WAJAH BARU THE SQUARE, JAYA ONE PETALING JAYA | Assalamualaikum semua.. Sape kat sini ada haiwan peliharaan ?? Rasanya ramai yang ada kan. Biasanya bagi mereka yang ada haiwan peliharaan ni susah nak tinggalkan rumah. Kalau keluar pun mesti nak balik cepat. Ye la, bukan semua tempat boleh bawak haiwan peliharaan ni nak-nak pulak kawasan restoran ataupun shopping mall. Kang tak pepasal kena halau keluar pulak. Tapi sekarang bagi pemilik-pemilik haiwan peliharaan dah tak perlu risau nak lepak lelama sebab dah ada satu lokasi yang istimewa di mana kita boleh bawa haiwan peliharaan kita sekali. Nak tau kat mana?? Meh aku kongsikan kat bawah.

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
Memperkenalkan The Square, Jaya One Petaling Jaya

The Square yang terletak di Petaling Jaya (bersebelahan The School Jaya One) telah diberi nafas baru dengan menampilkan ruang komersial yang terdiri daripada unit pejabat, ruang makan dan galeri hiburan. Apa yang menarik mengenai The Square ni adalah ia turut menampilkan konsep 'Pet-Friendly Space' dimana pengunjung boleh datang ke sini dan membawa binatang kesayangan mereka. Menarik kan. 

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
Sidang media untuk The Square, Jaya One

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
Mr Charles Wong, Eksekutif Director Bina Tetap Tiara Sdn Bhd

Sebelum ni dikenali sebagai "Palm Square", The Square masih dalam proses pengubahsuaian di bawah projek yang dikelola oleh Bina Tetap Tiara Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada pemaju untuk Jaya One. Projek ini bermula pada Mac 2018 dan menelan belanja RM15 Juta untuk kos ubahsuai bagi kawasan seluas 75,000 kaki persegi. Kalau tak silap dulu tapak ini merupakan tapak 8 buah baglo kediaman dengan keluasan 110,000 kaki persegi. Akan datang kawasan ini akan dipenuhi dengan pembangunan yang menyediakan 45% ruangan pejabat, 40% lot kedai/restoran dan 15% lagi akan dilengkapi dengan Galeri PJ Live Arts.

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
Gambar Ilustrasi dari luar The Square

Dari segi rekabentuk pula The Square menampilkan ciri-ciri seperti bangunan industrial yang menggunakan kepingan logam beralun yang berwarna biru dan juga kepingan lutsinar untuk bahagian dinding dan bumbung bagi membolehkan pencahayaan menembusi ruang dalam bangunan. Sekali tengok dah nampak macam Bangunan IKEA tapi The Square nampak moden sikit la. 

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
Gambar ilustrasi dari dalam The Square

Bangunan The Square hanya mempunyai 2 level sahaja iaitu Ground Floor dan First Floor. Kat Ground Floor akan menempatkan 15 lot kedai/restoran manakala di First Floor pulak akan menempatkan 13 ruang pejabat. 

The Square akan beroperasi dengan 4 matlamat utama iaitu:
✔ Entrepreneurial lead
✔ Late-night dining option
✔ Pet-friendly space
✔ Urban farming

Berdasarkan 4 matlamat di atas, restoran-restoran di The Square akan beroperasi lebih panjang pada waktu malam bagi membolehkan pengunjung menikmati makanan dengan lebih selesa dan tidak tergesa-gesa. Pasti mereka yang bekerja lewat malam ataupun mereka yang mencari lokasi untuk bersantai bersama rakan akan lebih merasa santai bila makan di sini. 

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
The Square dijangka dibuka pada bulan Disember 2018

Pihak restoran juga perlu menyediakan 70% dari tempat makan mereka adalah berhawa dingin manakala 30% lagi adalah konsep al-fresco iaitu ruang makan terbuka. Ini bagi membolehkan pengunjung yang membawa haiwan peliharaan mereka duduk dan makan bersama haiwan mereka. Untuk ruang berhawa dingin pula boleh disewa untuk mereka yang ingin mengadakan jamuan ataupun keraian.

Selain itu, The Square juga akan memperkenalkan Urban Farming di mana mereka yang gemar bercucuk tanam dapat memasarkan hasil tani mereka. Akan datang The Square akan bekerjasama dengan badan NGO dan juga kerajaan tempatan untuk menyediakan platform bagi membolehkan mereka dapat menjual hasil tani mereka dengan lebih teratur.

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
Tiara Teh, Jaya One Management Sdn Bhd Head of Leasing, Charles Wong dan William Wong, Executive Directors of Bina Tetap Tiara Sdn. Bhd.

Menarik kan konsep yang ditampilkan oleh The Square ni. Satu hari nanti diharap The Square dapat menjadi tumpuan pengunjung yang bukan sahaja cintakan binatang malah juga alam semulajadi. Tak sabar nak tengok wajah baru The Square ni. Buat masa ni proses pengubahsuaian dan dijangka akan siap pada bulan Disember 2018 nanti. Masih ada lagi ruang yang belum disewa jadi kalau ada yang berminat cepat-cepat hubungi pihak pemaju ye. Berikut harga sewa nya :

Lot Kedai (Tingkat bawah)- RM8.00-RM10.00 per sq.ft
Lot Pejabat (Tingkat 1)- RM4.00-RM5.50 per sq.ft

Wajah Baru The Square, Jaya One Petaling Jaya
Bersama bloggers yang hadir

Maklumat lanjut mengenai urusan sewa boleh hubungi :

Telefon : 012-323 3563
Email : tenant-relations@jayaone.com.my