Buffet Ramadan 2023 : Nostalgia Ramadan Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam

Buffet Ramadan 2023 : Nostalgia Ramadan Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam | Assalamualaikum semua.. Yeah, ini entri kedua untuk Buffet Ramadan tahun ini. Lokasi kali ini adalah di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Ini merupakan kali pertama sis hadir ke Ramadan Review di hotel ini. Sebelum ni sis hanya pernah mendengar orang bercerita tentang keenakan menu-menu yang ada kat sini tapi kali ni Alhamdulillah sis dapat merasa sendiri untuk makan kat sini. Nah sis kongsikan menu-menu untuk buffet ramadan nanti di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.


Bila bulan Ramadan ni tentunya kita merindui keenakan masakan mak kan. Bukan tu je, rindu nak berkumpul ramai-ramai dan kemudian berbuka puasa bersama keluarga mahupun sanak saudara. Jadi bagi merealisasikan suasana ini Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam membawakan Buffet Ramadan dengan bertemakan 'Nostalgia Ramadan' dan menghidangkan pelbagai hidangan tradisional masa silam.


Dari segi menu pun bukan calang-calang tau. Ada lebih 100 menu di sajian bufet Ramadan yang menyelerakan dan antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing dan Daging Hitam Manis. Selain daripada itu , Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas, Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman dan ruangan pemanis mulut. 







Amacam?? terliur tak?? Eh, ada lagi tau.. Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, Pau, Dim sum, Sushi, Satay Ayam dan Satay Daging. Tak lupa juga Kambing Panggang yang pasti menjadi kegemaran ramai.










Bila dah kenyang, sila rehatkan perut sebab akan ada lagi menu pemanis mulut. Ada macam-macam pilihan tau seperti Ais Kacang, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Green Tea Cake, Kuih Seri Muka, Kuih Koley Kacang, Kuih Talam Pandan, Bread & Butter Pudding, Chocolate Fountain with Fruits Stewer yang pasti akan melengkapkan pengalaman bufet iftar.









Bagi mereka yang berniat untuk merancang iftar secara private group, Mardhiyyah Hotel & Suites juga menyediakan Private Function bermula pada 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga RM 128.00 seorang. Bagi mengisi keberkatan malam Ramadan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4. Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah.


Bila tengok menu-menu yang meriah ni mesti korang nak tau berapa harga untuk berbuka puasa kat sini kan. Actually di Mardhiyyah Hotel & Suites ni ada 3 restoran yang korang boleh pilih untuk berbuka puasa iaitu di Restoran Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen dan Borak Borak Cafe & LoungeOk, nah sis kongsikan harga untuk buffet ramadan nanti. 

Harga Buffet Ramadan Nostalgia Ramadan Mardhiyyah Hotel & Suites

Promosi Tempahan awal (Early Bird) (11 Januari 2023 19 Mac 2023) 
RM 125.00 dewasa sahaja 
*Hanya di Restoran Royale Songket 

Restoran Royale Songket
2 Ramadan -29 Ramadan 1444H (24 Mac 2023 20 April 2023) 
RM 155.00 Dewasa 
RM 120.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 100.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun) 

Sabtu, Ahad & Cuti Am
RM 222.00 (1 Dewasa & 1 Kanak- Kanak)
*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Cina Tung Yuen
9 Ramadan 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 -20 April 2023)
RM 125.00 Dewasa
RM 105.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 85.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Borak Borak Café & Lounge
9 Ramadan-29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 - 20 April 2023)
RM 90.00/set Dewasa
RM 65.00/set Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Promosi Private Function (24 Mac 2023- 20 April 2023)
RM 128.00 seorang

Ramadan Staycation
(23 Mac 2023-21 April 2023)
Bilik Deluxe dengan Sahur RM 270.00 (satu malam)
Diskaun 10% Bufet Ramadan di Royale Songket untuk dewasa sahaja (24 Mac 2023-20 April 2023) 

Pakej Full-Day Meeting
(24 Mac 2023- 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 190.00 (minima 20 orang)

Pakej Half-Day Meeting
(24 Mac 2023 -20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 175.00 (minima 20 orang)

Alamat :
Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
No 5, Persiaran Perbandaran, 
Seksyen 14, 
40000 Shah Alam, Selangor


Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi 
019-273 6801
019-263 9801
019-275 7801
019 261 6847

atau e-mel sales@mardhiyyahhotel.com





Post a Comment

0 Comments