Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini
1/11/2021Arabian Village : Terdapat 3000 Produk Dari Timur Tengah Dijual Di Sini | Assalamualaikum semua.. Ya Habibi Ya Maulana. Apa khabar pembaca sekalian. Harap-harap semuanya sihat sejahtera la ye. Mana-mana yang terjejas dengan dugaan awal tahun ni seperti harap dapat bertabah menghadapi ujian. Tak sangka teruk juga kan banjir kali ni dan kes Covid-19 juga makin meningkat. Nampaknya makin nipis la harapan nak ke luar negara. So, bagi sesiapa yang rindukan makanan sunnah dan pelbagai barangan dari Tanah Arab, ni sis kongsikan lokasi Arabian Village yang menjual hampir 3000 produk dari Timur Tengah.
Alkisah sebenarnya sis nak cari buah kurma. Eh, bukan untuk bulan puasa tapi sekarang ni sis dah start ganti puasa. Ye, tak sampai 100 hari lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadan tau. So, mana-mana yang masih ada puasa nak diganti tu ayuhlah kita mulakan sekarang. Kebetulan sis ada nampak kawan kongsikan satu lokasi yang ada menjual buah kurma iaitu di Arabian Village yang terletak di KL Traders Square, Jalan Gombak. So, apa lagi terus sis pergi ke sana.
Sedikit Pengenalan Mengenai Arabian Village
ARABIAN VILLAGE
289 Kuala Lumpur Traders Square
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
NO. TEL: 011-1111 9585
1 Comments
Ni nak kena pi layan ni. Nak try Bakhoor tu. Lepas tu nak jenguk kedai ustaz Ebit Liew sekali. Kat situ juga rasanya kan?
ReplyDelete