Kambing Perap Mr Pepper Sedap dan Mudah Dimasak

7/27/2021

Kambing Perap Mr Pepper Sedap dan Mudah Dimasak | Assalamualaikum semua... Sejak akhir-akhir ni selera makan sis membuak-buak betul la. Tak tau la sama ada ni salah satu side effect vaksin atau tidak tapi memang sis perasan lepas dose pertama hari tu asyik lapar je. Pastu craving macam-macam. Haritu craving nak japanese food, ni nak makan kambing pulak. aiissshh.. haru betuiiii. Korang yang dah ambil vaksin kena macam ni jugak ke?


Kebetulan duk belek Instagram ternampak member-member duk tayang kambing perap Mr Pepper. Apalagi terus la sis dapatkan jugak. Ha, sampai 2 paket tau sis amik sebab baca review ramai kata sedap. 1 pek yang 500g dan satu pek lagi 1kg. Dasar mudah kena racun cenggini la.. hehe. Tapi ok la, buat stok kan. Kalau teringin boleh repeat makan. Oh ya, bermula 15 Julai pek 1kg dah takde dan diganti dengan pek 850g. Bagitau awal-awal, satgi ada yang cari pek 1kg plak.. hehe


Kalau korang nak tau, ni pertama kali sis mencuba produk Mr Pepper ni. Rupanya mereka bukan baru di pasaran ye. Mr Pepper Foods Sdn Bhd atau dikenali dengan Mr Pepper telah ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi. Time tu mereka mendapat permintaan dari Majlis-majlis Akikah dan Kambing Golek yang ingin produk kambing perap dengan portion yang lebih kecil dan mudah disimpan secara sejuk beku. Kini permintaan terhadap produk Mr Pepper semakin tinggi dan mereka mempunyai 3 produk iaitu Ayam Perap, Kambing Perap 850g dan Kambing Perap 500g.


Dari segi kualiti, memang tak perlu diragui lagi kerana Mr Pepper ni memang mengutamakan kualiti tau. Mereka ada kilang sendiri yang melalui proses Halal dari Jakim dan MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dari KKM dan kini sedang ke arah pensijilan GMP (Good Manufacturing Practie) & HACCP (Hazard Critical Control Points) dari VHM (Veterinary Health Mark). Nampak tak betapa Mr Pepper begitu menjaga kualiti produknya. Sedap pulak tu.

Setelah mencuba sendiri keenakan kambing bakar Mr Pepper, nah sis kongsikan apa yang best mengenai Kambing Perap Mr Pepper ni :
1) Pembungkusan rapi

Bagus betul Mr Pepper ni sebab ianya dibungkus menggunakan vacuum packaging yang memudahkan kita untuk menyimpan stok di dalam freezer dan tahan lama. Lagipun bila pembungkusannya rapi, dah tak payah nak risau sos perapan dia terkeluar atau tumpah.


2) Mudah Dimasak

Selalunya kalau nak makan kambing bakar ni kena buat preparation sehari sebelum. Tak pun dalam 4-5 jam lebih awal sebab lepas dah perap tu kena simpan dahulu untuk pastikan sosnya meresap ke dalam daging untuk rasa yang lebih sedap. Tu tak campur lagi dengan penyediaan bahan-bahan untuk perapan. Fuhhh, memang bersilat la kat dapur. Tapi dengan Mr Pepper ni mudah je nak masak. Sepantas 10 minit sahaja dah siap untuk dimakan. Nak masak pun senang je. Boleh guna frying pan, air fryer, pressure cooker, oven ataupun grill.


Kat bawah ni sis share cara mudah untuk masak kambing perap Mr Pepper :

Step 1: Nyahbeku
-Buka plastik vacuum pack, Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro 3-5 minit @
-Rendam plastik dalam air selama 15-30 minit
-Simpan dalam chiller semalaman.

Step 2: Penyediaan
- Masak di atas kuali 'non stick' selama 10 minit @
- Masak di dalam oven @ air fryer @ pressure cooker @ microwave selama 10-20 minit pada suhu 180-200 darjah @ sehingga masak. (Untuk Kekalkan juicy, boleh guna aluminum foil) @
- Bakar (BBQ) selama 10 minit.
-Jika kuah perapan terasa pekat, boleh cairkan sedikit dgn air

Step 3: Siap untuk dihidang!


3) Tektur Daging Lembut dan Rasa Yang Sedap

Daging kambing yang digunakan untuk kambing perap Mr Pepper ni menggunakan bahagian “Lamb Shoulder”. Lamb shoulder merupakan bahagian bahu lamb dan teksturnya sgt enak utk dinikmati dan sesuai dibuat BBQ, lamb chop dan bermacam lagi. Tidak seperti sesetengah kambing perap ada yang dicampur dengan mutton. Tu sebab kadang-kadang bila makan dagingnya liat, tak seperti Mr Pepper ni daging kambingnya memang lembut dan juicy malah tiada bau kambing yang kuat. Ditambah pula dengan sos perapan yang istimewa menjadikan rasa kambing bakar yang lebih sedap. Sos perapan Mr Pepper juga lebih pekat dan boleh digunakan untuk sos pencicah atau kalau ada lebih boleh digunakan sebagai bahan perapan yang lain.


4) Harga yang berbaloi

Dari segi harga bagi sis memang berbaloi. Ye la, kalau kita nak buat sendiri nak kena pergi pasar, beli bahan-bahan untuk daging kambing dan sos perapan. Kemudian nak hasilkan sos perapan yang sedap pun bukan senang ye. Kan mudah dengan Mr Pepper ni. Dah la sedap, isinya pun banyak, pendek kata memang berbaloi la.

Berikut harga untuk kambing perap Mr Pepper :

- 500g: RM35 (Ada 4-5 slices)
- 850g: RM49 (Ada 6-8 slices)



Manakala untuk Ayam Perap Mr Pepper pula :
- 850g: RM29
Tapi Ayam Perap ni sis tak cuba lagi. Next time nak try la yang ni. Nampak macam sedap je..


Honestly sis cakap memang puas hati dengan Kambing Perap Mr Pepper ni. Kali ni sis masak dalam frying pan dan makan dengan daun salad ala-ala macam kat Korea tu. Sedap gilerr..Memang betul tau, terasa kelembutan daging kambingnya yang lembut dan juicy. Yang bestnya memang takde bau kambing yang kuat pun. Next time nak repeat order boleh la beli lebih sikit buat stok kat rumah. So tak payah dah sis nak bersilat bagai kat dapur. Dengan Mr Pepper, senang la nak makan kambing bakar selalu. Dah la sis ni memang hantu kambing. Favourite tauuu.



Pssttt, sis dapat tau sekarang ada cabutan bertuah tau untuk pelanggan dan juga ejen Mr Pepper. Siap berpeluang menang hadiah Iphone 12 Pro Max. Waduhhh, bestnya. Memang idaman qalbu tu. Korang-korang pun meh la pakat beli Mr Pepper. Mana tau rezeki korang dapat Iphone tu ataupun 5 hiadiah sampingan yang lain. Cara dia mudah je, ikut step kat bawah ni :

1. Semak Syarat Penyertaan.
2. Buat Pembelian Mana2 produk Mr Pepper.
3. Isi borang penyertaan (Perlu isi semua details).
4. Like facebook page Mr Pepper untuk mengetahui update terkini.

Link Berkaitan :
1. Syarat Penyertaan : https://bit.ly/3i3PYNG
2. Borang Penyertaan : https://bit.ly/3zCWXTE
3. Link Facebook Page Mr PEPPER : https://bit.ly/36ZSZZ7


So, apa lagi.. jom la sama-sama beli Mr Pepper, Kambing Perap Sedap, Lembut, Cepat Dimasak sepantas 10 minit! Oh ya, kalau ada sesiapa yang nak jadi ejen Mr Pepper boleh terus whatapps HQ Mr Pepper +6011-1042 2124, atau mesej di FB: Mr Pepper, IG: mrpepperhq. Boleh la juga tambah pendapatan kan. Terbuka untuk semua terutama mereka yang terkesan dengan PKP, suri rumah ataupun student.
Untuk info lanjut boleh rujuk link di bawah :



You Might Also Like

3 Comments

  1. waalaikumussalam. dah mudah sekarang, nak makan tak susah dah ^_^

    ReplyDelete
  2. Memang terbaik alhamdulillah saya executive patner byk tolong pendapatan saya Mr pepper disebabkan kerja saya terjejas semasa pramugara.Alhamdulillah looking forward 6 angka sales wassap.my/0148895782

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mmg terbaik sis kambing Mr Pepper tu...cukup segala rasanya...juicy, sedap dan mmg tak bau hamis kambing...sentiasa ada dlm peti ais umah saya...

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe