Mission Corn Strips Snek Yang Rangup Dan Sedap

26.1.20

Mission Corn Strips Snek Yang Rangup Dan Sedap | Assalamualaikum semua.. Pertama kali sis menaip entri rasa macam nak berdansa je. Mana taknya, sis menaip ni sambil mengunyah snek yang sedap dan rangup. Bila kunyah je terus keluar bunyi ala-ala penyanyi rap.. Krup krap krup krap.. Ya, memang rangup tau. Snek yang sis makudkan adalah Mission Corn Strips dari Mission Foods.


Tentu korang semua pelik kan. Sejak bila Mission Foods ni ada keluarkan snek pula kan. Ha, ini la produk terkini dari Mission Foods. Snek enak yang diperbuat dari 100% jagung dan mengandungi kurang 30% minyak berbanding potato chips. Tiada sebarang pengawet dan pewarna tiruan. Apa yang best pasal Mission Corn Strips ni adalah ia boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu dicicah dengan apa-apa sos kerana rasanya sendiri dah membuatkan kita rasa bagai nak lagi dan lagi.


Bila sebut pasal perisa Mission Corn Strips ni didatangkan dengan 3 variasi pilihan perisa yang kita boleh pilih. Setiap perisa ada kelebihan masing-masing tapi bagi sis sendiri sis suka perisa Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strips. Tu ikut tekak sis la tapi untuk korang sis suggest korang rasa dulu ketiga-tiga perisa then boleh boleh pilih kan antara ketiga-tiga perisa iaitu :

Mission Tom Yum Corn Strips
Macam yang kita tahu rasa tom yum ni ada manis, masam, pedas dan masin kan. Ha, macam tu la juga untuk Mission Tom Yum Corn Strips ni. Sekali gigit pun dah terasa keenakannya yang penuh dengan rasa seperti makanan laut dimasak dengan hot chilli peppers, kaffir lime, galangal, lime juice dan juga fish sauce.



Mission Peri-Peri Corn Strips
Bagi perisa peri-peri pula menggunakan citrus dan lime dengan sedikit rasa salai. Perisa ni sememangnya tak asing lagi bagi penggemar rasa masam-masam pedas dan kehangatannya membuatkan kita rasa nak lagi dan lagi.



Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strips
Bagi penggemar rasa Mala, korang boleh pilih Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strips dimana setiap kepingan disalut dengan rasa pedas dari chilli pepper, hot Szechuan peppercorns, chilli pepper, seafood dan campuran rempah yang memberi rasa pedas berapi. Jangan risau, walaupun pedas tapi balance dengan rasa sedapnya.


Ha, jangan lupa tau untuk rasa Mission Corn Strips ni. Memang berbaloi kalau beli dan simpan stok kat rumah untuk dimakan bersama-sama dengan kesayangan. Nanti mesti masing-masing duk berlumba buat bunyi rap krup krap krup krap.. haha.. tapi serius weii. Memang leh buat irama lagu dengan bunyi kunyahannya.


Teringat masa Pelancaran Mission Corn Strips tempoh hari Mr Constantino selaku Vice President Of Operations Mission Foods Asia turut mengatakan "The crunch is music to hungry ears". Malah Mission Foods turut melancarkan kempen #RipStripSkiptheDip yang menampilkan 3 orang rappers popular iaitu Sophia Liana (dari kumpulan De Fam), Juzzthin dan Loca B. Majlis ini turut menjemput seorang rapper juga sebagai MC iaitu Hunny Madu. Memang meriah tau sebab ketiga-tiga artis ni perlu rap secara battle bagi mewakili setiap Mission Corn Strips dengan gaya masing-masing.


Sophia De Fam - Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strip
"Spicy Szechuan gon' turn the heat up with the media. When I got you guys be like 'Better call Sophia'. Put your taste buds on a joyride. So tasty, it makes your mouth open wide. The combination of both might just trigger your pulse"

Juzzthin - Mission Peri Peri Corn Strips
"It's a hot thing, in the making. Legendary. What we talkin' bout here, Peri Peri. Your tongue gets reborn soon as you taste the corn. It just gets better for the soulfood we on"

Loca B - Mission Tom Yum Corn Strip
"Tom yum bring that heat and it's spicin'up this beat. My mama getting mad. Lotsa chips in one receipt!"


Perghhh.. berbelit lidah sis nak menyebutnya. Tapi depa rileks je, salute la. Semua tetamu yang hadir terhibur dan ternganga mulut tengok semua artis rap. So, kalau ada sesiapa yang nak merasai keenakan Mission Corn Strips ni boleh la beli di pasaran ye. Ingat pesan sis, kalau confuse nak beli mana satu, beli je semua sebab semua sedap.. hehe

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di :





You Might Also Like

18 Comments

  1. Eh, ingatkan dieorang produce wrap je. Sekarang dah ada chips pulak. Menarik ni nak cuba

    ReplyDelete
  2. paling best rap Juzzthin, masa baca lirik tu siap boleh terdengar suara dia hahaha nice lah lepasni boleh try tiga2 flavor ni

    ReplyDelete
  3. Macam menarik je buat jajan time menonton movie. Nak try yang perisa tomyum tu la - boleh layan sambil layan Netflix

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap pulak mission corn strips ni. Kalau makan time waktu tengok tv pun seronok.. Sambil tgk tv sambil krup krap krup krap

    ReplyDelete
  5. nampak dalam gambar pun dah tahu kerangupannya.. baguslah ada pilihan bagi yang suka makanan kurang minyak dan tanpa pengawet serta pewarna tiruan.. nak makan pun taklah was-was terutamanya yang sedang berdiet..

    ReplyDelete
  6. Sedaponya adaq bayak pula perisa corn strips ni teringin makan yang Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strips mesti sedap pedas-poedas kan!

    ReplyDelete
  7. wah tak pernah lagi try snek ni. kat mana nak cari eh? nampak sedap. nnti nak borong tiga2 jenis lah :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya lahai. terliur kita tengok tau. menyesal baca artikel ni malam-malam. mana nak cari ni. huhu.

    ReplyDelete
  9. Hamboiii ko menaip sambil Kpop ek hahaha..baik-baik kang comot papan kekunci tu..
    Buat masa ni belum ada jumpa lagi, semalam ke Tesco pun tak nampak..nanti kena gak ni hunting nak cuba...i suka cuba sesuatu yang baru hehehehe

    ReplyDelete
  10. Mission memang antara fav kami sekeluarga. yang latest ni belum cuba lagi. Ada nampak dekat giant tapi sebab troli dan penuh, so hold dulu. ingat esok nak pergi beli.. sebab tertarik dengan perisa peri-peri dan shenzuan chilies tu

    ReplyDelete
  11. Nak cuba yang tom yam tu laaa sbb kte mmg apa2 yg perisa tom yam haha..nampak ada byk jual kat 7E tp lom berkesempatan nak beli..asyik lupa je haha

    ReplyDelete
  12. Okay first time nampak ni... Mcm sedap ja.. Packaging pun menarik.. Nanti nak try jugak la

    ReplyDelete
  13. Sedapkan..akk suka makan dengan cheesy nachos..plg pentingbada khasiatnya juga

    ReplyDelete
  14. Wah... Kita suka ni..!! Kudap kudap sambil nonton TV memang layan.. Nak try yang ni lak nanti

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap pulak yang pedas tu ye..boleh cuba ni..kalau makan ni sambil layan tv best juga

    ReplyDelete
  16. Pergh tengok macam sedap je snek ni. Love betul dgn packaging die. Nampak exclusive. Nak kena try ni.huhuhu

    ReplyDelete
  17. jadi kudap kudapan ni memang tak berhenti makanlah nampaknya. memang sedap corn2 ni

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *