Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan Dan Resipi Mudah Menggunakan Kentang A.S

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan Dan Resipi Mudah Menggunakan Kentang A.S | Assalamualaikum semua.. Tak sangka rupanya dah seminggu kita berpuasa kan. Rasa cepat je masa berlalu. So, macam mana suasana bulan puasa tahun ni? Masih lemah dan lesu ke? Ye la, dah menjadi kebiasaan setiap hari pasti kita akan makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Tu belum campur lagi dengan makanan sampingan, betul tak? Tapi bila dah masuk bulan ramadan ni perlu diingat bahawa waktu makan kita dah berubah di mana Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan.

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan Dan Resipi Mudah Menggunakan Kentang A.S

Jadi pemilihan menu haruslah seimbang dan berkhasiat. Karang ada pula yang mengadu lapar la, gastrik la. Tambahan pula jika seseorang tu ada masalah kesihatan, lagi la kena pastikan menu yang diambil cukup untuk memberi tenaga sepanjang hari. Jadi entri kali ni sis nak kongsikan dengan korang mengenai tips pemakanan yang sihat serta bonus untuk semua iaitu resipi menu yang sedap dan berkhasiat menggunakan kentang A.S. Menu ini sesuai untuk sajian bulan ramadan ni.


TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN


Perkongsian tips pemakanan sihat ni bukan dari sis tau sebab sis tak arif pun bab-bab macam ni tapi sebaliknya dari Cik Rushda Adiba Ismail, seorang pakar diet dari KPJ Damansara. Beliau berkongsi mengenai tips dan perincian nutrien yang diperlukan di bulan puasa serta berkongsi khasiat kentang A.S. Kenapa kentang A.S? Ha, nampaknya kena la baca lagi ye info-info di bawah.

Tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut:
Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.


KHASIAT KENTANG A.S (U.S POTATOES)


Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan Dan Resipi Mudah Menggunakan Kentang A.S

Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan.

Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yang sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.
Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan Dan Resipi Mudah Menggunakan Kentang A.S


RESIPI MENU SIHAT MENGGUNAKAN KENTANG A.S


Ha, dah tau kan khasiat kentang A.S. Ok sebagai bonus yang dijanjikan, nah sis kongsikan 2 resipi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Sebenarnya ni resipi dari Cik Rushda Adiba Ismail ye. Sis cuma kongsikan untuk korang je.

Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)
Masa Penyediaan : 15 minit
Bilangan Sajian : 3 orang
Masa Memasak : 20 minit

Bahan-bahan:
🔎 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu
🔎 ½ batang lobak merah, dipotong panjang
🔎 Bunga kobis
🔎 Sawi
🔎 300 gram isi ayam, potong kecil
🔎 3 sudu makan minyak masak
🔎 Secubit garam

Bahan menumis:
🔎 1 batang kayu manis
🔎 1 kuntum bunga lawang
🔎 2-3 tangkai cengkih
🔎 3 biji buah pelaga

Bahan ditumbuk atau kisar:
🔎 1 inci halia
🔎 3 ulas bawang merah
🔎 2 ulas bawang putih

Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
5. Sedia dihidang.

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan Dan Resipi Mudah Menggunakan Kentang A.S


Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis
Masa Penyediaan : 20 minit
Bilangan Sajian : 4 orang
Masa Memasak : 45 minit

Bahan-bahan:
🔎 4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)
🔎 Garam
🔎 Keju Mozarela
🔎 Brokoli potong kecil, stim
🔎 Minyak masak

Untuk inti:
🔎 15 tangkai cili kering
🔎 2 biji bawang besar
🔎 4 ulas bawang putih
🔎 50 gram ikan bilis
🔎 2 sudu makan asam jawa
🔎 Secubit garam/gula

Cara-cara Penyediaan:
1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.

Untuk inti:
4. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
6. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
7. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
9. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
10. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
11. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
12. Taburkan keju mozarela.
13. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
14. Hiaskan dengan hirisan brokoli. Sedia dihidang.

Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan Dan Resipi Mudah Menggunakan Kentang A.S

Senang je kan resepinya. Sis pun dah cuba tau. Memang sedap. Pemilihan ubi kentang U.S sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutrien penting bagi tubuh badan manusia. Jadi apa tunggu lagi, Selamat mencuba!

Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my




Post a Comment

14 Comments

  1. Kentang inti tu menyelerakan laaa, mesti sedapkan makan macamtu aje, kalau sup tu biasa kita buat, kentang inti tu jee menarik sungguh..nak buatlaaaaa

    ReplyDelete
  2. kadang beli juga jenis kentang ni, sebab lebih keras dan ranggup kalau masak. dan tak cepat lembik.

    ReplyDelete
  3. Memang ramai aubgguh up mengenai kentang AS ni sampai dah tak tau nak komen apa hihi... tgk resepi je la..

    ReplyDelete
  4. Anak-anak Sis suka makan kentang. Kentang US ni memang sedap. Cepat masak dan gebu. Salam Ramadan dan Stay Safe.

    ReplyDelete
  5. Cantik sungguh kentang US ni ye?. Kita pun suka makan kentang yang dibuat sup. Banyak la resipi kentang ni kan?.

    ReplyDelete
  6. sedap nyer baked potato tu, dikbee.
    aida pernah gak beli kentang yg ni. kat aeon. sebab nak buat baked potato la.
    kalau kentang biasa, kurang sedapnya. harga lebih mahal, tapi berbaloi.
    ni dah lama x beli, pkp.

    ReplyDelete
  7. Anak-anak suka makan ubi kentang.
    Tak kira yang bersambal ataupun hanya goreng sahaja. Kalau buat memang habis cepat

    ReplyDelete
  8. Bagus ya potato US ni, sis ingatkan sama aje mcm kentang2 lain. Nanti nak belilah kentang ni, nak buat resepi bakar kentang ikan bilis tu

    ReplyDelete
  9. Kentang US memang best. kalau beli kentang ni dah tak pandang kentang lain dah. khasiat dia pun banyak.

    ReplyDelete
  10. Sedap ni kentang.. wajib ada kalo masak bkuah. Kari, masak lemak..sup..anak2 suka juga 😊

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap menu tu nak nak salah satu bahan utamanya ubi kwntang US yang kita tahu banyak khasiatnya selain mengenyangkan

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sharenya tentang resep makanan yang berbahan dasar kentang. Dimasa pandemic ini tubuh butuh banget menu sehat dan seimbang untuk menjaga tubuh agar tetap fit menjalankan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  13. Kentang US ni memang bagus utk kesihatan. Kita dan anak2 memang peminat kentang

    ReplyDelete