Resipi Anchor's Chocolate Cheese Bomb Mudah, Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi Anchor's Chocolate Cheese Bomb Mudah, Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja | Assalamualaikum semua.. Sejak kena duduk di rumah ni tekak asyik nak makan je. Ye la, jarak nak ke dapur dekat sangat. Lagipun takde roadblock kan dalam rumah. Apa lagi, sehari mau 10x keluar masuk ke dapur. hahahah... macam mana la tak naik berat badan. Tapi tu la, demi melayan anak tekak redho je la. Lagipun bosan wak duk rumah..makan tido makan tido je la..


Eh, melalut pulak sis. Hajat hati sebenarnya nak kongsikan resipi Anchor's Chocolate Cheese Bomb untuk hidangan pencuci mulut (dessert) tapi tercurhat plak pasal kesah hidup yang serba kebosanan ni. Honestly sis ni bukanla sejenis yang pandai masak tapi kalau resipi yang simple dan mudah memang boleh la. Jadi kalau korang nampak sis kongsikan apa-apa resipi, gerenti korang pun boleh buat.


Cara nak buat Anchor's Chocolate Cheese Bomb ni mudah je. Bahan yang diperlukan pun tak banyak. Hanya perlukan 4 bahan sahaja dah boleh hasilkan hidangan pencuci mulut yang sedap. Bahan-bahannya adalah seperti berikut :


Resipi Anchor's Chocolate Cheese Bomb
Bahan-bahan :
300g Anchor Cream Cheese
75g Anchor Unsalted Butter
60g Icing Sugar
15g Cocoa Powder

Cara Buat :
1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati (lebih mudah guna mixer)
2. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit
3. Keluarkan dari peti ais dan bentukkan bulat
4. Taburkan serbuk koko sebagai salutan luar
5. Sejukkan dalam pembeku selama 2 jam
6. Siap untuk dihidangkan


Tadaaa.. ni la hasilnya. Serius senang giler nak buat. Tak perlu masak atau bakar. Siapa yang hantu cheese memang wajib cuba resipi ni. Sedap giler. Tekstur dia bila makan seolah-olah aiskrim, cair di mulut tau. Sis pakai jenama Anchor untuk cheese dan butter, manakala untuk icing sugar dan cocoa powder tu boleh je nak pakai jenama apa pun. Nak lagi best, salutan luar tu boleh gunakan coklat cair dan ditabur dengan kacang. Gerenti lebih sedap. So, apa tunggu lagi. Cuba tau..

Untuk beli produk Anchor di Shopee boleh klik sini :


Post a Comment

0 Comments