Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

13.11.19

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 | Asslamualaikum semua.. Pada tahun 2019 ni genap lah 15 tahun sis menetap di negeri Selangor. Lama kan. Sis pun tak sangka pejam celik dah lama rupanya sis menetap di sini. So, jangan terkejut la kalau semangat cintakan negeri Selangor semakin menebal dalam diri. Ahakkks, jangan khuatir sis masih belum lupa asal usul. Negeri Perak tetap no 1 di hati sebab tu negeri kelahiran sis. Tapi sebagai tempat mencari rezeki, apa sahaja yang berkaitan dengan negeri Selangor sis akan support. Gichuuu...

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

So sebagai tanda sokongan yang tak berbelah bagi, baru-baru ni sis telah menghadiri majlis pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 dan dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rashid bin Asari iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan. Program yang diadakan di Summit USJ ini dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia.

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Objektif Program Merakyatkan Seni Budaya 2019 adalah untuk :

✔ Mempromosikan dan memartabatkan warisan negeri Selangor sebagai destinasi seni, warisan dan budaya utama.

✔ Memperkasakan dan melestarikan warisan negeri Selangor

✔ Mendapat publisiti meluas mengenai seni, budaya dan warisan negeri Selangor

✔ Menyokong sektor seni, warisan dan budaya tempatan dan tradisi negeri Selangor

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

"Sejak sekian lama, Negeri Selangor sentiasa menjadi negeri tumpuan para seniman dalam pelbagai bidang. Mereka bukan sahaja tinggal di negeri ini tetapi menjadi tempat untuk berkarya dan menghasilkan produk seni budaya mereka. Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Selangor berkerjasama dengan penggiat-pengiat industri pelancongan, seni dan budaya melakukan usaha yang komprehensif berkenaan dengan seni budaya yang mempunyai potensi besar dan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih holistik."
Petikan ucapan dari YB Datuk Abdul Rashid bin Asari iaitu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan

Bagus kan. Memang tak dapat dinafikan yang negeri Selangor mempunyai keunikan seni dan budaya yang tersendiri. Denga adanya program sebegini dapat membantu memperkasakan program seni budaya yang berteraskan elemen tradisi dan warisan agar ia tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Lagipun ia juga dapat membuka mata generasi muda agar lebih mengenal budaya mereka sendiri. Sayang la kan kalau ramai anak-anak muda sekarang tak tahu warisan kebudayaan kita sebaliknya lebih mengagungkan budaya barat. Sedih tau..

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Acara ini lebih meriah dengan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh penari ASWARA. Pelbagai tarian dari masyarakat India, Cina, Melayu dan juga persembahan dari masyarakat etnik Sabah dan Sarawak. Sis suka tengok persembahan tarian kebudayaan ni sebab pergerakan yang unik dan juga pakaian yang cantik. Selain tu ada juga persembahan dari artis yang tak asing lagi iaitu Bob Yusof yang membawakan beberapa buah lagu dan berjaya memukau penonton dengan kelunakan suara beliau.

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Apa yang menarik mengenai acara pada petang itu adalah para tetamu yang hadir dapat berpeluang bermain dengan pelbagai jenis permainan tradisional seperti congkak, lompat getah dan batu seremban. Ha, apa lagi masing-masing tunjuk bakat dan kemahiran bermain permainan tradisional ni. Tak sangka walaupun masing-masing dah lama meninggalkan zaman kanak-kanak tapi masih hebat ye. Hebat betul...

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019

Apa pun sis enjoy sangat petang tu. Masing-masing yang hadir sangat sporting dan bersemangat memberi sokongan yang padu kepada majlis ini. Ye la, ini sahaja yang mampu kita lakukan sebagai masyarakat kan. Kalau bukan kita, siapa lagi. Jadi marilah kita bersama-sama menyemarakkan Program Merakyatkan Seni Budaya 2019..


Pelancaran Program Merakyatkan Seni Budaya 2019



You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *