KEK DAN PASTRI YANG SEDAP DI GULA PETITE IOI CITY MALL

KEK DAN PASTRI YANG SEDAP DI GULA PETITE IOI CITY MALL | Assalamualaikum semua.. Pernah tak korang rasa mengidam nak makan kek tapi taknak kek biasa yang jual kat kedai kek tu. Maksud aku nak minum ala-ala hi tea. Ha, meh nak suggest satu tempat yang jual kek dan pastri sedap kat IOI City Mall. Nama tempat ni Gula Petite dan lokasi dia bersebelahan je dengan Ice Skating tu. So, lepas dah penat shopping, boleh la santai-santai minum tea or coffee dengan kek dan pastri yang ada kat sini.

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall

Macam mana aku tau sedap?? Of course sebab aku dah rasa.. hehe. Actually Gula Petite ni baru aje dibuka secara rasminya pada 30 April lepas. Acara perasmian dibuat oleh Dato' Husni Salleh , Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Pemilik Gula Petite pula bernama Nor Arieni Adriena Binti Mohd Ritzal. Cantik dan comel je tau pemilik dia ni. Tak sangka dengan usia yang muda, beliau dah ada bisnes sendiri.



SEKITAR MAJLIS PEMBUKAAN GULA PETITE


Sebenarnya sebelum Gula Petite dibuka, Arieni telah pun membuka Kafe Gula Cakery di Kota Kemuning, Shah Alam. Setelah setahun 6 bulan, baru la perniagaan ni dikembangkan dengan Gula Petite sebagai Kafe kedua milik beliau. Kafe Gula Petite berkonsepkan kafe mini yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, sandwich dan hidangan minuman panas dan sejuk.

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Majlis Pembukaan Gula Petite

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Pemilik Gula Petite

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Dato' Husni Salleh , Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Sekitar Majlis Pembukaan Gula Petite

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Acara Perasmian


MENU DI GULA PETITE


Kalau korang nak tau, dekat Gula Petite ni mereka menyediakan lebih 13 jenis kek setiap hari dan setiap minggu mereka akan menukar menu kek. Ha, baru la pelanggan tak bosan kan. Antara kek yang menjadi pilihan kat sini adalah Kek Pandan Gula Melaka, Kek Double Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries. Kalau nak tau, kat sini ada satu menu yang dipanggil Brownies Vivy tau. Nak tau kenapa? Ha.. sebabnya Vivy pernah makan kat sini dan upload di instagram dia. Dari situ ramai la yang mengenali kafe ni.

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Pelbagai jenis kek

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Chocolate Mud Pie

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Mango Cheesecake

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Nutella Cheese Tart

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Double Chocolate Nutella Cake

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Pandan Gula Melaka Cake

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Rasberry Pistachio Cake

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Butterscotch Cupcakes

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Chocolate Cupcakes

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Cream puff

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Karipap pusing

Ekceli menu kek di Gula Petite sama dengan di Gula Cakery tetapi Gula Cakery juga menyediakan menu makanan panas seperti Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chicken Chop. Selain itu, Gula Cakery turut menyediakan kelas bakeri kanak-kanak dan dewasa.


PELANCARAN BUKU NOTA RESEPI


Selain dari Majlis Perasmian Sempena Pembukaan Gula Petite, turut dilancarkan bersama Buku Nota Resepi istimewa yang turut memuatkan beberapa resipi Signature Dish milik kafe tersebut. Buku nota ni ada 5 warna dan isi kandungannya turut menceritakan kisah di sebalik resepi yang dihasilkan. Selain tu ada juga foto-foto menu serta Voucer diskaun untuk pembelian kek. Harga buku ni RM85 tapi sekarang ada promosi untuk pembeli terawal iaitu RM75. Kalau korang nak beli, boleh beli di Gula Petite ataupun di Gula Cakery.

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Pelancaran Buku Nota Resepi

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Buku nota resepi oleh Arieni


PENCAPAIAN PEMILIK GULA PETITE


Bila tengok wajah pemilik Gula Petite iaitu Arieni, mesti ramai yang akan cakap "wah, dah la cantik, pandai buat kek pula tu". Tapi itula orang kata, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Sebenarnya Arieni sering membantu neneknya memasak dan membakar kek terutama menjelang musim perayaan. Malah ibu beliau juga pandai membuat kek dan diberi gelaran Gula Mummy. So, dari minat yang mendalam terhadap kek, beliau telah membuat kek berasaskan tempahan dan juga membuka kelas bakeri rumahnya. Percaya tak kalau aku kata mereka pernah buat rekod membuat aneka resepi selama 36 jam tanpa henti? Iya dan mereka telah buktikan..

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Nor Arieni Adriena Binti Mohd Ritzal

Dari semangat ini la ditambah dengan kepercayaan dari pelanggan maka mereka tampil dan membuka kafe Gula Cakery pada September 2015 yang berkonsepkan perniagaan keluarga. Pada tahun 2015, ia telah dinamakan sebagai salah satu kafe berkonsepkan kekeluargaan yang terbaik di Kuala Lumpur oleh Time Out KL. Wow.. tahniah Team Gula Cakery dan Gula Petite. Semoga lepas ni perniagaan mereka akan terus berkembang dan dapat membuka lebih banyak cawangan ke seluruh Malaysia.

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Kek dan pastri yang sedap di Gula Petite

So, sesiapa yang belum rasa kek dan pastri hasil resepi di Gula Cakery atau di Gula Petite, boleh la datang ke Ioi City Mall Putrajaya okey. Memang sedap kek dan pastri diorang sebab resepinya lain dari kek kat kedai biasa. Terbaekk la... adios...

Kek Dan Pastri Yang Sedap Di Gula Petite IOI City Mall
Nak kek yang sedap ? Jom ke Gula Petite


Website :

Facebook :

Instagram :

Email :
hello@gulacakery.com




Post a Comment

0 Comments