Marrybrown Sambut Tahun Kedua ‘Hari Nasi Lemak MB’ Beli 1 Percuma 1

Marrybrown Sambut Tahun Kedua ‘Hari Nasi Lemak MB’ Beli 1 Percuma 1 | Assalamualaikum semua... Sedar tak sedar dah masuk pertengahan tahun kedua 2021 dah kan. Cepat betul masa berlalu. Ini bermakna dah nak masuk 2 tahun kita berdepan dengan gelombang pandemik dan duduk di rumah sahaja. Dalam tempoh ni macam-macam perkara terjadi kan. Namun pelbagai usaha telah dilakukan terutama terutama bagi membantu mereka yang terjejas dari segi sumber pendapatan. Kagum betul sis dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat Malasysia yang sentiasa bersatu hati tanpa mengira agama dan bangsa. Ini lah yang dikatakan semangat #kitajagakita.


Uishhh, lain macam pulak semangat sis hari ni padahal hakikat sebenarnya tengah lapar ni. Tiba-tiba teringin pulak nak makan nasi lemak. Hidangan istimewa kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa, dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Alang-alang dah sebut pasal nasi lemak, ha sis nak kongsikan dengan korang mengenai tawaran Marrybrown sempena tahun kedua 'Hari Nasi Lemak MB'.


Untuk pengetahuan semua, Marrybrown kini sudah 40 tahun beroperasi sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia kini sekali lagi dengan bangganya Marrybrown meraikan tahun kedua sambutan ‘Hari Nasi Lemak MB’ sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia. Korang dah pernah try ke Nasi Lemak MB? Kalau belum, sila la cuba ye sebab bagi sis memang sedap. Hidangan Nasi Lemak MB yang lengkap dengan Nasi Lemak yang wangi, 1 ketul Marrybrown's Crispy Chicken, Marrybrown Authentic Sambal, Ikan bilis, Kacang, Timun dan Papadom pasti memikat hati..


Lebih menarik, Marrybrown menawarkan jualan di atas talian melalui aplikasi Shopee di mana 5,000 bungkus Nasi Lemak MB disediakan menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1 dengan harga bermula dari RM9.50. Ini menjadikan jumlah keseleruhan 10,000 bungkus untuk dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia. Serius memang sangat berbaloi weiii. Boleh la kongsi dengan keluarga atau rakan serumah. Berikut info mengenai promosi ini :

Tarikh : Ahad, 1 Ogos 2021
Masa : Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya
Harga : Bermula dari RM9.50 (Shopee Voucher)
Platform : Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan link di bawah hanya berfungsi di telefon bimbit)

*Shopee Voucher untuk tawaran Beli 1 Percuma 1 Nasi Lemak MB ni boleh ditebus di mana-mana outlet Marrybrown yang terlibat bermula 2 Ogos hingga 31 Ogos.


Mesti ada yang mengeluh "Alamak, satu hari je ke??". Ye wakkk, setiap tahun pada tanggal 1 Ogos merupakan simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown. Tapi kalau korang terlepas, jangan risau. Korang boleh dapatkan tawaran menarik ni di setiap 1 hari bulan di bulan berikutnya. So, jangan la menangis kat bucu katil naaa.. set siap-siap reminder supaya tak terlupa.


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Nasi Lemak MB ni boleh rujuk :
Instagram: Marrybrownmy
Twitter: @MarrybrownMY


Post a Comment

1 Comments

  1. Untung sape yg dpt serbu shopee 1 ogos ni kan..buy 1 free 1

    ReplyDelete