BERBUKA PUASA DENGAN FELDA D'SAJI DI RED CARPET AVENUE THE STRAND MALL | Assalamualaikum semua.. Ingat lagi tak aku pernah buat entri pasal satu lokasi perkahwinan yang berhampiran dengan shopping mall dulu. Iye, pasal pakej perkahwinan
Felda D'saji dekat Red Carpet Avenue, The Strand Mall. Kalau lupa, boleh klik
SINI. Kali ni, lokasi yang sama, pihak
Felda D'saji turut menyediakan pakej
Buffet Ramadhan 2017 yang murah dengan menghidangkan pelbagai jenis masakan melayu yang pasti memikat rasa.
|
Berbuka Puasa Dengan Felda D'saji Di Red Carpet Avenue The Strand Mall |
MENU DARI FELDA D'SAJI UNTUK BUFFET RAMADHAN 2017
Sebut aje katering dari Felda D'saji, dah terbayang dah keenakan lauk pauk yang dihidangkan. Sape tak kenal kan dengan hasil air tangan Chef Felda D'saji ni.. Dah terkenal seantero malaya gichuuu tambahan pulak menu masakan ala kampung. Kalau makan tak toleh kiri kanan dah. Berbalik pada buffet ramadhan di Red Carpet Avenue, The Strand Mall ni walaupun pilihan makanan takde la sebanyak macam kat hotel tapi semua masakan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Rasa rugi kalau tak rasa especially lauk telur itik masak lemak, siput sedut masak lemak cili api, asam pedas daging tetel, ikan patin masak tempoyak.
|
Buffet Ramadhan Felda D'saji |
|
Ayam Masak Merah |
|
Daging Masak Halia |
|
Pecal |
|
Patin Masak Tempoyak |
|
Asam Pedas Daging Tetel |
|
Telur Itik Masak Lemak |
Selain dari hidangan lauk pauk, ada juga hidangan lain yang ditempatkan di pondok-pondok kecil. Nampak klasik je pondok-pondok tu bila dihiasi dengan dekorasi tradisional melayu. Antara hidangan yang dihidangkan adalah Nasi Dagang, Mee Rebus, Laksa Penang, Bubur Lambuk, Bubur Jagung, Mee dan Kuey Teow Goreng, Roti Boom, Yong Tau Fu dan yang pastinya ada kambing Golek. Semua sedap especially mee goreng dia. Digoreng masa hampir waktu berbuka dan dihidang panas-panas. Makan pulak dengan kambing golek, perghhh sedappp..
|
Pondok Kecil yang Comel |
|
Laksa Penang dan Nasi Dagang |
|
Mee Rebus |
|
Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng |
|
Roti Bom |
|
Yong Tau Fu |
|
Kambing Golek |
Dah kenyang ke?? Kalau kenyang pun tak kira, korang kena try makan kuih muih dan desserts yang dihidangkan. Jangan risau sebab kuih muih yang dihidangkan dalam portion yang comel-comel. So, korang takkan kekenyangan tau. Yang penting kena rasa kalau tak gerenti balik menyesal. hehe.. Eh, jangan lupa buah-buahan dan air sejuk dan panas pun ada disediakan.
|
Pelbagai kek |
|
Pelbagai Kuih Muih |
|
Pelbagai Kek |
|
Pelbagai buah-buahan |
Macam yang aku sebut kat atas, lokasi Red Carpet Avenue ni di The Strand Mall, Kota Damansara. Lokasi dia bukan dalam bangunan tau, tapi kat tepi sebelah kiri. Kawasan dia luas dan selesa. Siap ada fresh air lagi. Kemudahan parking, surau dan tandas boleh gunakan di dalam The Strand Mall. Tak jauh pun dari pintu tepi bangunan tu.
|
Ruang makan yang luas |
|
The Strand Mall, Kota Damansara |
Part paling best nak share dengan korang kalau nak berbuka puasa di Red Carpet Avenue ni adalah dari segi harga dia. Agak-agak korang la dengan menu-menu ala kampung yang menyelerakan dari Felda D'saji, ditambah pulak ada kambing golek, cuba teka berapa harga dia?? Kalau nak tau, sila scroll ke bawah...
|
Harga Buffet Ramadhan yang Murah dan Sedap |
Harga Buffet Ramadhan 2017 Felda D'saji di Red Carpet Avenue The Strand Mall
RM39+ untuk dewasa
RM23+ untuk kanak-kanak
3 Comments
murah juga harganya sis... berbaloi...
ReplyDeleteyup... setakat yg sy pergi buffet ramadan, ni yg murah.
Deletenak kena booking dulu ke or boleh main datang je ?
ReplyDelete