SELESA PAKAI KANTA LEKAP BAUSCH + LOMB BIOTRUE® ONEDAY

SELESA PAKAI KANTA LEKAP BAUSCH + LOMB BIOTRUE® ONEDAY | Assalamualaikum semua.. sebagai seorang yang berkaca mata, menjadi idaman kalau dapat keluar dan bergaya tanpa cermin mata. Ye la, kekadang tu teringin jugak nak mekap-mekap kan. Tapi bila bercermin mata ni, nampak tak lawa la. So, sebagai alternatif kena la pakai contact lens. Tapi kan aku ni jenis yang susah nak pakai contact lens sebab tak selesa. Selalu je mata jadi merah bila dah pakai lebih dari 8 jam. Pastu rasa pedih-pedih kat mata.

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday

Bila pihak Bausch + Lomb memperkenalkan kanta lekap Biotrue® ONEday, aku TETIBA terpanggil untuk mencuba. Sebelum ni aku tak pernah pakai cuba jenama Bausch + Lomb sebab aku pakai jenama lain. Haha, statement tetiba tu tipu la. Acah je tu. Sebenarnya aku terpanggil untuk cuba selepas mendengar penerangan mengenai Bausch + Lomb Biotrue® ONEday dari Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia. Berikut antara ciri-ciri Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang menarik minat aku :

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Alice Tan, Profesional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia

#1 Mencegah Dehidrasi Dan Memberi Kelembapan


Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday yang menampilkan bahan revolusi Hypergel dan telah dianggap sebagai kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualiti pemenangnya. Hypergel merupakan bahan generasi baru yang direka khas untuk berfungsi seperti mata dengan 78 peratus kandungan air, sepadan dengan kandungan air kornea dan meniru lapisan lipid filem yang terdapat di dalam air mata untuk mengekalkan kelembapan.

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari

Diilhamkan oleh biologi mata, hypergel menggunakan sesuatu makromer iaitu Surface Active Macromers yang befungsi seperti lapisan lipid filem air mata untuk menentang dehidrasi dan mengekalkan kandungan air di dalam kanta sehingga 16 jam. Dengan menggabungkan kelebihan hidrogel dan Hidrogel silicon, Bausch + Lomb Biotrue® ONEday mampu mengekalkan 98 peratus kelembapan sepanjang hari, mendahului kebanyakan kanta lekap yang lain, memenuhi tahap oksigen yang diperlukan oleh mata terbuka tanpa menggunakan silikon untuk mengekalkan mata yang sihat dan sepadan dengan kandungan air kornea untuk penglihatan dan keselesaan yang luar biasa sepanjang hari.



#2 Menekankan Kepentingan Aliran Oksigen Yang baik


Kornea adalah lapisan paling luar mata yang tidak mempunyai bekalan darah yang tersendiri. Dalam keadaan mata terbuka, kornea menerima oksigen dari atmosfera. Apabila seseorang memakai kanta lekap dengan kebolehpindahan oksigen yang rendah, bekalan oksigen ke kornea boleh terganggu. Ini menyebabkan kornea kekurangan oksigen dan jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan pembentukan salur darah yang baru untuk mendapat oksigen yang mencukupi.

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Menekankan Kepentingan Aliran Oksigen Yang baik

Komplikasi ini biasa berlaku apabila seseorang memakai kanta lekap semasa tidur, terutamanya dengan kanta yang tidak direka khas untuk dipakai semalaman. Secara umumnya, pemakaian kanta lekap semalaman ataupun dibawa tidur adalah tidak digalakkan kerana anda meletakkan mata anda terdedah kepada jangkitan mata dan komplikasi yang lain. Untuk mengekalkan kesihatan mata, Tan mencadangkan pengguna untuk memilih kanta lekap yang boleh memberi kandungan oksigen yang diperlukan untuk mata terbuka dan mendapatkan nasihat lanjut daripada optometris anda. Maka pilih la kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday.


#3 Menyediakan Perlindungan UV

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Bausch + Lomb Biotrue® ONEday juga menyediakan perlindungan UV

Hypergel Bausch + Lomb Biotrue® ONEday juga menyediakan perlindungan UV, mampu menghalang 70% UVA dan 95% sinaran UVB. Walau bagaimanapun, Alice Tan, Professional Service Manager dari Bausch + Lomb Malaysia menasihatkan agar menggunakan kaca mata penyerapan UV seperti gogal penyerapan UV dan cermin mata hitam untuk perlindungan mata yang lengkap.


REVIEW KANTA LEKAP BAUSCH + LOMB BIOTRUE® ONEDAY


Ternyata lepas cuba pakai Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday ni, mata rasa selesa je. Kadang-kadang sampai terlupa yang aku tengah pakai contact lens sebab tak terasa langsung kat mata. So, memang terbukti Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday sangat selesa untuk dipakai walaupun melebihi 8 jam. Kadang-kadang aku pakai sampai 16 jam. Terbaik la, kanta lekap yang ideal oleh ramai professional dan para pengguna kerana kualitinya.

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Pakai Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday ni, mata rasa selesa je

Oh, lupa nak bagitau Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday merupakan kanta lekap pakai buang harian premium. Memang sesuai la dengan aku sebab aku ni jenis yang tak pandai jaga contact lens ni. Karang kalau salah penjagaan, memudaratkan mata pulak. Kalau jenis pakai buang ni senang. Lepas pakai buang terus, esok pakai yang baru.

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday

Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday berharga RM 125 sekotak dan mempunyai 30 keping kanta lekap ini boleh didapati di kedai optik terkemuka di seluruh negara. Biotrue® Multi-Purpose Solution juga boleh didapati dalam pek berkembar (355ml x 2) yang berharga RM61.50.


TENTANG BAUSCH + LOMB



Bausch + Lomb, syarikat Valeant Pharmaceuticals International, Inc., adalah sebuah organisasi global kesihatan mata terkemuka yang memberi tumpuan sepenuhnya dalam melindungi, meningkatkan, dan mengembalikan penglihatan mata para pengguna. Perniagaan teras kami termasuk farmaseutikal oftalmik, kanta lekap, produk penjagaan kanta lekap, peranti pembedahan oftalmik dan instrumen. Kami membangun, mengeluar dan memasarkan salah satu portfolio produk yang paling komprehensif dalam industri kami dengan produk yang terdapat didalam lebih daripada 100 buah negara. Bausch + Lomb (Malaysia) Sdn. Bhd. adalah salah satu daripada 43 pejabat global yang mengedarkan jenama kesihatan professional dan jenama penjagaan kesihatan mata seperti Biotrue®, PureVision®, SofLens®, Lacelle®, Re-nu® dan banyak lagi.

Selesa Pakai Kanta Lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday
Saya sudah memilih pakai Kanta lekap Bausch + Lomb Biotrue® ONEday

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :

Bausch + Lomb (M) Sdn. Bhd.
Vivian Hoong, Brand Manager (Vision Care)
Email: Vivian.Hoong@bausch.com
Tel: +603-7680 8830


Post a Comment

2 Comments

  1. thats why aku suka yang clear sebab bila pakai macam tak terasa ada contact lens kat mata.. yang berwarna kadang rasa macam tebalkan... nanti nak try la brand ni pulak.

    ReplyDelete