PROJEKTOR LED ULTRA-MUDAH ALIH VIEWSONIC M1 | Assalamualaikum semua.. Untuk pengetahuan semua, aku ni memang sejenis yang suka layan drama kat tv. Tak kisah la cerita melayu ke, english ke asalkan cerita tu best mesti tengok. Kadang-kadang tu bila malam sampai tertidur kat ruang tamu gara-gara nak layan drama atau movie. Hurm, kan best kalau ada tv kat dalam bilik. Sekurang-kurangnya selesa sikit kan nak layan drama sambil baring.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

Ha.. bila aku diperkenalkan dengan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1, terus aku jatuh cinta. Eh, korang jangan salah sangka pulak tau. Projektor dari ViewSonic ni tak sama macam projektor masa zaman kita belajar dulu yang besar gedabak tu. Dah la saiz dia kecil molek, senang pula dibawa ke mana-mana. Bukan takat tu je, ada banyak kelebihan pada ViewSonic M1 yang membuatkan aku rasa rugi kalau tak memilikinya.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Comel kan ViewSonic M1 ni

Baru-baru ni masa event ViewSonic M1 Media Gathering, banyak info yang aku dapat berkenaan produk ni. Ya, mungkin ramai yang tak berapa mengenali produk dari jenama ViewSonic kan. Tapi tahu tak yang sebenarnya ViewSonic ni dah lama dah ada di pasaran.


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic M1 Media Gathering

Ditubuhkan di California pada 1987, ViewSonic merupakan pembekal produk penyelesaian visual terkemuka dunia. Antara produk mereka termasuklah monitor LED, paparan komersial berinteraksi, paparan format besar, paparan sesentuh dan projektor. So, no wonder la mereka mampu mengeluarkan projektor yang berkualiti tinggi seperti ViewSonic M1 ni.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Mr Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia

Dengan projektor ultra-mudah alih M1 ini, ViewSonic berazam untuk berkongsi dengan pelanggan kami rakan kongsi yang terbaik sama-ada di rumah dan juga lokasi-lokasi lain. Kami mendapati bahawa pelanggan kami kini mencari cara yang senang dan versatil untuk menikmati hiburan berkualiti tinggi walaupun di rumah, terima kasih kerana peralihan teknologi di mana semuanya fokus ke peranti mudah-alih. Hiburan di rumah harus mencapai tahap yang serupa dengan hiburan di lokasi yang profesional. Dengan M1, ViewSonic berazam untuk menyampaikan kualiti gambar dan bunyi yang tinggi.
- Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia -


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Wakil Team ViewSonic

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Saiz ViewSonic M1 yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana

Berikut ciri-ciri yang ada pada Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 :

✔ Bersaiz kecil dan seberat 0.75 kg sahaja.
✔ Mempunyai bateri terbina dalam (build-in) yang menjanjikan kuasa sehingga 6 jam.
✔ Mempunyai 16GB memori terbina dalam (Internal Memory)
✔ Mempunyai Dwi-Speaker Harmon Kardon
✔ Mempunyai port untuk sambungan USB-2.0, USB type-C, Audio output, dan HDMI.
✔ Mempunyai slot untuk MicroSD card

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Demo cara penggunaan ViewSonic M1

Masa event tu juga kami diberi peluang untuk merasai bagaimana ViewSonic M1 ni berfungsi. Best giler weii.. Mana taknya, asal ada permukaan yang rata dan berwarna cerah boleh je pancarkan visual dari ViewSonic M1 ni. Nak pancar kat siling pun boleh tau sebab ViewSonic M1 ni ada tapak pintar yang membolehkan paparan 360 darjah. So, boleh la layan movie sambil baring.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic M1 mempunyai tapak pintar yang boleh pusing 360 darjah

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Boleh dipancarkan di dinding yang kosong

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Pancar ke siling pun boleh

Pastu kalau dengan kawan-kawan nak main game pun boleh. Don't worry, visual dari ViewSonic M1 ni memang tip top sebab ia mempunyai kecerahan 250 lumens dan juga ratio kontras 120,000:1. Ia juga mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil. Ha, bagus tak Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ? Siyes kualiti gambar macam tengok kat TV full HD tau. Takde istilah kabur or image jadi kembang.


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Main game dengan kawan-kawan menggunakan ViewSonic M1

Bila dilihat kesemua ciri-ciri yang ada pada Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ni, nampak gayanya berbaloi sangat dan nak kena beli juga ni. Senang nak bawak pi travel. So, takde la bosan sebab selalu kalau kat hotel kadang-kadang channel tak menarik, ada kalanya signal pun tak bagus. Dengan ViewSonic M1 ni just cucuk je kat telefon pintar (tak kisah Android atau Apple) pastu boleh stream terus dari telefon. Nak buat kerja pun senang.

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Port sambungan pada ViewSonic M1

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic M1 juga ada build-in speaker

Oh ya, selain Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1, ada satu lagi projektor yang didatangkan dengan resolusi 4K Ultra HD (3840 x 2160) dengan tahap kecerahan 3500 lumens. Perkenalkan projektor ViewSonic PX747- 4K. Perghhh, yang ni lagi la best. Tapi dari segi harga memang agak tinggi sikit but still berbaloi nak beli berbanding beli TV yang mempunyai ciri yang sama. Ni kalau beli ni boleh buat panggung wayang kat rumah. Puas hati tau.



Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
ViewSonic PX747- 4K

Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Puas hati dengan kualiti ViewSonic PX747- 4K

Bagi aku, projektor sebegini perlu ada bukan hanya untuk layan movie sahaja, bagi yang dah bekerja especially ahli perniagaan ataupun pensyarah sangat bagus jika memilikinya. Bukan apa, senang nak buat presentation kan. Jadi kalau ada yang berminat nak beli Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 ataupun ViewSonic PX747- 4K ni boleh la rujuk link di bawah :


Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1
Berbaloi-baloi memiliki ViewSonic M1


Harga :
ViewSonic M1 = RM1,349
ViewSonic PX747- 4K = RM5,999

Website :


Facebook :