Lulu Coupon Craze : Shopping RM100 Dapat Kupon Potongan RM50 Di Lulu Hypermarket

9/22/2021 Dikbee 2 Comments

Lulu Coupon Craze : Shopping RM100 Dapat Kupon Potongan RM50 Di Lulu Hypermarket | Assalamualaikum semua.. Sha la la la la.. Amboi kemain happy ye sis update blog hari ni. Mana tak happy, baru balik shopping uolss. Biasa la orang perempuan ni kalau dapat shopping umpama terapi gitu. Dah la dah 2 minggu sis tak ke mana-mana sebab sakit kaki. Kalau keluar pun setakat pi hospital dan makan je. So, alang-alang nak beli barang dapur dan dah boleh rentas daerah, sis decide ke Lulu Hypermarket. yeahh..


Memandangkan sis duduk Subang, so sis ke Lulu Hypermarket Setia City Mall. Walaupun jauh sikit dari rumah sis tapi sis suka shopping kat sini sebab macam-macam barangan ada dijual kat sini. Sebut je nak apa dari barangan elektrik, pakaian, keperluan harian hingga lah kepada bahan masakan dan juga bahan mentah seperti ayam, daging, seafood dan sayur-sayuran semua ada. Murah-murah dan berkualiti pulak tu. Kalau bahan mentah dan sayur-sayur tu memang segar-segar belaka dan banyak pilihan.


Selain dari tu, sis suka shopping kat Lulu Hypermarket di Setia City Mall ni sebab kawasan dia luas dan susun atur barangan semuanya kemas dan tersusun. Lagipun setiap bahagian diasingkan dengan jarak yang agak jauh. Jadi mudah untuk pergerakan bila nak tolak troli. Takde la bersenggol-senggolan. No no no, SOP kena jaga uiiii tapi kat Lulu Hypermarket Setia City Mall ni memang selesa. Untuk memudahkan korang kalau nak datang shopping kat sini, nah sis kongsikan bahagian untuk setiap level. Mudah la korang nak cari barang nanti :

Level LG Floor
Supermarket
 Fresh Food
 Households
 Health & Beauty

Level UG Floor
 Fashion
 Footwear
 Ladies Bag
 Jewellery
 Ethnic Wear

Level First Floor
 Electronics
 Electricals
 IT & Mobile
 Home Furnishing
 Luggage
 Stationary
 Toys
 Sports

Actually ada sebab kenapa sis share setiap department ni. Nak tau kenapa?? jeng jeng jeng.. sila baca sampai habis.


Memandangkan sis niat nak shopping barang dapur so sis pun amik la troli. Sekali sis ternampak promosi terkini Lulu Hypermarket iaitu Lulu Coupon Craze di mana kalau kita shopping RM100 ke atas di bahagian pasaraya, dapat Kupon Potongan RM50 untuk bahagian Fashion (T&C apply). Woohooo, ni sudah bagus. Dah lama tak shopping baju, kasut dengan handbag. Sejak-sejak MCO ni mana ada keluar sangat kan. Takpe-takpe, sabar jappp. Sis nak beli barang dapur dulu.


Sebelum datang memang sis dah listkan nak beli apa. Tapi bila dah sampai Lulu Hyermarket ni, biasa la mesti terbeli juga benda yang takde dalam list. Alang-alang dah sampai beli je la kan. Hampir sejam sis pusing-pusing, maka dapat la semua barang yang sis nak. Sepanjang sis membelek barang di bahagian pasaraya ni semua ada logo Lulu Coupon Craze. Maknanya tak susah la nak dapat Kupon Potongan RM50 tu sebab majoriti barangan di bahagian pasaray termasuk dalam promosi ni. Tak macam setengah tempat kalau promosi je mesti kena beli selected items, payah gitu kan.












Dah settle pilih barang, sis pun pergi la bayar. lepas adik kaunter dah kira semua total RM100+ gitu. Yayy, maknanya sis entitle untuk Lulu Coupon Craze. Adik tu pun hulur resit untuk redeem Kupon Potongan RM50 kat kaunter Customer Service. Kupon ni kena tebus sebelum 30 September 2021 tapi alang-alang dah ada kat sini apa tunggu lagi kan. Sis pun pergi hantar dulu barang yang dah beli kat kereta. Ha, satu lagi sis suka shopping kat Lulu Hypermarket Setia City Mall ni sebab parking dia dekat dan kalau datang time weekdays memang banyak parking available.


Kat atas tadi sis ada share pasal department setiap level kan. Untuk Kupon Potongan RM50 ni hanya boleh ditebus untuk bahagian Fashion Store. Maknanya di Level UG Floor. Kat bahagian ni ada banyak pilihan pakaian, kasut, beg tangan, sari dan churidar. Wah, memang banyak design yang memikat hati. Ni yang buat sis rambang mata ni. Oh ya, untuk Kupon Potongan RM50 ni kita kena beli barangan di bahagian fesyen ni melebihi RM100, baru la boleh tebus kupon tu. Contohnya kalau beli beg tangan harga RM120, lepas guna kupon jadi RM70. Ha, jimat banyak tu. 












Tu diaaa.. Banyak betul pilihan di bahagian fashion ni. semua lawa-lawa dan up todate. Sis pun ralit duk belek baju, kasut dan beg tangan. Semua berkenan kat hati. Kalau korang nak tau, dulu time raya pun sis beli baju raya kat sini. Senang sebab selesa nak shopping kat sini. Tak sesak dan yang penting dalam air cond kan. Maklum la bulan puasa mana larat nak berpanas-panas. Kali ni sis memilih untuk beli kasut la. Lagipun dah lama takde kasut baru.. hehe


Serius best shopping kat Lulu Hypermarket ni. Puas hati bila semua barangan yang nak dibeli ada ditambah pula dapat kupon Potongan RM50. memang happy la kan. So, kalau korang ada niat nak shopping tu, meh la ke Lulu Hypermarket. Memang berbaloi-baloi weii. Promosi Lulu Coupon Craze ni bermula 15 September sehingga 30 September 2021. Jom Shopping sekarang.. yeahhh. Info lanjut boleh rujuk www.luluhypermarket.com


2 comments: