Hola semua,

Akhirnya aku telah berjaya men'terminate' pakej Astro...lalala
Apa idaknya, bayau kemain mahal tapi bukan semua channel pun aku tengok.
Tapi ni bukan bermakna aku anti ngan Astro, idak sama sekali
Sebenarnya aku ada 2 akaun ngan Astro, 
jadi terpaksa terminate satu utk langkah penjimatan
hihi

Tapi bila tak guna Astro, mmg susah la nak dapat channel tv yg clear 
sbb pakai antena biasa kan
Jadi, bila Astro tawarkan Pakej Njoi, aku pun terima je la,
percuma seumur hidup pulak tu...hihi
Cuma perlu bayar RM99 untuk pengaktifan sahaja.

Pakej Njoi ni dilancarkan pada Disember 2011,
 Njoi ialah perkhidmatan satelit TV percuma yang pertama di Malaysia. 
Njoi memberikan penonton Malaysia akses kepada siaran pendidikan, 
informasi dan hiburan yang berkualiti termasuk sukan dan muzik 
melalui 22 saluran TV dan 20 saluran radio tanpa caj bulanan.

Berikut ada saluran TV dan radio yang ada dalam pakej Njoi :

Pakej Njoi Percuma Seumur Hidup
Saluran TV

Pakej Njoi Percuma Seumur Hidup
Saluran Radio

Yang ni pulak saluran tambahan yang boleh dilanggan secara prabayar 
kira suka hati la nak tambah ke tidak..hihi

Pakej Njoi Percuma Seumur Hidup
Saluran Prabayar Njoi

Setakat ni aku dah guna Pakej Njoi ni kira-kira sebulan dah
takde masalah lagi
Tapi tak tau la pulak orang lain
Tak kesah la, janji dah banyak aku jimat...hihi

~~Adios~~