REGEN REHAB : HOSPITAL REHABILITASI SWASTA PERTAMA DI MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan, selepas menerima rawatan, mereka perlu terus menerima rawatan lanjut untuk membantu proses pemulihan. Yela, takkan keluar hospital terus sembuh kan. Nak nak pulak pesakit yang kronik seperti strok, kanser ataupun mereka yang terlibat dengan kemalangan. Memang memerlukan proses pemulihan yang panjang dan teliti serta kaedah yang betul.

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Jadi atas keperluan ini ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd mewujudkan hospital khas swasta pertama yang mengkhususkan kepada perubatan rehabilitasi kepada pesakit. Hospitalnya yang sulung bertempat di Petaling Jaya dan mula beroperasi pada 1 Ogos 2018. Hospital ini menawarkan perkhidmatan rehabilitasi di bawah satu bumbung dengan wawasan untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi rehabilitasi di Malaysia dan Asia khusus untuk :

✔ Rehabilitasi Strok
✔ Rehabilitasi Neuro
✔ Rehabilitasi Kognitif
✔ Rehabilitasi Otot Tulang
✔ Rehabilitasi Sukan
✔ Rehabilitasi Kanser
✔ Rehabilitasi Jantung
✔ Rehabilitasi Sakit
✔ Dan pelbagai masalah lain

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia


Apa Itu Rehabilitasi ?


Dari tadi aku duk mention Rehabilitasi kan tapi korang faham ke ? Sejujurnya aku pun kurang tahu mengenai Rehabilitasi ni sehingga la aku berkunjung sendiri ke Hospital ReGen Rehab ni. Berikut adalah penerangan mengenai Apa Itu Rehabilitasi :

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

"Rehabilitasi atau pemulihan ialah strategi kesihatan penting untuk memanjangkan hayat dan meningkatkan kualiti hidup. ReGen Rehab menawarkan kepakarannya kepada Rakyat Malaysia menerusi empat tunggak iaitu pendidikan awam, latihan profesional untuk professional penjagaan kesihatan, penglibatan aktif syarikat korporat dan organisasi kerajaan dan usaha menghulurkan tangan kepada masyarakat"
- Sue Lee, Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab -

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

“Khidmat rehabilitasi yang baik sangat penting untuk membantu pesakit yang menderita penyakit kritikal atau kecederaan untuk memaksimumkan pemulihan fungsi, Di Amerika Syarikat, perubatan rehabilitasi merupakan disiplin pengkhususan bersepadu yang berkembang apabila syarikat insurans perubatan mula mengiktiraf dan melindungi perkhidmatannya. Select Medical berbangga untuk menyokong ReGen Rehab dalam usahanya meluaskan kapasiti dan kualiti perkhidmatan rawatan rehabilitasi yang disediakan kepada rakyat Malaysia.”
- Robert Ortenzio, Ahli Lembaga ReGen Rehab dan Pengasas Bersama
dan Pengerusi Eksekutif Select Medical -

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti rehabilitasi sebagai strategi kesihatan penting bagi abad ke-21, memandangkan ramai penduduk di seluruh dunia kini meramalkan jangka hayat lebih panjang dengan penyakit kronik yang semakin bertambah. Usaha mengukuhkan rehabilitasi dalam sistem kesihatan amat penting. Perkhidmatan rehabilitasi hendaklah disepadukan dengan penjagaan kesihatan utama, sekunder dan ketiga untuk mengatasi kekurangan kemudahan rehabilitasi di negara-negara sedang membangun. Justeru, hospital rehabilitasi khusus penting untuk memenuhi keperluan pesakit yang rumit. Ini seharusnya sejajar dengan pembiayaan penjagaan kesihatan untuk memastikan kemudahan rehabilitasi boleh dimanfaatkan oleh semua.


Kempen Let There Be Hope


ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd (ReGen Rehab) turut mengumumkan Kempen Let There Be Hope (Menaruh Harapan) yang bertujuan untuk memastikan semua Rakyat Malaysia boleh mendapatkan kemudahan rehabilitasi. Bayangkan apabila keluar dari hospital kita dapat melakukan proses pemulihan di satu lokasi yang sangat selesa dan memiliki kelengkapan yang cukup. Jadi sebagai usahasama untuk menjayakan program ini ReGen Rehab juga telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sosial (PERKESO) dan juga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk meningkatkan kesedaran tentang rehabilitasi.

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Semasa pelancaran kempen ini, 3 orang penerima khidmat rawatan pemulihan di bawah program ‘make-a-wish’ (melafazkan harapan) ReGen Rehab (Wish Upon A Star). Setiap penerima berkongsi kisah bagaimana rawatan pemulihan yang berkesan di ReGen Rehab telah mengubah kehidupan mereka selepas mengalami kehilangan upaya, termasuk strok, kecederaan trauma otak dan kecederaan saraf tunjang.

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Saya rasa seperti terlalu muda untuk diserang strok dan tidak tahu cara menanganinya. Saya cuma boleh berjalan sejauh 5 meter dan itu pun hanya dengan bantuan orang lain. Pasukan ReGen Rehab telah membantu saya menguatkan badan supaya saya boleh berdiri dan berjalan kaki sendiri. Terapi paling berkesan ialah menguatkan bahagian bawah kaki dengan pelbagai alatan gimnasium. Ini membantu saya berdiri sendiri, yang merupakan perkara pertama yang saya lakukan pada waktu pagi. Apabila saya bangun pagi dan rasa boleh berdiri sendiri, saya mendapat semangat baharu untuk mengharungi hari dengan penuh harapan.
- Cik Cheam Swee Mui berusia 45 tahun -

Saya menggunakan kerusi roda apabila datang ke ReGen Rehab. Saya tidak boleh berjalan jauh, tidak boleh bercakap dengan lancar, dan mengalami masalah ingatan dan perhatian. Sudah sebulan berlalu dan kini saya boleh berjalan tanpa bantuan. Dengan rawatan terapi pekerjaan dan pertuturan, daya ingatan saya telah bertambah baik dan saya boleh bercakap dengan lancar. Secara keseluruhan, saya gembira kerana telah mencapai kemajuan dan hakikatnya rawatan yang saya terima bertujuan memastikan saya mampu berdikari dalam jangka panjang.”
- En. Bahtiar Mohd Nooh berusia 51 tahun -

Apabila seseorang yang lanjut usia seperti saya terjatuh dan mengalami kecederaan badan, ia mengubah kehidupan buat selama-lamanya. Saya bimbang bahawa rasa sakit yang perit dan masalah berjalan dan menggerakkan bahagian anggota atas akan kekal sepanjang hayat. Bagaimanapun, ReGen Rehab memastikan semua pesakit tahu bahawa langkah pertama ke arah pemulihan adalah meyakini bahawa anda boleh kembali seperti sedia kala. Saya gembira untuk melihat hasil rawatan saya di sini.
- Cik. Carol Cheah berusia 61 tahun -

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Rehabilitasi telah membolehkan pesakit ini menghadapi masa depan dengan harapan baharu. ReGen Rehab berharap untuk mencetus transformasi dalam persekitaran perubatan di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan capaian kepada kemudahan rehabilitasi menerusi empat tunggak kempen Menaruh Harapan (Let There Be Hope). Ini akan membantu menjadikan ReGen Rehab sebuah Pusat Kecemerlangan di Malaysia dan di rantau ini. Untuk maklumat lanjut mengenai ReGen Rehab iaitu Hospital Rehabilitasi Swasta Pertama di Malaysia, boleh layari :

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Website :

Instagram :

Facebook :