Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju, Kuala Lumpur

2.12.19

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju, Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Tiap kali sis pergi ke Melaka mesti akan singgah di Sungai Putat pekena Mango Float Royale Melaka yang viral tu. Memang sedap tau. Dah jadi destinasi wajib singgah kalau ke Melaka. Lagipun lokasinya yang tak jauh dari Tol mudah la nak singgah. Siap beli extra untuk bekalan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Tapi tu la, jarang-jarang dapat ke Melaka ni. Kalau ada urusan baru dapat pergi dan baru la dapat merasa Mango Float Royale Melaka. Tapi sekarang kalau rasa mengidam nak minum Mango Float Royale Melaka dah tak perlu nak drive jauh-jauh ke Melaka sana sebab sekarang mereka telah membuka cawangan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Yeayyy, happy tau. Boleh la minum selalu.

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Sabtu lalu bersamaan dengan 2 November 2019 maka rasmilah pembukaan Mango Float Royale Melaka bersama-sama dengan 2 lagi jenama makanan yang tengah viral iaitu PrankFries dan Oh Cheese di Wangsa Maju. Sis dan kengkawan pun tak ketinggalan juga untuk menghadiri majlis pembukaan ni. Harus la kita support kan, minuman kegemaran sis ni. Lagipun masa pembukaan tu semua tetamu yang hadir dapat merasai keenakan minuman Mango Float Royale Melaka secara percuma selama 1 jam. Uish, memang meriah tau. Tahniah Mango Float Royale Melaka..

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Oh ya, ada ke yang belum rasa lagi Mango Float Royale Melaka ni?? Ha, pada yang belum rasa tu sis sarankan korang pergi la try. Bayangkan air mangga yang sejuk dan pekat lalu kat tekak. Bukan tu je, siap ada ketulan mangga segar dan ais krim vanila lagi. Perghh, memang sedap weii.. Berbeza dari air mangga yang sis minum sebelum ni. Dari segi harga pun tak mahal. Berbaloi dengan apa yang kita dapat.

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Jadi sape-sape yang nak rasa Mango Float Royale tapi tak berkesempatan datang ke Melaka boleh la datang ke Wangsa Maju. Lokasinya terletak di dalam Outlet PrankFries di alamat :

PrankFries
6, Jalan Metro Wangsa,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Waze : PrankFries Wangsa Maju

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Ha, alang-alang datang beli Mango Float Royale Melaka tu boleh la beli sekali PrankFries dan juga Oh Cheese. Sedap juga weiii. Order ketiga-tiganya sekaligus memang puas hati dan mengenyangkan. Tambah pula sis memang penggemar cheese. Ha, sape yang suka tarik-tarik cheese panjang-panjang tu boleh la try kat sini. Sis dah cuba, panjang tau cheese dia. Tapi kena makan time panas la.

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

Mango Float Royale Melaka Kini Dibuka Di Wangsa Maju

So, kalau ada masa nak lepak dengan kawan-kawan ke atau mengidam nak minum Mango Float Royale Melaka ke boleh la datang ke cawangan PrankFries di Wangsa Maju ni ye. Tak payah dah susah-susah nak drive ke Melaka. InshaAllah sis akan repeat datang ke sini lagi nanti.. adiosss





You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *