reproductive Health Unit LPPKN), dan Aishah Hoo (Founder of SPOT).


Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia

Tahu tak yang pada tahun lepas kerajaan telah memansuhkan Pink Tax dimana sebelum ini ia dikenakan terhadap penjualan sanitary pad dan juga panty liner. Ha, dalam 5% hingga 10% juga caj yang dikenakan. Tapi sejak ia dimansuhkan, sedikit sebanyak memberi kelegaan terhadap hampir 15.7 juta wanita di Malaysia.


Namun adakah dengan pemansuhan Pink Tax ni dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan? Masa dalam forum ni sis diberitahu ada diantara mereka yang tidak berkemampuan ni hanya menggunakan kain, surat khabar malah ada yang menggunakan sabut kelapa sebagai pengganti sanitary pad. Allahu, macam mana la perasaannya.. selesa ke?

Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia

Di dalam sessi ketiga ini juga kami diberitahu yang ada ramai pelajar perempuan di kawasan pedalaman enggan ke sekolah setiap kali period sebab malu. Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di luar negara malah di Malaysia juga ada terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka jadi malu kerana tidak mampu membeli pad. Faham-faham je la, kalau pakai pad tapi bocor pun dah kena ejek especially dengan pelajar lelaki. Inikan pula kalau memang tak pakai pad. Pasti perasaan malu tu tinggi. Jika perkara ini terjadi setiap bulan maka ramai yang akan ketinggalan dalam pelajaran.

Sebenarnya ada beberapa usaha untuk membantu golongan seperti ini. Sebagai contoh BUNGA Pads, sebuah badan sukarelawan belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan tampil membantu dengan menyediakan pad kain wanita percuma kepada mereka. Namun usaha murni mereka ini hanya dapat membantu sebilangan kecil sahaja. Ada juga saranan yang diusulkan supaya pihak pengeluar pad mengurangkan harga pad supaya golongan kurang berkemampuan juga boleh membelinya.

Sebelum penghujung acara ini, Deborah Henry menyampaikan sepatah dua kata mengenai isu kemiskinan dan pendidikan menstruasi di Malaysia dan juga Lawatan RedTalk ke beberapa sekolah perlindungan untuk menyampaikan ceramah mereka mengenai pembiakan seksual, seks, kesihatan dan kesedaran mengenai haid.

Berikut pula adalah sepatah dua kata dari para penaja iaitu The Body Shop Malaysia dan Enya :


“The Body Shop has always been championing female empowerment
and is on a mission to end period shame”.
“Periods are a natural, normal bodily function of women and there
should be absolutely nothing to be ashamed of. We want women to feel
comfortable and confident with their periods,”
- Kuan Sook Cheng -
Commercial & Strategic Value Creation Director of
The Body Shop Malaysia

“All women deserve accessible and affordable quality products.
As part of our initiative and support, we are proud to announce that
Enya basics, a pack of 10 regular pads will remain free for all,
just pay for postage on our website.”
- Elaine Hong -
Founder of Enya

Bagusnya inisiatif yang diberi oleh Enya. So, sape nak tau info lanjut mengenai Enya boleh pergi website diorang ye. Selain tu di penghujung majlis ini para tetamu boleh membida lukisan yang secara tak langsung membawa mesej Merdeka Menstrual dalam bentuk karya seni visual yang dihasilkan oleh Veshalini Naidu, Dhaniya Yusof, Yante Ismail, Mulaika Nordin, Rahemma Azwar, Visithra Manikam, dan Raven Lilith.

Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia

Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia

Selain itu tetamu juga turut dihiburkan dengan persembahan persembahan muzik dari bakat tempatan Islands dan Jetcetera, yang menghiburkan pengunjung yang hadir. Sambil-sambil tu pengunjung Merdeka Menstrual boleh melawat beberapa booth dari The Hive, Cempaka Collective and White Coat Publishers.

Merdeka Menstrual Membincangkan Isu "Period Poverty" Di Malaysia

Secara keseluruhannya Merdeka Menstrual Event membuka mata dan minda sis berkenaan isu Period Poverty yang masih wujud di Malaysia. Diharap dengan adanya platform yang disediakan oleh RedTalks ini dapat menarik perhatian lebih banyak pihak untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan kerana period adalah sesuatu yang semulajadi dan akan berulang setiap bulan untuk setiap wanita.



Post a Comment

10 Comments

  1. Bagusnya isu yang dibincangkan di sini. Rawlins yang membesarkan dua adik kembar perempuan melalui semua peringkat time mereka mengalami senggugut so kita faham la keadaan mereka. Tapi kesian dengan mereka yang tak mampu, moga dipermudahkan urusan semua yang membantu.

    ReplyDelete
  2. Bagus event macam ni, memberi kesedaran betapa pentingnya isu period ni dan betapa pentingnya keperluan ketika period. Harap2 usaha mereka untuk membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan supply berjalan dengan jayanya

    ReplyDelete
  3. Nampaknya topik ini bukanlah suatu yang saya suka. Haha. Tapi alhamdulillah, melalui artikel ni banyak juga yang saya tahu tentang wanita. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. Perkongsian info Dan pengalaman yang bermanfaat dan pasti membantu pembaca.
    Mat Drat bagi thumb up utk event seperti ini

    ReplyDelete
  5. Ramai tak lelaki yg join event ni ? Mcm penting jgk bagi lelaki utk tahu , senang nak jaga wife kan. Good knowledge to gain .

    ReplyDelete
  6. Masih ramai yang tidak ambil peduli tentang kepentingan penjagaan ketika menstrual ni. Bagus diadakan sebegini untuk beri kesedaran apa perlu dilakukan dan diguna ketika alami menstrual.

    ReplyDelete
  7. sungguh menarik topik yang dibincangkan, zaman sekarang ramai yang ambil mudah mengenai tajuk ini. semoga info ini dapat memberi kesedaran kepada semua dalam menjaga kesihatan

    ReplyDelete
  8. banyak juga ragamnya masalah period kan. kita lelaki tak tahu wak. nak nak bujang je sampai skang. btw bagus la depa buat event ni kan.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga ilmu yang diberi haritu ye..bgusla kalau ada terfikir tenang pad bagi org yang kurang berkemampuan..pad pun mahal ..huhu..kalau diberi percuma ok sangat la tu

    ReplyDelete
  10. Wah bagusnya ada forum seperti ini. Membincangkan tentang kemiskinan dan usaha untuk membasmi.

    ReplyDelete