Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali

Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali | Assalamualaikum semua.. yeahh, bila sis mencoret dalam blog ni pastinya sis ingin kongsikan sesuatu yang menarik kan. Ok kali ni sis nak kongsikan mengenai sesuatu yang istimewa sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba nanti. Eh, ni bukan pengumuman pasal sis tau. Ni just sharing mengenai makanan yang sis dah cuba dan rasa dia sedapppp. So, sis nak korang pun pi cuba tau.

Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali

Alkisahnya begini, baru-baru ni sis pi jenjalan kat MyTOWN Shopping Centre. Jalan punya jalan, perut pun berkeroncong. Patut la lapar, rupanya tak makan lagi dari siang tadi. So, untuk dinner sis bercadang makan dekat restoran favourite sis. Kat mana? Mesti la di The Chicken Rice Shop...Bukan Sekadar Nasi Ayammm.. kokkk kokkk... eh, ternyanyi pulakk.. eheheh.

Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali

Bila menu sampai, sis pun belek la. Eh, ada menu baru la kat The Chicken Rice Shop. Nama menu ni Flaming Koli. Ha, jangan tanya apa maksud Koli tu, tapi kalau Flaming tu tau la. Ya, menu Flaming Koli di The Chicken Rice Shop ni adalah hidangan Istimewa sempena Deepavali tau. Jadi dah boleh agak kan pastinya sesuatu yang pedas kan.

Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali

Memandangkan sis ni memang pantang kalau nampak menu baru, so sis pun order la set Flaming Koli ni. Ye la, mesti la nak rasa kan. Sedap ke tidakkkk... By the way, Flaming Koli ni diinspirasikan dari masakan India, pastinya hidangan ni kaya dengan rempah ratus yang menambahkan aroma. Ni yang buat sis tak sabar ni. So sis order set untuk 2 orang makan. Actually kalau nak order single set atau family set pun boleh, malah ada juga lunch set tau. Boleh rujuk bawah ni :

  • Ala Carte ~ RM16.90
  • Meal A (1 Pax) ~ RM20.90
  • Meal B (2 Pax) ~ RM48.90
  • Meal C (4 Pax) ~ RM87.90
  • Set Good Lunch : Upgrade kepada 2 ketul Flaming Koli dengan sedikit cas tambahan

Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali

Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali

Tadaaa.. dah sampai pun hidangan Flaming Koli depan mata sis. Dari luaran nampak macam pedas tapi bau aroma dia perghhhh.. menusuk beb. Ni yang buat sis tak sabar nak rasa. Ok setelah cuba first bite, apa yang sis boleh komen rasa pedas dia tu boleh tahan. Maknanya takde la pedas sangat. Orang kata pedas-pedas manja gitu. Pastu gabungan rempah dia tu yang special. Sis pun tak pasti apa rempah yang digunakan sebab korang paham la kan masakan India ni kaya dengan rempah. Kalau nak masak sendiri kat rumah memang susah la. Tapi takpe, mujur la ada The Chicken Rice Shop kan. Kalau teringin datang je sini dan semestinya sis pasti akan datang lagi sebab sedap la menu Flaming Koli ni.

Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop Hidangan Istimewa Sempena Deepavali

Jadi kalau korang nak juga merasai keenakan menu Flaming Koli di The Chicken Rice Shop, hidangan istimewa sempena Deepavali kena la mai cepat sebab promosi menu ni dalam tempoh masa terhad je tau. Ia bermula 21 September 2020 hingga 15 November 2020. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :

Website : www.thechickenriceshop.com

Facebook : The Chicken Rice Shop

Instagram : The Chicken Rice Shop



Post a Comment

2 Comments

  1. Terliurrnyaaa... Ishhh bila ena nak pi makan sini..asyikkk terlupa jeee nak pekena menu terbaru TCRS

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15hb last day wakk.. Sempat lg nak pi ni 🤗

      Delete