Bercuti 3 Hari 2 Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Bercuti 3 Hari 2 Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel | Assalamualaikum semua.. Amboi, baru je melangkah tahun baru 2020 dah sibuk bercuti ye. Alaaa, macam ni la nasib orang yang bekerja sendiri wakk. Time orang sibuk bercuti time tu la kerja kita banyak. Jadi bila orang dah start bekerja baru la rasa lapang sikit nak bercuti. Tapi ok gak, time-time macam ni tak sesak sangat kan. Cuma tu la, bila cuti tak sama dengan orang ni tak syok la sebab takde geng. Jadi sis decide untuk bercuti dalam Kuala Lumpur sahaja.


Percutian sis kali ni kat mana?? Ha, kali ni sis memilih untuk bercuti dan rehatkan minda di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel selama 3 hari 2 malam. Kenapa sis pilih hotel ni?? Sebabnya dah lama sis usha dan tertarik dengan hotel ni. Dulu sis kerap ulang alik ke bangunan berhadapan hotel ni untuk urusan kerja. Tu yang asyik duk berangan je nak stay sini. Tambahan pula sis dah pernah dinner di salah sebuah restoran dalam hotel ni. Tu yang bertambah teruja nak pilih hotel ni untuk lokasi percutian kali ni.



Sedikit Info Mengenai Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel


Terletak di Kuala Lumpur pastinya Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel menjadi pilihan bagi mereka yang datang berkunjung ke sini. Nak datang ke hotel ni tak susah kerana ia berhampiran dengan stesen Monorail Medan Tuanku dan juga Stesen LRT Sultan Ismail. Dengan memegang title sebagai sebuah hotel bertaraf 5 bintang pastinya hotel ini dapat menyediakan semua kemudahan lengkap kepada semua tetamunya. Mula beroperasi di sebuah bangunan lama sejak tahun 1998, namun pada tahun 2018 hotel ini telah diubahsuai dengan rekabentuk dalaman yang lebih moden dan komprehensif untuk memberi lebih keselesaan kepada pengunjung yang datang.


Bilik Penginapan Yang Luas Dan Selesa


Tadaaa.. ha, ni la bilik sis untuk 3 hari 2 malam. Serius besar weiii... Percaya tak kalau sis cakap yang bilik ni adalah kategori Deluxe Room. Ye, sis tau mesti korang tak percaya kan sebab sis sendiri pun tak percaya yang Sheraton Imperial Kuala Lumpur ni ada bilik yang lebih besar berbanding bilik di hotel lain dalam kategori yang sama. Dalam bilik bukan sekadar ada katil bersaiz king malah turut ada sofa panjang dan juga kerusi meja untuk kemudahan santai di dalam bilik.



Lebih teruja, bilik yang sis pilih adalah di posisi City View. Memang seronok la bila buka langsir. Waahhh, rupanya bilik sis bukan sahaja mengadap city view malah boleh nampak KL Tower pulak tu. Tak pernah sis dapat bilik yang dapat view macam ni. Terus sis duduk di kerusi dan duduk mengadap view yang cantik ni sambil makan kekacang yang disediakan di atas meja..



Eh.. tak cukup dengan tu je tau. Ada lagi ruang yang sis excited nak share tau. Mana lagi kalau bukan ruang bilik air. Haishh, apa la bilik air pun nak teruja ke?? Haha.. kalau bilik air kat rumah tak mo la sis show off tapi ni bilik air hotel 5 bintang weii.. besar dan cantik tau. Siap ada bathtub lagi. Pendek kata kalau tidur kat bilik air pun sis sanggup.. ehh.. tazzaabarr nak berendam dalam bathtub.. hehe



Bab kemudahan dalam bilik pun memang tip top. Semua ada tau seperti TV, mini fridge, telefon, hair dryer, kettle, safety box, sanitary kits dan yang paling penting adalah seterika (iron). Kalau dah namanya gegel ni memang tu salah satu faktor yang penting. Boleh kemurungan tau kalau pakai baju tak iron. Ahakksss.. Lagi satu nak puji wifi laju. Seronok la sis update story sepanjang berada kat sini.



Minum Petang Di Pavilions Lounge


Memandangkan sis check-in pukul 3, memang dah terlepas waktu lunch. Tapi perut berkeroncong la pulak. Adoiii, apa nak makan ni. Lepas rehat jap kat bilik, sis pun turun la ke lobi nak alas perut dengan menikmati minum petang di Pavilions Lounge. Macam biasa la kalau hi-tea kat hotel ni kita akan dihidangkan dengan 3 tier pastry yang comel dan sedap. Tapi kan apa yang menarik kat Pavilions Lounge ni adalah air coffee, Ice beverages ataupun tea adalah free flow. Wah, puas hati wei sebab kita boleh pilih mana-mana air untuk refill asalkan ada dalam list. Boleh la santai-santai menikmati hidangan sambil mendengar alunan piano.

Hi-tea set RM98.00 per 2 person







Breakfast dan Dinner Di Restoran Essence


Kalau menginap di Sheraton Imperial Kuala Lumpur ni tak perlu risau bab makan. Tak perlu nak keluar dari hotel pun tak pe sebab kat sini ada restoran Essence yang menyediakan pelbagai jenis makanan termasuk untuk sarapan pagi. Memandangkan bilik yang sis duduk sekali pakej dengan breakfast, jadi di sini la sis akan breakfast setiap pagi. Apa yang sis kagum, makanan yang dihidangkan punya la banyak. Ada hidangan makanan melayu, cina, india dan western pun ada. Yang penting make sure turun sarapan pagi dengan perut yang kosong tau supaya boleh makan dengan senang hati.. hehe.




Untuk makan malam juga ada disediakan di Restoran Essence ni tapi yang ni tak termasuk dalam pakej bilik la. Tapi disebabkan sis malas nak keluar, lagipun kebetulan kawan-kawan sis datang jadi kami decide dinner di restoran essence aje. Kami order menu Ala Carte iaitu Nasi Briyani Kambing dan juga Essence Ultimate Nasi Goreng. Pergh, memang sedap weii. Ini tak tipu punya. Masing-masing makan sampai licin tau. Untuk desserts pula kami order Chocolate Mousse dan Cheese Cake. Alhamdulillah.. kenyang..



Menikmati Hidangan Chinese Food Di Celestial Court


Selain dari restoran Essence, ada lagi 2 restoran yang boleh korang pilih untuk makan di hotel Sheraton Imperial KL ni. Salah satunya adalah restoran makanan cina iaitu Celestial Court. Ha, kalau korang nak tau restoran ni pernah menang anugerah tau. Buat penggemar chinese food memang sis rekemen korang datang makan kat sini sebab ada banyak menu menarik yang buat kecur air liur.






Memandangkan kita dalam mood Chinese New Year, of course la restoran Celestial Court ada buat promosi untuk makan besar bagi mereka yang menyambutnya bersama rakan-rakan dan keluarga. Kalau ada yang nak membuat tempahan boleh rujuk entri khas yang sis dah buat di sini 👇



Menikmati Hidangan Makanan Itali Di Villa Danieli


Kan sis kata sis pernah makan di salah satu restoran kat Sheraton Imperial KL ni suatu ketika dulu kan. Ha, kat Villa Danieli ni la. Sebuah restoran yang diinspirasikan dari Tuscany Italy menawarkan menu asli dari Itali menggunakan resepi turun temurun dari Chef Roberto Panareillo.





Kebetulan masa sis menginap di sini, Chef Roberto baru sahaja datang dari Itali dan memperkenalkan beberapa signature dish yang pasti memikat selera penggemar makanan Itali. Untuk lebih lanjut info mengenai restoran ini korang boleh rujuk entri di sini 👇



Kemudahan Lengkap Di Hotel 5 Bintang Sheraton Imperial Kuala Lumpur


Bab perut dah settle, so apa kata kita round satu hotel untuk tengok apa kemudahan yang ada kat sini. Kemudahan pertama yang sis nak share of course la kolam renang. Dah jadi kebiasaan kan kalau bercuti kat hotel ni mesti orang akan tanya pasal swimming pool. Bagi sis, sis suka swimming pool kat sini sebab lokasinya yang agak privasi dan cantik dengan berlatar belakang Menara KL. Jadi dapat la berenang dengan tenang kan.

Waktu kolam renang dibuka : Isnin-Ahad : 08:00 AM - 10:00 PM



Kalau mereka yang kaki gym, bercuti bukan alasan untuk cheat day ye.. Sila bawa outfit untuk bersenam kalau datang ke Sheraton Imperial KL kerana gym kat sini dibuka 24 jam. Iya, ini fakta tau, bukan auta. Gym di sini sentiasa membuka pintu bagi mereka yang ingin exercise walaupun pukul 3 pagi. Ye la, pihak hotel consider juga pada tetamunya yang melancong dari luar negara. Kan kitaran jam kita berbeza, jadi kalau mereka tak boleh tidur sekurang-kurangnya mereka boleh exercise kan.

Waktu gym dibuka : setiap hari 24 jam



Agak-agak kalau nak manjakan diri, keluarkan segala toksin dalam boleh la menggunakan kemudahan Bilik Wap dan Sauna. Bukan apa, terapi sauna ni dapat membuatkan badan berpeluh dengan banyak dan membantu mendetoksifikasi badan, menenangkan minda dan bakar kalori pada masa yang sama. Lepas tu sejukkan diri pula dengan berendam dalam jacuzzi. Seronoknya tengok kemudahan jacuzzi kat sini. Besar weiii.. tapi tu la, tak berkesempatan pulak nak berendam.



Manjakan Diri Di Mandara Spa


Walaupun tak sempat berendam di jacuzzi tapi mujur la dapat mengubat kecewa bila berpeluang untuk "me time" di Mandara Spa. Sis ni sejenis yang jarang pergi spa tapi alang-alang dah bercuti ni sekali harung la manjakan diri dengan urutan satu badan kan. Tapi jangan lupa untuk buat tempahan awal, karang slot dah penuh tak dapat pula nak masat-masat kann.. hehe.



Terletak di Level 5, Mandara Spa yang pernah memenangi anugerah kini menawarkan perkhidmatan untuk rawatan kesihatan luaran dan dalaman bertaraf dunia. Jangan khuatir kat sini bilik untuk lelaki dan perempuan berasingan. Jadi rasa selesa la nak buat urutan kan. Cara urutan kat sini pun best. Hilang rasa lenguh dan penat malah badan rasa segar je lepas diurut dengan menggunakan minyak khas serta diiringi alunan muzik yang mendamaikan.





Pengalaman Menginap Di Sheraton Inperial Kuala Lumpur Hotel


Secara keseluruhannya memang sis puas hati sangat dapat menginap di hotel ni. Satu pengalaman yang sangat menenangkan dan rasa macam tak mau balik. Mana taknya dalam sebuah bangunan macam-macam kemudahan ada. Memang tak membosankan malah di lobi juga terdapat beberapa outlet untuk shopping seperti kedai bunga dan juga kedai cenderamata. So, buat korang yang nak cari penginapan untuk bercuti di Kuala Lumpur boleh la stay di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel.



Bukan setakat tu je. Bagi bakal pengantin pun boleh juga mengadakan majlis bahagia korang di sini. Terdapat beberapa jenis ballroom yang sangat sesuai untuk majlis hari bahagia korang. Tak pun bagi mana-mana syarikat yang ingin membuat event pun sesuai juga. Ye la, dekat dengan pengangkutan awam juga kan jadi senang la para tetamu nak datang kalau malas nak drive.



Sebagai kenangan terakhir, sis sempat bergambar di salah satu spot yang famous di dalam bangunan Sheraton Imperial KL ni iaitu di tangga yang tersergam indah. Orang kata kalau mai sini tapi tak bergambar kat tangga ni kira macam tak lengkap la. gituuuu.. Ok, now dah boleh balik dengan senang hati dan segala kenangan di hotel Sheraton Imperial KL ni sis abadikan di dalam youtube sis. Jangan lupa pi tonton yaaa... adiosss


Untuk maklumat lanjut mengenai hotel sila rujuk:
Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel



Post a Comment

19 Comments

  1. syok lerrr sisturrr...kalo kita duduk sini, memang tak pergi mana2 dah la...enjoy kat hotel je..haha

    ReplyDelete
  2. wah syok yer dik bee bercuti kat hotel cantik kat tengah2 KL. Jeles yer.. tahun ni belum pergi bercuti ke mana-mana lagi.

    ReplyDelete
  3. Perghh all in semua ada dalam hotel ni ek...nanti nak ajak le Suami stay sini juga, geram dengan spa dia tu..lelain tak kisah hahahaha..Bilik beso gitu, mau memalaam main kejar-kejar 360' ek hahahaha

    ReplyDelete
  4. seronoknya menginap kat sheraton hotel ni. ruang bilikny luas, deko cantik dan eksklusif. makanan pun nampak menyelerakan, anak-anak suka duduk hotel sebab nak mandi kolam, puas hati dapat menginap kat hotel 5 bintang ni

    ReplyDelete
  5. nampak esklusif sangat tempat ni..best kalau datang menginap di sini..moga satu hr berpeluang ke sini

    ReplyDelete
  6. bestnya ada pool, gym dengan spa. Nak makan pun senang boleh pergi dekat restoran area situ. Dah la stylish decoration hotel dia siap nampak Menara KL lagi.

    ReplyDelete
  7. Wow!!!!!! Memang seronok bila kita dpt indulge diri kita dgn luxury. Sekali sekala memang seronok. Hope you had fun.

    ReplyDelete
  8. Siyesla jeles tengok. Tak payah keluar shopping sbb duduk dlm hotel pon mcm2 makanan n kemudahan ada 😍

    ReplyDelete
  9. Bestnya kalau buat stayation dekat sini, buka langsir terus nampak menara KL. interior design pun lawa gilerrrr. nampak mewah

    ReplyDelete
  10. Wowww bertuahnya badan dapat dok hotel best dn dapat layanan 5 bintang. Mmg best le kalau dpt dok sini..tak nak keluar mana2 dah..dok je dlm hotel tu..semua ada

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat stay dkt sini! Hari tu pergi masa makan-makan chinese new year pun dah kagum dengan kecantikan dan kemewahan.! :)

    ReplyDelete
  12. Besarnya bilik dia. Ada swimming pool n bath tub. Anak-anak Marina mesti suka kalau stay sini. Makanan pon best-best

    ReplyDelete
  13. seronoknya staycation dalam kl je. sekali sekala best dapat tidur hotel. makanan pun banyak pilihan, sedap2 belaka

    ReplyDelete
  14. Selalu juga ulang alik depan Sheraton ni. Teringin juga menginap kat situ. Best juga kan. Besar bilik dia dan view KL memang cantiklah. Jacuzzi dia mewah betul. Rasa nak berendam lama-lama

    ReplyDelete
  15. Wow seronoknya bercuti! Hotel yg menarik banyak pilihan restaurant!❤

    ReplyDelete
  16. Pehhhh cantik gila interior design dia. Dapat stay dgn husband we time berdua tanpa anak kat sini best jugak eh

    ReplyDelete
  17. wow. best juga kala dapat nikmati semua tu ya? yang paling menarik perhatian saha adalah menu hi tea dan aneka piliha italian food

    ReplyDelete
  18. betul-betul tak puas kan stay kat sini. still xleh move on dengan makanan2 dia. tengok pada facilities pon memang lengkap. tak sangka pakej gym pon murah

    ReplyDelete
  19. Bestnyaaaa... Dpt stay kt sini.. Kalau akak.. Mmemng duk me time kt dlm bath tub tu ja lah.. Mak2 mcm ni la.. Time mandi la nk me time pun.. Sebab tu kena cari hotel yg ada bath tub😉

    ReplyDelete