Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus | Assalamualaikum semua.. Ya Ampun, lama rasanya tak membebel kat blog ni. Maklum la, lepas PKP macam-macam hal nak kena settlekan. Kembali seperti biasa ke sana ke sini, ke sana ke sini. Eh, tapi masih patuh SOP tau. Ye la, norma baharu kan. Tapi syukur sangat akhirnya dapat juga balik ke kampung bila kebenaran merentas negeri dibenarkan. Oh ya, sebut pasal balik kampung, sis ada barang baik nak kongsikan dengan pembaca kesayangan sis kat blog ni. Nak tau apa dia? Ha, meh baca sampai habis.

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Tadaa.. ha, masa balik kampung hari tu sis bawa 2 produk yang bagus dan sangat berkesan. Ni la dia produk tersebut iaitu Gel Garci.PRO dan Kapsul CP Tongkat Ali Plus. Actually sis dah try product Garci.PRO seminggu sebelum balik kampung dan yang CP Tongkat Ali Plus tu abang ipar yang consume. Asalnya sis nak beli untuk diri sendiri tapi kebetulan tengok abang ipar lebih memerlukan maka sis bagi la kat dia. Eh, mesti ada yang pelik kan betul ke asalnya sis untuk diri sendiri. Ye la, biasa kan kalau Tongkat Ali ni untuk lelaki je. Ha, sabaq naaaa. Nanti sis explain lebih detail kat bawah.


Gel Garci.PRO

Ok, mula-mula sis nak cerita pasal Gel Garci.PRO dulu. Produk ini mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf dan ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano. Pada asalnya sis mencari sapuan untuk kegunaan ketika period sebab sis selalu senggugut dan tak sedap perut. Tapi bila tengok segala manfaat yang ada pada gel Garci.Pro ni, terus sis dapatkan satu untuk kegunaan sendiri.

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Antara kebaikan dan manfaat Gel Garci.PRO adalah :
Membantu Proses Rawatan Kebas Pada Anggota Badan
Membantu Proses Melancarkan Pengaliran Darah Dan Merawat Salur Darah Tersumbat.
Membantu Proses Melegakan Kekejangan Otot
Membantu Proses Melegakan Sakit Urat Dan Sendi
Membantu Proses :
-Melegakan Pening Kepala
-Melegakan Selsema
-Melegakan Sakit Perut/Senggugut

Mula-mula nak guna tu sis macam ragu-ragu juga. Betul ke produk ni mujarab. Tapi ternyata perasaan ragu-ragu tu bertukar gembira bila dah cuba sendiri gel ni. Mana taknya, segala lenguh-lenguh dan juga sakit-sakit badan cepat hilang bila dah sapu dengan gel ni. Ya, maklum la umur sis ni bukan la muda tapi tak la terlalu tua. So, bila buat kerja berat sikit mudah sakit-sakit badan. Kadang tu kalau duduk lama sikit pun kaki cepat sesemut. Jadi hanya sapu sahaja gel Garci.PRO. Senang..

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Apa yang sis suka pasal gel Garci.PRO ni adalah sebab ia mudah meresap. Memang tak rasa berminyak ataupun melekit. Paling best, lepas sapu terasa sejuk dan berangin je. Pastu kan kalau sapu dekat tempat yang lenguh-lenguh tu terasa nyut nyut seolah-olah diurut gitu. Kalau disapu dan diurut ha jagala, bertubi-tubi angin keluar. Tu yang best tu, dapat buang angin dalam badan. Kiranya ada tindak balas la. Tak de la macam setengah minyak tu rasa panas je, pastu panas hilang sakitnya tak hilang jugak.

Antara kelebihan Gel Garci.PRO adalah :
Rasa sejuk dan tak panas
Tekstur tidak melekit dan bau menyegarkan (aromaterapi)
Pantas meresap dalam kulit dan tak berminyak langsung
Merawat saluran darah dan saraf yang rosak penyebab kebas
Melancarkan aliran darah di bahagian kebas
Mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
Merawat sakit2 badan
Membuang angin dalam badan

Bila mencuba produk baru mesti sis akan tengok bahan kandungannya. Ye la, kita kena tau juga kan apa bahan yang digunakan. Jangan main sebat je. Karang mana atau ada yang memudarat ke kan. Tapi jangan risau, Gel Garci.PRO ni mengandungi 100% bahan semulajadi dan telah mendapat kelulusan KKM.

Antara bahan kandungan di dalam gel Garci.PRO ni adalah :
Minyak Kayu Putih
Apple Hijau
Tea
Argan Oil
Aloe Vera
Peppermint

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Oh ya, jangan terkejut tau kalau kerap sapu di perut, tiba-tiba seluar jadi longgar sebab dalam masa yang sama gel Garci.PRO ni juga dapat membantu memecahkan lemak. So, sape yang nak kurus tu boleh la cuba produk ni juga. Selain tu, produk ni memang sesuai untuk lelaki dan wanita yg mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya. serta ahli sukan yg aktif bersukan. Masa balik kampung, sis dah bagi mak cuba. Mak sis pun suka produk ni. Siap pesan suruh belikan satu untuk dia. InshaAllah mak, nanti raya haji sis bawa balik untuk mak ye.

Nah, sis kongsikan juga beberapa testimoni orang lain yang dah mencuba gel Garci.PRO ni :

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus


CP Tongkat Ali Plus

Bila sebut je Tongkat Ali mesti sinonim dengan khasiatnya yang memberi tenaga kepada orang lelaki kan. Hakikat sebenarnya, orang perempuan pun boleh makan/minum tongkat ali ni. Jadi CP Tongkat Ali Plus ni sesuai diamalkan oleh lelaki dan juga wanita lebih-lebih lagi mereka yang ada masalah sakit-sakit badan, sakit lutut masa solat, sakit urat, sengal-sengal tulang, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Kandungan bahan dalam CP Tongkat Ali Plus ni bukan semata-mata tongkat ali sahaja tau. Ada juga bahan lain seperti patawali dan juga herba kayu manis. Jangan risau, CP Tongkat Ali Plus ni juga mendapat kelulusan KKM dan didatangkan dalam bentuk kapsul so mudah nak makan dan senang kalau nak bawa ke mana-mana. Sebotol ada 60 biji kapsul dan hanya perlu ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Jangan lupa banyakkan minum air untuk memudahkan proses herba meresaap dalam badan.

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Oh ya, macam yang sis mention kat atas tadi untuk CP Tongkat Ali Plus ni bukan sis yang consume sebaliknya abang ipar sis. Nak dijadikan cerita, masa balik kampung tempoh hari punya la tinggi semak samun kat rumah sis di kampung. Ye la, dah 3 bulan tak balik kan. Takkan nak suruh mak sis pulak pi tebas. Jadi abang ipar sis la yang mengerjakan semua rumput-rumput tu. Tapi yang peliknya, waktu malam takde pulak dia mengadu sakit-sakit badan. Katanya sejak consume CP Tongkat Ali Plus ni memang rasa lebih bertenaga je. hehe.. patut laa.

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus
Semak samun keliling rumah yang dah meninggi

Antara kebaikan dan manfaat bagi CP Tongkat Ali Plus :

Menguatkan otot sendi dan lutut
Merawat senga;-sengal tulang dan sakit badan
Melawaskan pembuangan Asid Urik
Merawat urat saraf
Membantu mencairkan darah
Membersihkan saluran darah tersumbat
Memberi tenaga tambahan
Mengurangkan keletihan dan kelesuan
Menurunkan paras gula dalam darah
Membersihkan badan daripada toksin
Membantu merawat masalah kebatinan untuk lelaki

Berikut sis kongsikan juga testimoni mereka yang telah mengamalkan CP Tongkat Ali Plus ni :

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Rasa Lenguh Dan Kebas? Gunalah Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus

Ha, ini la perkongsian dan testimoni sis mengenai 2 produk keluaran MISG Global iaitu gel Garci.PRO Dan CP Tongkat Ali Plus. Alhamdulillah, memang berkesan dan dapat membantu bagi mengerjakan rutin harian. Rasa lenguh dan kebas pun dah berkurangan. So bagi sesiapa yang ada masalah sama macam apa yang sis kongsikan di atas boleh la mencuba kedua-dua produk ni. Kat mana nak beli?? boleh rujuk info di bawah :

Instagram :

Facebook :

Website :


Post a Comment

0 Comments