Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling | Assalamualaikum semua.. Sabun di bilik mandiiii... Sabunnnn 🎵🎶🎵.. Amboiii, ceria pepagi ni kan. Mana taknya sis baru lepas mandi dengan gel mandian yang cukup menyegarkan iaitu Safi Anti-Bacterial Shower Cooling. Serius sis cakap pertama kali sis nampak Safi Anti-Bacterial Shower ni sis terus jatuh cinta dengan keharumannya. Ha, tu baru bau je belum cuba pakai lagi. Bila dah guna gel mandian ni terus rasa segar dan yakin bila nak keluar jalan-jalan.

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

Macam biasa la sis ni kalau jumpa barang baik mesti nak share dengan korang semua kan. Ye la, sharing is caring kan. Ok, berbalik pada Safi Anti-Bacterial Shower Cooling ni, ia merupakan produk mandian yang lain dari yang lain. Dah la bau dia wangi lepas tu bila pakai rasa sejuk je. Kandungan bahannya iaitu buah-buahan semulajadi menjadikan ia sesuai untuk kulit, melindungi, menyegarkan dan seterusnya memanjakan kulit agar lebih bersih dan segar. Bila bersih dan segar, automatik tahap keyakinan kita pun akan meningkat kan. Ye la, kalau berlengas mesti kita sendiri pun rasa resah dan rasa macam nak menyorok bawah kerusi je kan. Betul tak?

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

Lagipun sape tak kenal dengan jenama Safi ni. Zaman sis kecik-kecik dulu pun dah ada dah produk Safi ni. Tapi bila semakin banyak saingan baru muncul maka Safi sebagai jenama Halal No.1 Malaysia telah menghasilkan inovasi terbaru dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SERI | SAFI Excellence in Research and Innovation | Centre, makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Malaysia. Ha, sebab tu la munculnya produk yang awesome iaitu Safi Anti-Bacterial Shower Cooling ni.. 

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

Oh ya, Safi Anti-Bacterial Shower Cooling ni sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dan memberikan pelindungan antibac harian dan membasmi kuman dari kulit dengan berkesan sehingga 99.99%. Dihasilkan dengan formulasi bahan “mesra kulit” Safi Anti-Bacterial Shower Cooling adalah rangkaian gel mandian antibakteria bebas sabun, bebas alkohol, bebas paraben dan mempunyai kadar pH yang seimbang. Sis tau ada sesetengah orang ada alergik dengan sabun yang ada paraben kan, so boleh la guna Safi Anti-Bacterial Shower Cooling lepas ni.

Safi Anti-Bacterial Shower Cooling ni ada dua variasi gel mandian iaitu :

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

Safi Anti-Bacterial Shower Cooling Frosty Watermelon
- Mengandungi Anti-oksidan semulajadi, Kadar pH seimbang, Bebas Alkohol, Bebas Paraben, Bebas Sabun.
- Rangkaian gel mandian Safi Anti-Bacterial Shower Cooling Frosty Watermelon hebat dengan kombinasi nota haruman floral dengan kesegaran rasa tembikai menjanjikan sesi mandian penuh nikmat.
✔ Memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga
✔ Membasmi sehingga 99.9% kuman* (Berdasarkan hasil ujian in-vitro)
✔ Diperkaya dengan manfaat ekstrak Tembikai & Lemon berfungsi sebagai anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas
✔ Diperkaya dengan manfaat ekstrak Lemon & madu yang bukan sahaja kaya dengan manfaat anti-bakteria, ia juga menyegarkan, melembapkan dan melembutkan kulit

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

Safi Anti-Bacterial Shower Cooling Frosty Pineapple
- Mengandungi Anti-oksidan semulajadi, Kadar pH seimbang, Bebas Alkohol, Bebas Paraben, Bebas Sabun,
- Rangkaian gel mandian Safi Anti-Bacterial Shower Cooling Frosty Pineapple memberikan ledakan kombinasi sensasi haruman dan kemanisan sitrus buah Nenas yang menyejukkan, menyegarkan dan semestinya menjanjikan sesi mandian yang menceriakan hari anda setelah seharian sibuk dengan komitmen kerjaya dan hari yang mencabar.
✔ Memberikan perlindungan antibac harian untuk seisi keluarga
✔ Membasmi sehingga 99.9% (*berdasarkan hasil ujian in-vitro)
✔ Diperkaya dengan ekstrak Nenas, Raspberry & Kelapa yang terkenal dengan manfaat anti-oksidan semulajadi  yang melindungi kulit daripada radikal bebas
✔ Diperkaya dengan kombinasi 3x ganda manfaat anti-penuaan bahan semulajadi yang dapat mengekalkan keremajaan kulit

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

Ha, nampak tak betapa bagusnya Safi Anti-Bacterial Shower Cooling. Disebabkan pening nak pilih mana satu, sis rembat la dua-dua sekali. Tamak?? haha, tu bukan tamak tapi sis teruja dengan Safi Anti-Bacterial Shower Cooling ni. Ye la, kalau dah dapat meningkatkan keyakinan dan memberi kesegaran sepanjang hari sapa yang tak mau kan. Tambah pulak cuaca kat negara kita ni kalau time panas tu panas terik. mau berlecak tau. Tapi dengan Safi Anti-Bacterial Shower Cooling ni memang cool je dan menyegarkan weii

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

So, kalau korang nak juga sentiasa tampil yakin dengan kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling meh la dapatkan segera di pasaran. Kalau nak beli online pun boleh kat Lazada. Harga Safi Anti-Bacterial Shower Cooling boleh rujuk kat bawah ni. Meh la kita sama-sama mewangi dan jangan lupa kongsikan kisah kulit sihat bersama Safi dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda pagar #SafiAntiBacShowerCooling dan #SafiSkinStory.

Tampil Yakin Dengan Kesegaran Safi Anti-Bacterial Shower Cooling

Harga Safi Anti-Bacterial Shower Cooling :
Pek botol 1kg = RM18.50
Pek eko isian semula 850g = RM12.50

Website : www.safi.com.my