Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics

3/25/2020

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics | Assalamualaikum Semua.. Bila sebut pasal kejayaan dalam dunia perniagaan ni sis tertarik untuk kongsikan satu kisah mengenai kejayaan seorang usahawan kosmetik. Ha, pernah dengar tak tentang CPG Cosmetics? Ya, hari ini sis nak kongsikan mengenai Pengasas CPG Cosmetics iaitu Cik Puan Gojes. Selain tu sis juga nak kongsikan beberapa orang Leader yang telah berjaya meraih pendapatan lumayan melalui bisnes CPG. Tujuan sis kongsikan kisah beliau ni adalah untuk memberi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana. Mana la tahu kan kot-kot ada yang nak jana pendapatan tambahan. Boleh la jadikan kisah Cik Puan Gojes dan Leader CPG Cosmetics ni sebagai sumber inspirasi.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Sis bersama produk CPG Cosmetics


Jom Kenali Cik Puan Gojes Pengasas CPG Cosmetics

Cik Puan Gojes (CPG) atau nama sebenarnya adalah Ismaniza Fahida Ismail berusia 38 tahun merupakan anak jati negeri Kedah. Siapa sangka wanita yang merupakan seorang guru kini bergelar usahawan kosmetik dan pernah melalui kehidupan yang susah kerana beliau bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Sebagai anak sulung dari 5 beradik beliau telah memikul tugas untuk membantu ibunya berniaga sejak dari bangku sekolah lagi. Pada waktu pagi beliau menjual laksa yang dimasak oleh ibunya, manakala sebelah petang pula menjual jeruk buah.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Ini la Cik Puan Gojes, pengasas CPG Cosmetics

Bayangkan kita dulu masa sekolah duk berhingus lagi main teng teng tapi lain pula bagi CPG. Walaupun masih kecil tapi beliau tidak pernah mengeluh malah sentiasa bersemangat dan rajin untuk mencari duit poket sendiri. Keperitan hidup mengajar wanita ini menjadi insan tabah dan cekal mencari rezeki untuk membina masa depan yang cerah. Pengalaman mencari rezeki sewaktu kecil inilah yang membentuk peribadi CPG pada hari ini. Dia yakin perniagaan mampu memberi pulangan lumayan dan boleh mengubah nasibnya sekeluarga.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Cik Puan Gojes Bersama Keluarga

Berkat kesabarannya kini membuahkan hasil bila beliau mula menjalankan perniagaan dalam dunia kosmetik. Sebagai pengasas kepada CPG Cosmetics, kini beliau telah berjaya membina empayarnya sendiri dan turut menerima Anugerah Ikon Usahawan Utara 2019 manakala CPG Cosmetics juga berjaya memperolehi Anugerah Kosmetik Terbaik Kedah pada tahun 2018 dan Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018. Wah, hebat kannn

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Kejayaan Cik Puan Gojes menerima Anugerah Ikon Usahawan Utara 2019

Apa yang sis kagum mengenai CPG ni, walaupun kini beliau telah memperolehi pendapatan yang lumayan tetapi beliau tak pernah lupa diri. Malah kini beliau turut membantu orang lain untuk menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan CPG Cosmetics. Ha, ni sis kongsikan 4 orang wanita yang telah berjaya keluar dari kepompong kehidupan masing-masing setelah berkecimpung dengan CPG Cosmetics.


Antara Wanita Yang Berjaya Menjadi Leader CPG Cosmetics

Moharita Mohamed - 39 tahun (Kelantan)
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, itu adalah pepatah yang sering diingati oleh Moharita Mohamed. Walaupun mempunyai kerjaya tetap tetapi ia bukan penghalang bagi beliau untuk menambah pendapatan sampingan. Pada awalnya beliau adalah pengguna produk CPG sahaja tapi bila ramai yang menegur perubahan kulitnya yang semakin baik menjadikan beliau turut teruja untuk berkongsi mengenai produk CPG. Siapa sangka kan, hasil perkongsian beliau telah membuahkan hasil dan beliau sendiri telah memulakan bisnes produk CPG secara online. Kini beliau telah berjaya mempunyai team stokis dan mampu menjana pendapatan sehingga 6 angka.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Moharita Mohamed - 39 tahun (Kelantan)

Hasrina Hussin - 36 tahun (Melaka)
Seorang suri rumah yang bertekad untuk mencari rezeki bagi menambah pendapatan keluarga. Walaupun mempunyai anak istimewa namun itu bukanlah penghalang malah menjadikan Hasrina Hussin lebih bersemangat demi untuk keselesaan keluarga. Bermula pada tahun 2014, beliau merupakan pengguna kepada Fantabulous Skincare (FBS) dan berjaya memiliki kulit yang licin dan bersih dalam tempoh 6 bulan. Hasil dari testimoni diri sendiri dan juga minat terhadap bidang kecantikan menjadikan beliau mahu berkecimpung dalam bisnes produk CPG secara online. Setelah 4 tahun bergelar stokis, kini Hasrina ditawar menjadi Leader CPG Cosmetics.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Hasrina Hussin - 36 tahun (Melaka)

Nur Shafinar Issa - 39 tahun (Kedah)
Seorang lagi suri rumah yang berjaya menjadi Leader CPG Cosmetics iaitu Nur Shafinar Issa. Beliau telah mempunyai 4 cahaya mata dan menjalankan bisnes sambilan sebagai ejen penjualan produk CPG dengan bermodalkan RM250. Setelah 2 tahun beliau telah berpeluang menjadi stokis dan seterusnya kini beliau telah mejadi Leader dan berjaya meraih pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan. Bayangkan betapa gembiranya hati beliau kerana sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai kerani dan hanya memperoleh gaji sebanyak RM600. Kejayaan sebagai usahawan CPG Cosmetics ini elah banyak merubah kehidupan beliau sebagai surirumah serta belau juga telah berjaya melangsaikan hutang pengajian sebanyak RM 18,000 selama 3 tahun dengan bisnes kosmetik ini. Selain itu beliau juga berjaya memiliki kereta idaman serta melancong setiap hujung tahun bersama keluarga tercinta. Kini beliau terus sama-sama dengan #teamfinar yang terdiri dari kalangan surirumah dan dah ramai yang berjaya menambah income walaupun duduk dirumah sambil masak, kemas rumah, mengasuh anak, tapi mereka mempunyai pendapatan sendiri dari bisnes online.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Nur Shafinar Issa - 39 tahun (Kedah)

Noor Ain Maulad Yahaya - 32 tahun (Lembah Klang)
Leader CPG Cosmetics bukan sahaja dikalangan suri rumah malah ada juga yang pernah menjawat jawatan yang tinggi. Bagi Noor Ain Maulad Yahya, yang pernah bekerja sebagai akauntan bukanlah sesuatu yang mudah untuk melepaskan jawatan itu namun berbekalkan niat dan iltizam yang tinggi, beliau tekad untuk memilih menjadi usahawan CPG Cosmetics. Bermula pada tahun 2013 sebagai dropship produk CPG, kemudian menjadi ejen, stokis dan kini beliau telah bergelar sebagai Leader. Menurut beliau ramai pelanggannya yang berpuas hati dengan kualiti produk CPG dan semakin hari pelanggannya semakin bertambah. Ain juga percaya berkongsi rezeki seperti yang selalu dimaklumkan oleh Cik Puan Gojes menjadi satu perangsang kepada beliau disamping sokong penuh dari keluarga. Semenjak menjadi Leader bagi produk CPG, beliau merasakan CPG sendiri sentiasa memberi dorongan dana apa yang dikatakan adalah mudah lekat dihati. Bisnes online dengan produk CPG juga yang penting, beliau bebas kewangan, mengenali lebih ramai orang yang paling penting dapat luangkan masa dengan anak dan keluarga berbanding kerjaya sebagai akauantan.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Noor Ain Maulad Yahaya - 32 tahun (Lembah Klang)

Wahh.. nampaknya ramai juga yang telah berjaya kan melalui bisnes CPG Cosmetics ni. Ramai yang menjadikan Cik Puan Gojes sebagai satu perangsang kepada mereka untuk berjaya. Segala dorongan yang diberi oleh Cik Puan Gojes menjadikan mereka terus setia dan berusaha untuk meneruskan bisnes ini demi masa depan yang cerah. Ye la, sape tak nak income sebulan cecah RM5,000 ke atas kan. Malah tak mustahil ada yang dapat mencapai lebih dari angka tersebut. Siapa yang suka berniaga tu boleh la cuba untuk bersama dengan team CPG ni tapi bagi sis mungkin tidak kot sebab sis tak minat bisnes. Kalau nak pakai untuk diri sendiri, boleh la.. hehe. So, kat bawah ni sis kongsikan mengenai produk CPG Cosmetics yang sis dah guna.


Jatuh Cinta Dengan Produk CPG Cosmetics

Untuk pengetahuan korang, CPG Cosmetics telah diperbadankan di bawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd pada tahun 2017. CPG Cosmetics ditubuhkan pada 9 MAC 2017 selepas kelahiran Fantabulous Skincare dan CPG Obcession. CPG Cosmetics ditubuhkan dibawah syarikat Pesona Idaman Qaseh Sdn Bhd. Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis produk kecantikan yang terkini dan mengikut cita rasa kaum wanita dan remaja masa kini. Tak perlu ragu-ragu dan risau untuk menggunakan produk CPG Cosmetics kerana segala bahan yang digunakan adalah selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
Sis pun terjebak dan jatuh hati pada produk CPG Cosmetics ni 💘

Setakat ni CPG Cosmetics telah mengeluarkan 10 jenis produk kecantikan seperti compact powder, makeup base, mascara, eyebrow, foundation dan lain-lain lagi. Tapi yang ada dengan sis sekarang cuma makeup base, mascara dan juga gel eyebrow. Ya, jujur sis katakan yang sis ni bukan la sejenis yang bermakeup kalau keluar rumah tapi cukup sekadar mencalit bedak, lipstik dan juga eyebrow untuk membuatkan wajah tampak segar. Tapi bila mengenakan alat solek dari CPG Cosmetics ni ternyata sis dah jatuh cinta dengan hasilnya.

Hidup Susah Bukan Penghalang, Ini Kisah Kejayaan Usahawan CPG Cosmetics
CPG Cosmetics kini boleh didapati di 4 cawangan AEON

So kalau korang berminat untuk mendapatkan juga produk CPG Cosmetics ni boleh la dapatkan di 4 pusat membeli belah AEON iaitu di Maluri, Nilai, Dato' Onn dan Shah Alam. Perghh.. bangga kan dapat tengok produk kosmetik tempatan duduk sebaris dengan produk kosmetik antarabangsa. Tahniah buat Cik Puan Gojes dan semua team CPG Cosmetics. Oh Ya, memandangkan sekarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, korang boleh dapatkan produk CPG Cosmetics secara online melalui





You Might Also Like

15 Comments

  1. Tahnian utk CPG,bukan senang untuk mencipta suatu brand yang boleh diterima ramai, semoga kejaaan beliau dpt kita jadikan inspirasi

    ReplyDelete
  2. Belum pernah dgr jenama CPG ni. Tp tabik pd wanita2 yg gigih spt mrk ini.

    ReplyDelete
  3. kejayaan yang patut dicontohi, diinspirasikan. moga kita semua belajar daripada kejayaan mereka yang telah berjaya. terima kasih berkongsi :)

    ReplyDelete
  4. Auwww........ what an inspiring story. Thank you for sharing with us about Cik Puan Gowjes. Nama brand dia pun menarik. Semoga ter us success ya.

    ReplyDelete
  5. Cantik foundernya. Muda2 dah bina empayar. Terbaik

    ReplyDelete
  6. Apa2 pun kita kena ada semangat juang yg tinggi untuk berjaya bergelar usahawan..bole di jadiksn tauladan kejayaaan cik pun gojes nie

    ReplyDelete
  7. Produk CPG ni memang best. Paling best harga dia. Murah berbaloi-baloi. Suka!

    ReplyDelete
  8. menarik baca kisahnya, Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat beliau. Moga terus success.Macam menarik juga alat make up tu.

    ReplyDelete
  9. memang bangga bila produk tempatan setanding dengan produk kosmetik antarabangsa. semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  10. Kagum dgn wanita khususnya yg pandai berbisnes. Biasa kesusahan jd titik tolak. Sis teringin tp tk berbakat.aside from that, sure will try this product. Senang je pi Aeon kan.

    ReplyDelete
  11. tahniah ya. thanks info sharing ni. semoga rezeki murah untuk bantu orang ramai dapat kosmetik yang mereka perlukan

    ReplyDelete
  12. Memang kalau nak senang kuat bila ada dugaan kan, jangan cpt patah semangat. Tabik dengan org2 sebegini. First time dengar produk ni..nanti boleh lah cuba

    ReplyDelete
  13. first time kosmetik cpf ni.
    terbaik la usahawan melayu. terbaik!!!
    kita wajib sokong produk anak tempatan.
    usaha kerasnya mesti kita hargai. nowadays, r&d di sini dah setanding antarabangsa.

    ReplyDelete
  14. AM pun guna CPG produk nie.. paling AM suka foundation CPG.. mmg sesuai dgn kulit wajah AM

    ReplyDelete
  15. Betul, nak berjaya kena gigih, rajin, and terus berusaha. Mana ada duit jatuh dari langit.

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe