Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia | Assalamualaikum semua.. Bila sebut je pasal kismis, teringat zaman belajar dulu. Sis memang akan stanby stok kismis dan akan makan 3 biji setiap pagi untuk kuatkan daya ingatan. Maklum la, sis ni sejenis susah nak menghafal sket. Tapi kadang-kadang tu terbabas gak makan lebih. Maklum la, kismis kan sedap. Tu yang kena catu, kalau tak, sekali hadap pun dah abis sekotak. Tapi kan, betul ke kismis ni boleh kuatkan daya ingatan?

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Duniav

Ha, benda ni sis susah nak jawab tapi kalau untuk khasiat sebenar kismis, sis boleh kongsikan sebab baru-baru ni sis ada menghadiri majlis makan malam di Samplings On the Fourteen Restaurant, Berjaya University College untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kismis California dan juga mempelajari pelbagai menu yang menggunakan kismis sebagai salah satu bahan di dalam masakan dan disediakan oleh 2 orang chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin iaitu Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos.

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Seperti yang kita tahu kismis ni rasa dia manis kan tapi jangan khuatir tau kalau makan hari-hari terutama bagi kanak-kanak. Menurut Pengarah Promosi Perdagangan bagi The Raisin Administrative Committee (RAC) Malaysia iaitu Encik Richard Lieu, bagi kebanyakan pengguna terutama sekali kanak-kanak, Kismis California adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain kerana Kismis California manis secara semula jadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Jadi kalau makan hari-hari pun tak akan memudaratkan kesihatan ye.

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Perkara ini turut disokong oleh Cik Tan Yen Sing, seorang pakar diet klinikal yang turut hadir pada majlis tersebut untuk menerangkan khasiat kebaikan dan kelebihan Kismis California. Berikut antara info yang diberikan oleh Cik Tan mengenai Kismis California :

🔘 Hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan & sayur-sayuran, iaitu melebihi 5 sajian sehari, dikaitkan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari.

🔘Pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis, dengan antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity – satu kaedah mengukur antioksidan dalam makanan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit

🔘 Kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak & kolesterol

🔘 Sungguhpun kecil, kismis mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek.

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) juga mengesyorkan orang dewasa mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan ½ cawan kismis untuk mengisi keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar.

Berikut pula antara pelbagai kelebihan Kismis California termasuk:
✔ Semula jadi sepenuhnya
✔ Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
✔ Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara
semula jadi
✔ Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular
dan sistem saraf)
✔ Sumber serat
✔ Sumber nutrien
✔ Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria
dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet tidak sihat. Jadi meh la kita belajar masak dengan 2 chef tersohor menggunakan kismis California :

Chef Emmanuel Stroobant tidak perlu diperkenalkan kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre.

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Chef Emmanuel Stroobant (3 resipi)
1. Kismis California, Ketam & Kubis Bunga
2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang
3. Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia


Chef Erich Anton Roos, warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Chef Erich Anton Roos (Manisan)
4. Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:
🍴 Mufin Kismis California dengan krim
🍴 Aiskrim Kayu Manis Kismis California
🍴 Paf epal

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Walaupun sis masih tertanya-tanya betul ke kismis ni boleh membantu daya ingatan tapi tak kisah la kan. Yang penting kismis ni bagus dan sesuai untuk dimakan oleh sesiapa sahaja. Paling best ia dipek secara kotal kecil dan mudah dibawa kemana-mana. nak makan pun tak susah sebab ia boleh terus dimakan tanpa perlu dikupas, dibasuh atau dicincang. Pendek kata, buka je kotak dah boleh terus makan. Jadi marilah kita amalkan makan kismis California setiap hari..

Kismis California Sedap Dan Berkhasiat Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Info lanjut boleh rujuk
atau





Post a Comment

11 Comments

  1. menarik betul masakannya tu..selama ni tau kismis bole buat nasi je...haha

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok semua makanan tu..terliur plak. kismis ni dari dlu memang famous kat sekolah

    ReplyDelete
  3. Sunmaid tu favourite bini sya. Die makan masa tgk muvie Hehe :)

    ReplyDelete
  4. Kismis kegemaran yaya ni hee selalu beli kalau ke cold storage. Macam-macam menu dan resepi menarik boleh dicuba dengan kismis rupanya. Bolehlah cuba lepas ni hee

    ReplyDelete
  5. Sedap sangat ni, semua nampak sedap..makan kismis selalu bagus, kalau dah tua-tua ni makan, bagus untuk jantung...

    ReplyDelete
  6. I memang suka snacking kismis. Healthy snacks. I love the food with raisins added. Delicious!

    ReplyDelete
  7. Sebut sahaja kismis ia tidak akan terlepas dengan masyarakat Malaysia amnya. Dan melihat menu di atas menambah lagi teruja akan terhadap makanan tersebut. hehe

    ReplyDelete
  8. Lama xmakan kismis nie..ltak dlm masakan memang sedap..

    ReplyDelete
  9. Bagus sangat makan kismis ni.. Banyak kebaikannya.. Elok la dia masukkan dlama makanan.. Kalau utk anak kadg dia tak suka amkan macm tu je.. Boleh masuk dalam makann kan

    ReplyDelete
  10. byk dah baca pasal ni, a great sharing.
    kismis ni memang glamer ni. biasa nampak.
    aneka masakan olahan chef kan. membuka mata.
    itu ini boleh dipelbagaikan dgn kismis.

    ReplyDelete
  11. kismis....igt lagi kalau mak buat kek buah, banyak jgk laa kismis masuk dlam mulut dari masuk dalam tepong kek tu...maka kena beli extra...

    ReplyDelete