AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

10/30/2020

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental | Assalamualaikum semua.. Sejak penularan Pandemik Covid-19 melanda, keadaan dah tak seperti dulu. Semakin ramai yang dijangkiti dan tak kurang juga ada yang kehilangan orang tersayang akibat wabak ini. Bagi kesan yang lain pula, corak kehidupan kita juga berubah di mana ada di antara kita yang hilang pekerjaan, perniagaan merosot, malah kita juga sudah tidak bebas keluar seperti dahulu. Macam sis pun sama, sekarang sis lebih banyak menghabiskan masa di rumah sahaja. Risau weii kalau nak keluar lagipun perlu patuh SOP jadi dah tak best macam dulu. huhu

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Jadi bila berhadapan dengan realiti kesihatan dan kehidupan sebegini ramai yang mengalami kesihatan minda terjejas di samping menimbulkan kesan fizikal dan emosi yang ketara. Ye la, sedangkan kita yang terperuk kat rumah seharian pun dah bosan, inikan pula dah berbulan-bulan malah bagi yang kehilangan pekerjaan tu lagi teruk stress memikirkan bebanan tanggungjawab kan. Semua ini akan mengundang kepada penyakit mental tau. Ha, berikut adalah info dan statistik yang dikeluarkan mengenai kesan Pandemik ini terhadap kesihatan mental.


Info Dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tinjauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa menjelang 2020, masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang dialami oleh rakyat Malaysia selepas sakit jantung. Seorang dalam tiga rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas (29.2 peratus) mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda daripada 11.2 peratus yang dilaporkan pada 2006. Antara belia Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun, satu dalam lima mengalami kemurungan, dua dalam lima dibelenggu keresahan dan satu dalam 10 menghadapi tekanan atau stress.


Info Dari Kumpulan Pemikir Malaysia The Centre

Mengenai kesejahteraan mental isi rumah Malaysia semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), satu tinjauan kesihatan terbaharu yang dijalankan oleh kumpulan pemikir Malaysia The Centre melibatkan 1084 responden di Malaysia mendapati bahawa:

45% daripada responden melaporkan kesejahteraan minda yang terjejas semasa
PKP, dengan tahap keterukan berbeza.
 22% melaporkan tahap keresahan pada tahap antara teruk sehingga amat teruk,
dengan 20% dan 15% daripada responden melaporkan tahap kemurungan dan
tekanan yang serius sehingga amat serius.
 Kaum wanita dan mereka yang berusia di bawah 35 tahun melaporkan tahap emosi
negatif yang lebih tinggi. Antara 18-26% wanita menyatakan bahawa mereka
mengalami kemurungan, keresahan dan tekanan yang teruk sehingga amat teruk.


Info Dari Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa, AS (IASP)

Menurut Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa, AS (IASP), satu bilion orang di seluruh dunia dianggap mempunyai masalah gangguan mental atau salah guna bahan, dan sesiapa di mana-mana sahaja boleh terkesan. Kemurungan sahaja bakal menjadi beban penyakit utama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Fuhh.. seram pulak baca statistik tu kan. Jadi sebelum keadaan menjadi lebih teruk, bagi sesiapa yang stress tu jom la kita buat aktiviti yang berfaedah terutama bagi mereka yang macam sis ni asyik terperuk di rumah. Awal-awal dulu sis suka tengok tv je tapi sejak dah berbulan-bulan duduk di rumah, bosan juga kan. Jadi sekarang sis lebih gemar membaca buku. Lagipun bila membaca, sis dapat tambah ilmu dan juga dapat mengelakkan tidur waktu petang. Bukan apa, bila dah tidur nanti waktu malam mula la susah tidur. Tu yang jadi tak lena dan tak cukup tidur. Ha, tau tak betapa pentingnya tidur yang berkualiti? Ya, itu merupakan salah satu cara untuk membantu kesihatan mental tau. 


AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic 

Menurut Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife berkata tidur yang berkualiti meningkatkan kesihatan psikologi dan mental kita dan begitu juga sebaliknya. Isu kesihatan fisiologi dan psikologi semakin meningkat di peringkat global. Seorang dalam lima orang mengalami masalah kesihatan mental. Oleh yang demikian, AmLife menekankan pendidikan mengenai tidur, yang merupakan sebahagian daripada falsafah perniagaan mereka. Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai AmLife boleh baca artikel yang sis pernah kongsikan sebelum ni. 

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Terbaru AmLife telah melantik Cik Elizabeth Huxtable, Pakar Terapi Bunyi bertauliah dengan pengalaman terapi menyeluruh selama 30 tahun (Globe Sound & Consciousness Institute, San Francisco, Amerika Syarikat) dan Dr. Luke Wang – Pakar dalam bidang Psikiatrik, Perubatan Tidur dan Geriatrik & Dekan Rafah Sleep Clinic di Taiwan untuk berkongsi maklumat tentang kesihatan mental.

Dr. Luke berkata, “Seseorang perlu tidur nyenyak untuk meningkatkan kesihatan mental keseluruhan, yang seterusnya menambah baik kesihatan keseluruhan. Tidur yang terganggu menjejaskan keliutan otak dan mengubah tahap tekanan dan sistem radang. Ujian klinikal menunjukkan bahawa kualiti tidur yang kurang baik menyebabkan Penyakit Alzheimer selain daripada tekanan jangka panjang yang meningkatkan paras glukosa darah, menyebabkan kelemahan metabolisme dan meningkatkan risiko kegemukan, lantas memberi kesan kepada tekanan mental dan kesihatan secara keseluruhan,” ujar beliau.

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Frekuensi Menjadi Penyelamat! Kajian mendapati frekuensi bunyi boleh menjejaskan sistem saraf dan mencetus kesan pemulihan positif kepada minda dan badan. Menurut Elizabeth, “Terapi bunyi membantu meringankan tahap stres orang ramai, dengan mengurangkan tekanan darah mereka dan membantu sistem vaskular untuk meregangkan salur darah dan membolehkan darah mengalir dengan lebih lancar. Setiap organ dan sel dalam badan kita mempunyai frekuensi resonans. Kadangkan, disebabkan stres, toksin dalam persekitaran, penyakit dll, organ mula menggetarkan frekuensi yang salah, maka getaran bunyi yang memulihkan boleh membantunya kembali kepada frekuensi semula jadi dan menjadikan badan lebih relaks, ujar beliau.

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Berasaskan pandangan Cik Elizabeth, AmLife telah memperkenalkan penyelesaian DeepZleep Amsonic – teknologi tidur regeneratif dari Jepun yang menggabungkan Terapi Potensi Elektrik, Terapi Haba dan Terapi Kekerapan AmSonic – semuanya dalam bentuk tilam. Terapi Frekuensi AmSonic ialah teknologi Jepun terbaharu yang memanfaatkan frekuensi alam semula jadi dan frekuensi pemulihan kerohanian untuk megharmonikan frekuensi badan dan menyerasikannya dengan persekitaran semula jadi untuk merehatkan badan, melegakan ketegangan dan memastikan kita tidur lena supaya badan kita boleh pulih dan menikmati manfaat kesihatan.

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

DeepZleep Amsonic boleh didapati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Hong Kong. Satu kajian oleh Northwestern University School of Medicine mendapati bahawa terapi frekuensi desibel rendah boleh membantu menambah baik tidur yang lena, terutamanya bagi warga emas. Pakar kesihatan terbabit percaya fasa tidur lena penting untuk penyepaduan daya ingatan dan proses pemikiran lebih pintar.

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Mereka mendapati orang yang tertidur semasa mendengar terapi frekuensi desibel rendah mencatatkan markah ujian tiga kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendengar muzik latar dalam ujian memori pada waktu pagi. Ini bermakna mereka sebenarnya menjadi lebih pintar selepas tidur semalaman.

AmLife Memperkenalkan DeepZleep Amsonic Bantu Tidur Lena Demi Kesihatan Mental

Wahhh.. bagusnya. Ini yang buat sis pun teringin nak beli DeepZleep Amsonic ni. Terima kasih AmLife. Semoga AmLife akan meneruskan misi dan hala tuju perniagaannya untuk memimpin dunia dalam teknologi tidur regeneratif pertama demi kesejahteraan fizikal dan spiritual yang menyeluruh. Dengan ini diharap semua orang boleh mencergaskan semula kesihatan fizikal dan mencerdaskan minda mereka semasa tidur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amlife.com.my



You Might Also Like

2 Comments

  1. Teringin jugaklah nak memilikinya... maklumlah dah tua... kenalah dapatkan tidur yang lebih berkualiti supaya kesihatan mental dan fizikal terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Tambah plak time skang ni ramai yg stress sbb terkesan dgn pandemik kan. So, penting dpt tidur yg berkualiti 🤗

      Delete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe