Resipi Honey Mustard Salmon Guna Air Fryer

10/08/2021 Dikbee 0 Comments

Resipi Honey Mustard Salmon Guna Air Fryer | Assalamualaikum semua.. Alkisah resipi ni sis buat masa PKP aritu. Maklum la time tu kan tak boleh dine-in. So, bila tekak teringin nak makan yang sedap-sedap, kena la masak sendiri. Tapi bagus juga, dapat juga sis belajar masak kan. Nooo, bukan sis tak pandai masak tapi ada certain-certain menu biasanya makan kat kedai je. ahakkk...

Resipi Honey Mustard Salmon Guna Air Fryer

Jadi bila tekak nak makan salmon, gigih la sis google resepi. Dalam banyak-banyak cara masak salmon, sis pilih resipi Honey Mustard Salmon sebab caranya mudah dan kebetulan bahan pun ada kat rumah. Lagipun resipi ni mudah nak buat sebab guna air fryer je. Tak payah leceh nak masak, merecik bagai. So, tanpa buang masa, nah sis kongsikan cara masak Honey Mustard Salmon menggunakan air fryer :

Resipi Honey Mustard Salmon

Hidangan utama :
500g Salmon
1 sudu olive oil
3 sudu honey mustard kewpie
1 sudu jus lemon
1/2 sudu black pepper
1/2 sudu thyme
1/2 sudu parsley
1/2 sudu serbuk paprika
Garam secukup rasa

Hidangan sampingan :
6 btg Asparagus
6 biji Tomato ceri (belah 2)
1 sudu olive oil
1/2 sudu lada sulah

Resipi Honey Mustard Salmon Guna Air FryerResipi Honey Mustard Salmon Guna Air Fryer

Cara masak :
1. Bersihkan salmon dan potong ikut saiz yang diingini
2. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul hingga sebati
3. Sapukan dengan rata atas salmon
4.Letakkan salmon atas aluminum foil dan bakar dalam air fryer dengan suhu 160°c selama 20-30 minit.
5.Sementara itu, panaskan pan.
6.Masukkan Olive oil
7.Tumiskan asparagus dan tomato ceri
8.Taburkan lada sulah dan kacau sebentar
9.Tutup api
10.Bila salmon masak, siap untuk dihidang bersama sos Honey Mustard Kewpie dan hirisan lemon

Resipi Honey Mustard Salmon Guna Air FryerResipi Honey Mustard Salmon Guna Air Fryer

Amacam.. Mudah kan nak buat. Dah la mudah, sedap pulak tu. Serius bila makan rasa sedap macam kat restoran. Tambah pula sis letak side dish buah tomato dengan asparagus. Dah macam menu kat restoran 5 bintang gichuuu. Nampak gayanya next time boleh la buat lagi. Serius senang Honey Mustard Salmon Guna Air Fryer. 

Resipi Honey Mustard Salmon Guna Air Fryer

Korang pun jangan lupa cuba tau 😍


0 Comments: