Jelly Belly Bintang Tiktok Popular Muncul Dengan Lagu Single Sulung Bertajuk ASMARA

Jelly Belly Bintang Tiktok Popular Muncul Dengan Lagu Single Sulung Bertajuk ASMARA | Assalamualaikum semua.. Bila dengar lagu Asmara ni sis terus jatuh cinta. Ingatkan lagu ni dinyanyikan oleh artis dari negara jiran, rupanya tidak ye. Bila sis hadir ke Majlis Pelancaran Lagu Asmara ni baru sis tau ia adalah nyanyian Jelly Belly seorang Bintang Tiktok Popular. Wahhhh, best lagu dia.


Tak dinafikan content-content di media sosial sekarang ni banyak memberi impak dalam kehidupan kita sehari-harian. Salah satu platform yang tengah popular sekarang adalah Tiktok. Di platform ini jugalah Jelly Belly seorang yang mempunyai sifat tolong-menolong sesama manusia, bersifat dermawan dan sering berperwatakan ‘happy-go-lucky’ mempamerkan konten-konten berupa kemanusiaan dengan berkongsi rezeki bersama peniaga-peniaga kecil dan menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.


Selain bersifat dermawan, Jelly Belly sebenarnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian, banyak pertandingan nyanyian yang telah disertainya dan memenangi tempat pertama. Perjalanan seninya bermula ketika menyertai pertandingan pencarian bakat Asia’s Got Talent 2018 mewakili Malaysia. Dari sini lah bakat beliau makin terserlah hingga lahirnya single sulung berjudul ‘ASMARA’ ciptaan komposer terkenal dan berpengalaman, Sharon Paul, dan diterbitkan oleh Bertuah Business.


Single berona galau dalam nuansa balada pop ini menceritakan tentang perasaan cinta yang mendalam terhadap seseorang yang dikasihinya tetapi kekasih hatinya telah pun berubah hati, namun masih lagi mengharapkan kasih tersebut berulang kembali. Jikalau pendengar semua amati, bait liriknya sangat meruntun jiwa hati seorang kekasih yang meronta-ronta meminta untuk kembali, ditambah pula dengan kelunakan suara Jelly Belly yang ‘serak-serak basah’ seakan-akan penyanyi terkenal Indonesia, Chakra Khan.

“Alhamdulillah, ibarat mimpi menjadi kenyataan apabila akhirnya saya mempunyai single sendiri. Tiada yang mustahil jika kita betul-betul mempunyai impian dan bekerja keras demi mencapainya. Saya hanya mahu berkongsi rezeki kerana ramai di luar sana yang memerlukan pertolongan, walaupun tidak banyak namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka, dan semoga menjadi teladan serta inspirasi buat mereka di luar sana agar sifat yang murni ini menjadi ikutan,” 
~ Jelly Belly atau pemilik nama sebenar, Abdul Jalil Ikram A. Hamid, 33 ~

Kini, Jelly Belly mengorak setapak lagi sebagai seorang penyanyi profesional dengan terlahirnya single ASMARA ini, dan semoga kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya semakin berkembang, dan lebih banyak lagi pertolongan yang akan dihulurkan. 

 “Semoga single ini dapat membuktikan bahawa Jelly Belly bukanlah hanya seorang ‘content creator’ semata-mata tetapi mampu juga menyanyi dengan baik. Saya berharap agar lagu ASMARA dapat diterima ramai dan nantikan karya-karya saya yang seterusnya"
~ Jelly Belly ~

Lagu ASMARA boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Werkit Records.


Post a Comment

0 Comments