Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop

Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum semua.. Yayyy, hidangan yang dinanti kini dah kembali ye guys. Of course la sis punya menu kesukaan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop (TCRS). Bila nampak je kawan-kawan kongsikan di sosial media, terus sis pun pergi ke outlet TCRS yang berhampiran.

Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop

Nak dijadikan cerita, bila sis nak membuat pesanan je aik waitress bagitahu yang Grilled Butter Chicken dah habis. Ohhh nooooo, kecewanya sis umpama putus cinta tau. Bayangkan la sis datang semata-mata nak menikmati hidangan istimewa ni tapi malangnya tak dapat. Lepas tu, keesokkannya sis pergi lagi. Kali ni sis datang awal sikit sebab takut kecewa lagi tapi Alhamdulillah rezeki sis ada. Ni la yang dikatakan kalau dah jodoh tak kemana kan. Eh, awat sampai ke jodoh pulak ni.. haha, bukan jodoh nak kahwin tu. Tapi sebenarnya tagline menu Grilled Butter Chicken ni "Jadikan GBC Jodoh Anda"... aaagituuu..

Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop

Kalau korang nak tau, kenapa sis suka sangat Grilled Butter Chicken di TCRS ni sebab ia merupakan hidangan yang diperkaya dengan citarasa yang memikat dan dapat memuaskan selera bukan sahaja tekak sis malah seluruh rakyat Malaysia tau. Gabungan ayam dan mentega dia memang best umpama pasangan merpati 2 sejoli.. auchh sweet kan.

Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop

Hahaha over pulak sis ye. Tapi betul tau, Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. Sis memang suka menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah. Fuhh, memang sedap laaa. 

Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop

So, dek kerana ramai yang menanti hidangan ni, TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia sebagai tanda menghargai pelanggan mereka. TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini.

Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop

Ye la, tak lama lagi kita dah nak masuk tahun baru dan tahun ni juga kita dah lalui pelbagai rintangan kan. Jadi dengan kehadiran menu istimewa Grilled Butter Chicken ini dapat menjadi meninggalkan kenangan manis dan sebagai permulaan yang penuh kesempurnaan bagi tahun yang akan datang. Bagai padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan.. aaaa gituuu lagiii.

Grilled Butter Chicken Hidangan Dinanti Di The Chicken Rice Shop


So, kalau korang belum lagi menikmati Grilled Butter Chicken, cepat-cepat la pergi ke The Chicken Rice Shop ye sebelum 17 Januari 2021. Karang kalau dah habis promosi mau frust menonggeng. Kena tunggu lagi setahun pulak... hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/




Post a Comment

0 Comments