Nikmati Kentang Goreng Enak Sempena U.S Fries Bonanza 2021

Nikmati Kentang Goreng Enak Sempena U.S Fries Bonanza 2021 | Assalamualaikum semua.. Sejak kerajaan isytihar PKP Total Lockdown dilaksanakan, maka sila la duduk di rumah diam-diam kan. Tapi masalahnya bila dah duduk kat rumah ni, asyik nak makan je. Adoi, dah macam membela saka tau. Bila datang mood rajin memasak, macam-macam resipi sis cuba. Tapi bila mai mood malas pulak, alamatnya order je la. hehe


Sebut pasal order makanan, baru-baru ni sis nampak satu promosi yang menarik dekat aplikasi GRAB iaitu U.S. Fries Bonanza 2021. Wahh.. menarik wei promosi ni sebab sis memang penggemar Fries ataupun kentang goreng ni. Sis tau, ramai juga di kalangan rakyat Malaysia ni yang suka dengan kentang goreng kan. Kalau pergi mana-mana restoran yang menjual makanan barat pun mesti disediakan juga kentang goreng ni. Bagi sis kalau makan kentang goreng ni dah cukup kenyang dah. Tak perlu nak makan nasi lagi.


Apa yang lebih menarik mengenai promosi U.S Fries Bonanza 2021 ni adalah kentang goreng yang disediakan menggunakan kentang A.S (U.S Potatoes) tau. Ha, korang tau tak kat pasaran ada bermacam-macam jenis kentang. Kalau dulu, sis main amik je tapi sekarang sejak sis dah tau mengenai kelebihan kentang A.S, sudah pasti ia menjadi pilihan utama sis. Jadi, Of course la sis teruja dengan promosi U.S Fries Bonanza ni sebab sis boleh makan kentang goreng kegemaran sis.


Kelebihan U.S Potatoes

Nak tahu tak kenapa sis suka U.S Potatoes? Honestly bagi sis dari segi rasa U.S Potatoes ni lebih sedap dan tekstur dia pun lebih lembut dan gebu. Ini kerana ia ditanam di kawasan yang subur dan dalam suhu yang sesuai. Cara kentang ini diproses juga memainkan peranan di mana kemudahan yang digunakan adalah canggih bagi memastikan kentang tidak rosak dan busuk. Dari segi khasiat pula, U.S Potatoes ni merupakan sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan dan mempunyai kandungan gula yang rendah. Ini menjadikan U.S Potatoes ni sumber makanan yang berkhasiat tinggi dan memenuhi kriteria  Food and Drug Administration and USDA Specifications. 


Ha, bagus kan U.S Potatoes ni. So apa lagi.. harus la sis order kan. Buat masa ni sis memilih 2 buah restoran untuk menikmati keenakan kentang goreng sempena U.S Fries Bonanza ni. Serius sedap tau tambah pula bila order time minum petang ataupun malam. Boleh la makan sambil layan movie. Dua restoran yang sis maksudkan adalah :

Carl's Jr

Sebut je Carl's Jr, terbayang keenakan burgernya kan. Tapi kali ni sis order dari Carl's Jr semata-mata sebab nak makan kentang gorengnya. Ye la, mana boleh lepaskan peluang menikmati kentang kegemaran sis kan. Di Carl's Jr ada 2 menu U.S Potatoes yang boleh dipilih iaitu :

👉 Beef Chilli Cheese U.S Fries 


👉 Crosstrax U.S. Fries 


Sedap weiii.. Sis suka yang Beef Chilli Cheese U.S Fries tu sebab gabungan kentang dengan cheese dan ditabur dengan daging bercili fuh terbaek beb. Sis makan dah tak payah letak sos dah. Manakala yang Crosstrax U.S Fries tu still rangup ye bila sampai. Apalagi, terus ngap laa..


K Fry Urban Korean

Tak boleh move on dengan keenakan U.S Potatoes, sis order lagi menu istimewa ni dari restoran K Fry pula. Siapa yang tak kenal dengan restoran Korea yang terkenal dengan ayam salut cheese ni kan. Tapi serius sis cakap korang kena order juga hidangan kentang mereka yang menggunakan U.S Potates iaitu :

👉 Bulgogi U.S. Tater Tots 

Disclaimer : Sos dia banyak ye tapi sis tuang sikit je 😀

👉 Dak Kimchi U.S. Fries 


Jujur sis cakap, dia punya sedap tu buatkan sis makan tak berhenti. Dia punya teksturnya yang lembut di dalam dan garing diluar serta ditambah dengan campuran bahan daging dan sos menjadikan hidangan ni cukup istimewa. Rugi tau kalau korang tak cuba menu dari K Fry ni. 


Amacam, terliur tak tengok sis makan? Ha, jom la sama-sama menikmati kentang goreng enak sempena U.S Fries Bonanza 2021 ni. Ada 13 buah restoran yang terlibat dalam menjayakan promosi ni tau. Tapi memandangkan sekarang ni kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, jadi ada 2 cara untuk menikmati hidangan istimewa ini iaitu secara penghantaran ke rumah ataupun Take Away.


1) Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah

Aplikasi Grab 
  1. Buka Aplikasi Grab dan pilih GrabFood
  2. Cari Banner U.S Fries Bonanza dan Klik (boleh juga taip USPotato di bahagian Search jika tidak dapat melihat Banner)
  3. Pilih mana-mana restoran yang disenaraikan dan cari menu U.S Potato
  4. Setelah pilihan dibuat, sila pastikan semua info betul dan buat bayaran
  5. Setelah pembelian dalam talian selesai, tunggu sahaja penghantarannya
  6. Selamat menikmati hidangan U.S Fries Bonanza

2) Take Away (Beli & Bawa Pulang)

Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan restoran yang tersenarai, boleh je pergi sendiri ke outlet dan buat pembelian. Cuma buat masa sekarang tak boleh makan di restoren la ye. Berikut senarai 13 buah restoran untuk promosi U.S Fries Bonanza 2021 dan nama hidangan yang menggunakan U.S Potato :

My BurgerLab
👉 Awesome U.S. Fries

Chili’s
👉 Homestyle U.S. Fries

Mikey's Pizza
👉 Staten Island 2.0 U.S. Fries
👉 Brooklyn U.S. Fries

NY Burger Co
👉 Cheesy Beef Bacon U.S. Fries
👉 Cheesy U.S. Fries 

Strangers at 47
👉 Shoestring U.S. Fries with Parmesan Cheese 
👉 Loaded Cheesy U.S. Fries

Botanica
👉 Truffle U.S. Fries 
👉 Broken Chili U.S. Fries
👉 Tom Yum U.S. Fries
👉 Okonomiyaki U.S. Fries 

Burger On 16
👉 Cowboys U.S. Fries (Beef) 
👉 Cowboys U.S. Fries (Chicken/Vegetarian) 
👉 Pepperoni Cheese U.S. Fries 

Carl’s Jr
👉 Beef Chilli Cheese U.S Fries 
👉 Crosstrax U.S. Fries 

K Fry
👉 Bulgogi U.S. Tater Tots 
👉 Dak Kimchi U.S. Fries 

KGB
👉 Texas Jalapeno Cheese U.S Fries 
👉 Kimchi U.S. Fries 

3 Little Pigs
👉 Buffalo U.S. Fries 
👉 Cajun U.S. Fries

The Owls Cafe at Happy Mansion
👉 Waffle U.S. Fries 
👉 Mentaiko Waffle U.S. Fries

Jinjja Chicken
👉 Tteokbokki U.S. Fries 
👉 Sesame Seaweed U.S. Fries 


So, korang boleh mana-mana restoran yang berhampiran. Promosi U.S Fries Bonanza 2021 ni bermula dari 1 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021 sahaja tau. Jadi lekaih la order cepat-cepat, nanti kalau lambat takut melepas pulak. Sis pun nak order lagi la dari restoran yang lain. Boleh rasa pelbagai menu dari U.S Potatoes kan. Dah order tu jangan lupa kongsikan di media sosial korang dan guna hashtag #USFriesBonanza #USPotatoes #EnjoyUSFriesAtHome. Ingat tau... adios


Post a Comment

1 Comments