Jom Saksikan Chef Sabri Memasak Di FB Live Menggunakan Kentang A.S

6/04/2020

Jom Saksikan Chef Sabri Memasak Di FB Live Menggunakan Kentang A.S | Assalamualaikum semua.. Lately ni mesti uols semua perasan kan yang sis selalu kongsikan mengenai kentang A.S. Ya, sejak sis tahu tentang keenakan dan khasiat kentang A.S ni memang sis tak cari lain dah. Sis akan pastikan di dapur ada stok kentang A.S yang segar mahupun jenis yang frozen. Lagipun dengan kentang A.S ni kita dapat masak pelbagai menu yang sedap dan berkhasiat serta menyihatkan.


Nak kata sis ni terror sangat memasak tu tidak la tapi sis ada la belajar resipi menu sihat menggunakan kentang A.S ni. Ye la, musim PKP ni memang tak ada banyak aktiviti boleh dibuat kan jadi baik kita melakukan perkara berfaedah seperti belajar memasak ni. Tak susah dan tak perlu pergi kelas pun. Buka je internet, semuanya di hujung jari je. Ada banyak resipi menggunakan kentang A.S ni malah kalau korang nak baca khasiat kentang ni pun boleh. Antaranya adalah :

Kentang A.S. sumber makanan yang baik kerana khasiatnya seperti hebat sumber karbohidrat kompleks nutrien.
Kentang A.S. tidak mempunyai lemak, natrium dan kolesterol
Hanya 110 kalori setiap hidangan
Sumber kalium yang baik (15% daripada nilai harian dan lebih daripada pisang)
Sumber vitamin B6 yang baik
Kentang A.S. menjadi pilihan utama dalam kategori kentang kerana keadaan tanah yang baik, cuaca dan langkah-langkah ketat diambil kawalan kualiti hasil dari penanaman, penanaman, penuaian, penyimpanan hingga mengangkut.


Ok, ni sis ada dapat info mengenai satu segmen memasak secara Live di Facebook. Dalam segmen ni seorang chef yang terkemuka iaitu Master Chef Sabri Hassan akan menunjukkan secara live resipi enak menggunakan kentang A.S. Kalau korang nak tau, Chef Sabri Hassan ni famous tau. Beliau merupakan seorang Master Chef yang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan selama lebih dari 32 tahun dan bekerja di beberapa hotel antarabangsa terkemuka di dunia. Ha, Chef Sabri memang seorang yang pakar dalam masakan kontemporari dan juga pandai membuat ukiran ais. beliau juga merupakan seorang pengarang buku resipi. Dek kerana komitmen dan kepakarannya, Chef Sabri telah berjaya memenaangi banyak anugerah masakan berprestij.


Jadi, rugi tau kalau tak tengok Master Chef Sabri beraksi secara live nanti. Beliau akan berkongsi 2 masakan Malaysia yang enak dan senang diikuti menggunakan kentang AS yang berkhasiat. Resipi tersebut adalah Bergedil Kentang A.S. Pedas (Stuffed Spicy U.S Hash Browns in Dried Bean curd) dan juga resipi Rendang Kentang A.S. Russet (U.S. Russet Potato Rendang). Fuh, menarik kan menu dia. Ni yang buat sis tak sabar nak tengok ni. Nah sis kongsikan bila segmen memasak ini berlangsung :

πŸ“ Tarikh : 6 Jun 2020 (Sabtu)
πŸ“ Masa : 3.00 petang
πŸ“ Lokasi : Live stream laman Facebook MY Potatoes USA



Ha, alang-alang korang dah terjah Facebook My Potatoes USA tu, apa kata korang join sekali contest yang mereka tengah anjurkan iaitu 'U.S Potato Online Contest'. Caranya mudah aje. Korang hanya perlu memasak apa-apa resipi ciptaan sendiri menggunakan kentang A.S, namakan resipi tersebut dan muat naik di Facebook atau Instagram korang. Gunakan hashtag #VersatileUSPotatoes #USPotatoDish dan pastikan akaun korang adalah 'public' ye. Mana la tau ada rezeki kan sebab 100 peserta awal yang muatnaik resipi ciptaan sendiri menggunakan Kentang A.S. akan memenangi Potatoes USA Cooler Bag edisi terhad dengan buku-buku resipi.

πŸ“ Tarikh tutup penyertaan : 16 June, 2020
πŸ“ Tarikh keputusan pemenang : 20 June, 2020
πŸ“ Keputusan akan diumumkan di Facebook page MY Potatoes USA FB


So guys, jangan lepaskan peluang ni tau. Saksikan segmen memasak resipi menarik menggunakan kentang A.S. bersama Master Chef Sabri Hassan dan juga join contest di FB MY Potatoes USA. Ingat tau yang contest tu based on 100 orang terawal (first-come-first-serve). Jangan kata sis tak payung ye. Kang melepas ada yang menangis kat bucu katil. InshaAllah sis pun akan join juga untuk menonton segmen memasak tu nanti. Boleh la tambah ilmu masakan kan. So, jumpa nanti.. adiosss..



You Might Also Like

3 Comments

  1. Waaa boleh laaa tunggu ni esok...apalaa menu sedap Chef nak masak ek..
    Sini kena gi Jaya Grocer baru jumpa kentang tu huhuhu

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe