Promosi Menarik Buat Peminat Ayam Dan Oppa Di KyoChon Chicken | Assalamualaikum semua.. Wahh, apakah kaitan ayam dan Oppa ye?? Ahaa, buat penggemar ayam dan juga peminat Oppa, korang jangan lepaskan peluang untuk singgah ke outlet KyoChon Chicken untuk kejutan yang menarik. Ha, nak tahu apakah kejutan tu, sila baca artikel ni ye.
Mengenai KyoChon Chicken
Sebelum tu, berikut merupakan info mengenai KyoChon Chicken. Untuk pengetahuan semua, KyoChon Chicken telah diiktiraf sebagai jenama Ayam Goreng Korea yang paling popular di Korea Selatan. KyoChon Chicken telah diiktiraf sebagai jenama Ayam Goreng Korea yang paling popular di Korea Selatan. Sejak penubuhannya pada tahun 1991, jenama ini cukup sinonim dengan ayam goreng yang baru digoreng dan rangup disaluti dengan sos unik daripada bahan semula jadi tanpa bahan pengawet dan bahan tiruan.
KyoChon Chicken telah membuka cawangan pertama di Malaysia pada 2013. KyoChon Chicken Malaysia telah menjadi rantaian makanan; ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM).
Walaupun jenama telah memperkenal menu dan produk baharu, jenama itu tetap berpegang teguh pada janji penubuhannya:
• Hanya menggunakan bahan-bahan yang terbaik
• Menggalakkan dan menyokong gaya hidup sihat setiap pelanggan
• Mementingkan kesempurnaan dalam setiap hidangan ayam goreng .
KyoChon 1991 mempunyai lebih daripada 1,300 buah restoran di seluruh dunia: Korea Selatan, Malaysia, Amerika Syarikat, China, Indonesia, Thailand dan Arab Bersatu.
Kejutan Buat Peminat Ayam Dan Oppa Di KyoChon Chicken
Kejutan buat peminat ayam dan oppa, KyoChon Chicken menggabungkan rasa makanan Malaysia yang menenangkan dengan cita rasa Korea! Para pelanggan KyoChon Chicken boleh menikmati menu baru Puff pedas terbaru dan siri Melona Mocktails yang menyegarkan, ditambah pula dengan pelbagai promosi menarik iaitu barangan eksklusif Byeon Woo Seok. Wah, peluang yang tak boleh dilepaskan ni.
1. Shinhwa Puff
Menu terbaru KyoChon Chicken yang menggabungkan pastri tradisional dengan rasa Korea yang penuh dengan kejutan. Rangup di luar, penuh inti ayam, kentang dan keju di dalam satu gigitan yang takkan korang lupakan. Bermula dari RM4.90 sahaja, Shinhwa Puff ni sesuai jadi snek bila-bila masa. Tersedia di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh negara (kecuali Miri).
2. Melona Mocktails
Kerjasama dengan Binggrae, jenama aiskrim No.1 Korea, KyoChon Chicken kini membariskan Melona Mocktails yang segar dan eksklusif iaitu Watermelon Strawberry Cooler hingga Fizzy Mango Rose dan Apple Cooler, hanya RM16.90 setiap satu.
Minuman ini direka khas untuk melengkapkan pengalaman makan ayam goreng Korea dengan rasa premium. Tak kira sama ada para pelanggan suka rasa buah-buahan, berkarbonat, atau sentuhan bunga, sudah pasti ada mocktails yang sesuai dengan cita rasa korang.
3. Beg Tote Edisi khas
Oh ya, jika para pelanggan membeli dua Melona Mocktails dalam satu resit, para pelanggan akan mendapat beg tote edisi khas yang comel koleksi manis dari kolaborasi ini. Hanya untuk makan di restoran di cawangan-cawangan terpilih KyoChon Chicken.
4. Rantai Kunci Byeon Woo Seok
KyoChon membawa sedikit magis K-Drama dalam setiap hidangan! KyoChon Chicken dengan bangga menyuntik pesona Nation’s Boyfriend iaitu Byeon Woo Seok dalam setiap detik KyoChon Chicken para pelanggan.
Bermula 15 Mei 2025, dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit, para pelanggan akan mendapat rantai kunci Byeon Woo Seok edisi terhad! Kuantiti rantai kunci ini sangat terhad. Jika kehabisan stok, maka tiada lagi. Promosi ini hanya sah untuk makan di restoran atau beli dan bawa pulang di cawangan KyoChon Chicken terpilih sahaja.
5. Hidangan Percuma untuk Office Mommy
Setiap hari Rabu dalam bulan Mei 2025, bawa ‘office mommy’ ke KyoChon kerana dengan perbelanjaan minimum RM60, office mommy akan mendapat 8 ketul Wingettes dan Drumettes secara PERCUMA (Soy Garlic / Honey Garlic / Red / Shinhwa / Mix). Promosi ni sah untuk makan di restoran sahaja dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.
Jangan Lepaskan Promosi Menarik Ini Di KyoChon Chicken
Fuhhh.. menarik kan promosi istimewa yang dibawakan oleh KyoChon Chicken ni. Jadi buat penggemar ayam dan juga peminat oppa, jom ke KyoChon Chicken sekarang. Sebarang info lanjut, layari laman web kami atau ikut media sosial KyoChon untuk info terkini. Terma & syarat dikenakan.
0 تعليقات