Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID

14.11.19

Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID Genting Highlands | Assalamualaikum semua.. Seperti yang semua sedia maklum sekarang ada banyak tarikan menarik yang baru kat Genting Highlands. Sis pun apalagi, alang-alang dah ke sana harus la cuba semua kan. Ok, kali ni sis nak kongsikan satu lagi tarikan yang wajib dicuba iaitu pengalaman bermain Permainan Virtual Reality Avengers : Damage Control yang terletak di The VOID, Genting Highlands. Serius sis cakap memang best dan berbaloi tau.

Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID

Sis pasti ramai yang dah menonton filem The Avengers kan. Ha, tapi pernah tak korang terfikir untuk menjadi superhero atau adiwira dan sama-sama menyertai Team Avengers bagi misi menentang musuh dan menyelamatkan bumi. Ya, dengan permainan Virtual Reality Avengers : Damage Control ni walaupun menggunakan teknologi VR tetapi lain tau. Lebih canggih sampai kita terasa bagai betul-betul berada di dunia Avengers tau. Seronok tau..

Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID

Permainan Virtual Reality Avengers : Damage Control diperkenalkan oleh Marvel Studios and ILMxLAB, Lucasfilm’s immersive entertainment studio. Satu kejayaan buat Marvel Studios kerana berjaya membawa Marvel Cinematic Universe (MCU) kepada penonton di seluruh dunia. Avengers : Damage Control akan membawa semua peminatnya untuk melangkah ke MCU buat pertama kali dan berpasukan dengan wira paling hebat di muka bumi. Ha, pasti semua nak tahu kan apa yang terjadi bila masuk ke dalam MCU ni.


Sebelum tu, kami dibahagi kepada 4 orang satu kumpulan dan semua perlu memakai pakaian khas (Jaket + Helmet) bagi membolehkan kami bergerak dan merasai apa sahaja tindak balas di dalam nanti. Kami juga akan diberi kad khas dan juga penerangan mengenai bentuk pergerakan yang perlu dilakukan sebagai tanda tindak balas. Jika semuanya telah sedia barulah kami dibawa masuk ke dunia Avengers.

Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID

Semasa di dalam MCU, kami berjumpa dengan Shuri (Letitia Wright) untuk menguji reka bentuk prototaip terkininya seperti Respons Kecemasan Sut, dicipta dengan gabungan proprietari teknologi Wakandan dan Stark Industries. Tiba-tiba pasukan jahat datang campur tangan dan keadaaan jadi huru-hara. So, kami di Pusat Wakandan Outreach direkrut dan dibawa meneroka lokasi ikonik di seluruh MCU. Kami juga perlu bertarung dengan musuh bersama Avengers seperti Doctor Strange (Benedict Cumberbatch), Ant-Man (Paul Rudd), Wasp (Evangeline Lilly), dan banyak lagi.

Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID

Wow... memang satu pengalaman yang menyeronokkan tau. Serius sis cakap Permainan Virtual Reality Avengers : Damage Control ni lain dari permainan VR yang biasa tu. Ini kerana bukan sahaja kita dapat melihat secara 360 darjah malah kita boleh menyentuh, merasa dan segala pergerakan bagai yang sebenar. Bayangkan kami dibawa menaiki platform dan memandu kapal terbang pejuang, kami boleh rasa terapung di udara siap dengan hembusan angin lagi. Masa aksi tembak menembak pun kami dapat rasa kesan tembakan tau... auchh..

Pengalaman Bermain Virtual Reality Avengers : Damage Control Di The VOID

Kalau korang tanya sama ada sis nak masuk lagi ke tak Permainan Virtual Reality Avengers : Damage Control di The VOID ni memang sis nak. Tak puas hati sebab banyak kali kena tembak. Memang best. Jadi sis sarankan kalau korang datang Genting Highlands meh la cuba sendiri. Sis pasti korang akan teruja. Untuk pembelian tiket boleh rujuk di




You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *