Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik | Selalu pergi kenduri kat Kuala Lumpur ni mesti kat dewan (selain dari rumah pengantin la). Tapi Sabtu lepas aku dijemput ke majlis perkahwinan yang lain dari yang lain. Disebabkan next day kena balik kampung, so aku berkesempatan pegi ke Majlis Akad Nikah belah malam je la. Majlis diorang ni dibuat di Orchard Villa @ Gombak kepunyaan Felda D'saji

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Pertama kali jejak kaki ke Orchard Villa @ Gombak, apa yang aku boleh kata WOW !! terpegun aku tengok kawasan sekeliling. Ingatkan cuma dewan biasa macam kenduri kahwin yang biasa aku pergi. Rupanya Orchard Villa ni berada dalam kawasan dusun dan paling best tepi sungai. Memang lokasi perkahwinan yang menarik. Nasib aku sampai awal. Boleh la ketip-ketip gambar kawasan sekeliling.

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Sungguh mendamaikan bila dok kat sini. Ada pokok buah-buahan, kicauan burung, tambahan pulak tepi tu ada sungai dan jambatan. Rasa tenang je. Kalau kenduri kat kampung pun tak feel macam ni sebab takde sungai kat tepi rumah.. hehe... Oh ye, kat sini korang tak perlu risau pasal parking sebab kawasan parking dia luas jugak. Kalau time ramai tetamu, ada pasukan RELA yang akan membantu untuk melancarkan trafik. Selain tu, tandas dan surau pun ada disediakan. 

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Masuk kat bahagian dalam, sekali lagi aku terpesona. Sapa sangka dalam kawasan dusun ni boleh buat majlis kahwin yang indah macam kat dalam dewan. Kemas, teratur, dan peralatan yang digunakan pun esklusif tau. Korang tengok kat gambar pun dah boleh bayang betapa grand nyer tempat ni kan. Dalam hati terdetik jugak. Mesti mahal... Tapi rupanya.... ha, jeng jeng jeng.

Sementara tunggu majlis akad nikah, sempat la aku berborak-borak dengan En Syaiful wakil dari Felda D'saji pasal pakej perkahwinan kat sini. Terkejut jugak dengar harga untuk pakej perkahwinan kat Orchard Villa @ Gombak ni. Berbaloi kot sebab harga merangkumi tempat, hiasan, catering (catering Felda D'saji tau), pelamin, PA system, pengacara majlis dan juga urusan dengan ustaz untuk majlis nikah. Boleh kata lebih separuh dari persediaan perkahwinan disediakan kat sini. Kat bawah ni aku share sedikit Info pasal pakej perkawinan yang pihak Felda D'saji sediakan di Orchard Villa ni. Kalau nak tau selebihnya, boleh hubungi talian yang tertera kat bawah tu.

Pakej Perkahwinan Di Orchard Villa @ Gombak Oleh Felda D'saji


ORCHARD VILLA @ GOMBAK
KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM DUSUN

*** ORCHARD VILLA @ GOMBAK ***

Konsep perkahwinan unik yang diwujudkan oleh Felda D'Saji. Didalam kehijauan alam, kedengaran air sungai mengalir.

TAWARAN PAKEJ INI MERANGKUMI :

1) JENIS HIDANGAN
Makanan dan Minuman dihidang secara Buffet

2) TAMBAHAN HIDANGAN PENGANTIN
Tambahan tiga (3) hidangan di meja hi-table (meja pengantin) yang akan ditentukan oleh Chef D’Saji.

3) MEJA HI-TABLE & HIASAN
Meja utama disediakan untuk tetamu VVIP dengan bilangan maksima 10 pax. Hiasan dan gubahan bunga segar turut disediakan.

4) MEJA KHAS
Penyediaan empat (4) set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap dengan Napkin, Alas Meja Bulat & Overlay serta set crockeries dan cutleries jamuan secukupnya.

5) TIGA (3) TINGKAT KEK PERKAHWINAN
Tiga (3) tingkat Dummy Cake perkahwinan disediakan untuk upacara memotong kek perkahwinan bagi menyempurnakan majlis.

6) BUSANA & ANDAMAN * (UNTUK PAKEJ PREMIUM SAHAJA)
Penyediaan sepasang baju pengantin L/P + make up 1x + aksesori pengantin secukupnya oleh kontraktor yang telah di lantik oleh Felda D’saji Sdn Bhd.

7) FOTOGFRAFI * (UNTUK PAKEJ PREMIUM SAHAJA)
Penyediaan senior fotografi iaitu ( Lenso Fobia ) termasuk Story Album min 20 m/s, Frame 8’x12’, CD Umlimited Shoot Serta menyediakan juga Outdoor Session.

8) SESI “FOOD DISCUSSION”
Bagi mendapatkan kepercayaan dan kepuasan dari setiap pelanggan kami, Satu sesi “Food Tasting” untuk 10 orang akan dijalankan.

9) PRAMUSAJI
Setiap majlis akan di uruskan oleh pramusaji D’Saji yang lengkap beruniform.


KADAR SEWAAN TEMPAT RM 5000.00

KADAR SEWAAN INI MERANGKUMI: 

1) KERUSI, MEJA TETAMU DAN KAUNTER BUFFET
Penyediaan Kerusi Chiavari, Meja Tetamu dan Kaunter Buffet beserta alas meja secukupnya dengan hiasan secara Basic Dekorasi dan Red Carpet.

2) STANDARD P.A SISTEM 
“Public Address” ( Sistem P.A) dan Rostrum untuk kegunaan juruacara majlis perkahwinan bersama lagu-lagu pengantin baru dimainkan melalui CD [Encik Arif Putra 012-340 3969] 

3) PELAMIN ASAS 
Penyediaan pelamin asas oleh kontraktor yang telah dilantik oleh Felda D’saji. (Puan Ayu Samsudin [Ayu Deco] 017-633 1005 

4) BILIK PERSALINAN, SURAU DAN TANDAS 
Sebuah bilik persalinan untuk persediaan pengantin serta kemudahan surau dan bilik air yang selesa dan bersih turut disediakan

5) TEMPAT LETAK KERETA 
Tempat letak kereta secara percuma. 

6) RELA 
Unit Keselamatan (RELA) disediakan untuk memastikan keadaan lalum lintas Berjalan dengan lancar



** Complimentary Teh Tarik Corner 300 pax untuk tempahan 1000 pax ke atas


Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Berbaloi-baloi kan.. Terima kasih En Syaiful sebab sudi sharing pasal pakej kat sini. Mana tau esok lusa nak kahwin boleh bincang dengan bakal suami... InsyaAllah, kalau ada jodoh, doakan ekk.... hihi. Ok la, sebelum beransur meh aku share gambar sekitar Majlis Akad Nikah kat Orchard Villa  Gombak ni...

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

Orchard Villa @ Gombak Lokasi Perkahwinan Yang Menarik

MAKLUMAN

1) Bayaran tambahan untuk setiap tambahan unit Heated Dome sebanyak RM 150.00 Per Unit. Maksima penggunaan Dome ialah sebanyak 6 Unit sahaja.

2) Harga pakej yang tertera tidak termasuk 6% GST. (GST ID : 00183664640)

3) Sebarang urusan penggunaan audio system serta penambahan hendaklah berurusan terus dengan [Encik Arif Putra 012-340 3969]

4) Sebarang urusan berkenaam pelamin, Busana & Andaman hendaklah berurusan terus dengan Puan Ayu samsudin [ Ayu Deco] 017-633 1005

5) Sebarang urusan berkenaam Fotografi hendaklah berurusan terus dengan Encik Halim Hassan [ LENSOFOBIA ] 016 - 337 6939

6) Jamuan makan tengahari  : 11.30 pagi - 3.30 petang
    Jamuan makan malam      : 6.30 petang - 10.30 malam

Venue : 
Orchard Villa @ GOMBAK
Desa Makmur batu 10 1/4, Sungai Salak, 53100, Gombak, Selangor
GPS Coordinate : N : 3.272886 E: 101.728487
===============================================================

SEBARANG PERTANYAAN, SEBUTHARGA DAN TEMPAHAN, SILA HUBUNGI : 

AZAHARI BIN CHE MAT 019 – 327 3011 
CHE NOR HIDAYU CHE RAHIM 012 – 921 4691 
JABATAN JUALAN 03 – 2698 8302
Email : salesdsaji@felda.net.my

"SEGALA-GALANYA BERMULA DISINI, TERCIPTA KENANGAN ABADI"