Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

27.1.20

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan | Assalamualaikum semua.. Bila tiba musim perayaan ni mula la masing-masing sibuk memikirkan dan mencari juadah apa yang nak disediakan untuk tetamu yang datang kan. Kalau kaum Cina tu of course la juadah untuk perayaan sambutan Tahun Baru Cina tapi kaum Melayu dan India ha time cuti-cuti ni la nak melawat saudara mara dan tak kurang juga yang melangsungkan perkahwinan kan. So, apa kata maniskan hari yang baik ni dengan buah-buahan musim panas dari Australia yang manis dan lazat.

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Bayangkan bila kita berkumpul beramai-ramai dan menikmati buah-buahan musim panas yang sedap ni, dah tentu semua akan memuji keenakannya. Macam sis sendiri ada membawa pulang ke kampung beberapa jenis buah-buahan musim panas seperti buah plum, aprikot, nectarine dan peach. Mak sis suka sangat tau. Kebetulan masa sebelum balik kampung tempohari sis ada singgah di AEON Metro Kepong dan ada roadshow Taste Australia. Tu yang terpikat dengan buah-buahan ni.

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Bagus juga Taste Australia mengadakan kempen “Celebration of Flavours” sempena musim perayaan ni. Sekurang-kurangnya kita boleh mengetahui lebih lanjut mengenai buah-buahan musim panas dari Australia ni. Ye la, buah-buah sebegini mana ada kat Malaysia kan. Jadi masa roadshow ni pendedahan mengenai khasiat dan juga cara penyediaan makanan menggunakan Premium Australia Summerfruits yang segar ini ditunjukkan kepada orang ramai.

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Ha, sis rasa beruntung sangat sebab masa pelancaran kempen, seorang Selebriti Masterchef juga telah diundang untuk berkongsi resepi bersama-sama dengan tetamu yang hadir. Siapa lagi kalau bukan Chef Abang Brian. Wah, sis suka dengan Abang Brian sebab selain dari pandai memasak, Abang Brian ni seorang yang peramah. Suka tengok celoteh beliau ketika memasak.

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Memandangkan kita dalam mood perayaan Tahun Baru Cina jadi Abang Brian berkongsi resipi hidangan yang sering dimakan oleh kaum cina iaitu Yee Sang. Tapi yee sang yang disediakan oleh Abang Brian ni special sikit sebab menggunakan buah-buahan musim panas yang segar dari Australia. Antaranya seperti Australian White and Yellow Peaches, White and Yellow Nectarines dan Black, Red and Dapple Plums.

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Tak cukup dengan itu, Abang Brian juga turut berkongsi resipi untuk menu yang kedua iaitu Romantic Peach and Chocolate Trifle yang disediakan secara berlapis-lapis dengan menggunakan buah peach yang juicy dan white chocolate cream serta dihiasi dengan peaches dan red plum. Hidangan yang enak ni sangat sesuai dihidangkan pada makan malam tahun baru Cina dan juga hari Valentines.

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Encik Liew Kong Cheng selaku Business Development Manager of Austrade Malaysia, menjelaskan bahawa hasil buah dari Australia biasanya sangat dicari kerana rasa yang lebih dalam dan kesegarannya. Ini kerana cuaca di Australia sangat sesuai untuk penghasilan buah-buah yang segar dan manis terutama pada musim panas. Dan lebih beruntung apabila buah-buahan musim panas ini turut diimport dan dijual di Malaysia. So, boleh la kita merasai keenakannya juga.

"Buah-buahan ini dapat dinikmati dalam pelbagai cara. Mereka sempurna sebagai
makanan ringan pada mereka sendiri, dihiris dalam buah-buahan atau salad
berdaun, lezat dalam pencuci mulut yang dipanggang dan segar, sempurna dengan
yang berkrim, panggang yang besar, panggang, rebus, dibersihkan, dibakar atau
sautéed, dan menjadikannya sangat baik jem, chutneys, acar, kekacang dan sorbet. Ia menggabungkan dengan indah dengan begitu banyak resipi mencipta perayaan meriah"
~Encik Liew Kong Cheng, Business Development Manager of Austrade Malaysia~

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Selain dijadikan juadah, buah-buahan ini juga sesuai jika dibuat sebagai hadiah, buah tangan ataupun sebagai hantaran di majlis perkahwinan. Ha, memana pasangan nak kahwin tu boleh la guna buah-buahan musim panas ni. Mesti teruja pihak di sana menerimanya.

Taste Australia Anjur Kempen Untuk Buah-Buahan Musim Panas Sempena Musim Perayaan

Kat mana nak beli?? Tak susah pun nak cari buah ni sebab Taste Australia sekarang mengadakan promosi di Jaya Grocer, Village Grocer dan juga AEON Supermarket. Apa lagi, jom beli buah-buahan musim panas dari Australia yang segar dan sedap ni sekarang.



You Might Also Like

15 Comments

  1. Lazatnya la yee sang berasaskan buahan nie kan. Lazat dan berkhasiat serta sihat gitu. Boleh jadi konsep baru untuk heathy food kan

    ReplyDelete
  2. Waa sedapnyaa, memang fav qeela sekeluarga tuu buah-buahan tu semua! Mcm2 boleh buat dgn buah2 tu kan, mmg wajib masuk dlm list groceries setiap bulan hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik event ni penuh dengan buahan. Makan buah memang lah bagus untuk kesihatan... bolehlah cari buahan dari Australia ni..

    ReplyDelete
  4. Biasanya buah-buah rare dan mahal macam ni Fadzi buat makan. Kalau buat masak ke air ke, takut membazir hehehe

    ReplyDelete
  5. Memang musim sekarang ni. I selalu pergi Village Groccer. Suka summer fruits.

    ReplyDelete
  6. event yang menarik sempena tahun baru. dari post taste australia ni, baru tau jenis buahan dari sana.

    ReplyDelete
  7. Boleh lah melepak ke sini weekend ni, tak dapat g australia lagi.. Pi sini dulu la

    ReplyDelete
  8. Pertamanya, teruja plak nengok Yee Sang buah gitu, biasa Yee Sang sayur kan..
    Dan keduanya, baru ku tau ada buah untuk musim panas ek..
    Segar dan 'berkilat' buah dan kulitnya, mesti rangup!

    ReplyDelete
  9. bestnya australian food! suka buah2nya di sana, fresh, besar2. insyaAllah nanti boleh pi lagi

    ReplyDelete
  10. Menariknya triffle dia. Nampak sedap. Siap ada yee sang buah-buahan lagi. Lama dah tak makan kek

    ReplyDelete
  11. Sedap nya nectarine.. Masa pi sana hari tu mmg pulun mkn buah depankt sana.. Fresh2 sgt.. Nectarine tu fav sgt

    ReplyDelete
  12. Bestnya buah2 yang segar . tengok Romantic Peach and Chocolate Trifle tu teringin nya nak makan. mesti sedap sangat tu.

    ReplyDelete
  13. Halah halah sedapnyaaaa dapat makan semua buah-buahan tu. Tapi awal2 baca tajuk teringat kes kebakaran hutan kat Australia tuu

    ReplyDelete
  14. wow. menariknya yee sang berasaskan buah2an tue...tengok aja dah terliur..memang namapak menarik

    ReplyDelete
  15. saya suka buahbuahan yang segar bugar. lepas tu makan sambil tengok movie. barulah best hehe. daripada maka pop corn atau sebagainya. nnti nak boronglah buah :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *