Hola semua,
Hotel Casuarina @ Meru | Hotel Pilihan Di Ipoh | Pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Perak melalui anak syarikatnya Perak Corporation Berhad (PCB) telah membangunkan semula sebuah hotel iaitu Hotel Casuarina @ Meru dengan anggaran kos sebanyak RM80 juta dan mula beroperasi lebih kurang 6 bulan lepas.
|
Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh |
Baru-baru ini, pihak sahabat media telah dijemput untuk menghadiri
sidang akhbar bersama pihak pengurusan Hotel Casuarina @ Meru untuk
tujuan promosi. Seronok sangat pergi ke Hotel Casuarina @ Meru sebab
layanan yang diberikan memang SUPERB.... semua staff ramah dan baik
termasuk Pengurus Besar Hotel iaitu En.Malizan Hj Zakari.
|
Sidang Media di Hotel Casuarina @ Meru |
Kedudukan Hotel Casuarina @ Meru
Hotel Casuarina @ Meru telah dibina di tepi Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Tol Jelapang Lumut Chemor menghala ke Bandar Meru Raya. Selain itu, hotel ini juga terletak berhampiran dengan Terminal Bas Amanjaya dan Pasaraya Mydin. Senang kalau nak cari barang atau hendak mencari tempat makan. Kalau tempat menarik pula, hotel ini berdekatan dengan Meru Valley Golf & Country Club, Sunway Lost World of Tambun dan
Air Terjun Ulu Chepor. Boleh bawa keluarga bercuti ke sana kan. hehe...
|
Pemandangan luar dari tingkap boleh nampak Lebuhraya dan Terminal Amanjaya |
Kemudahan Bilik Di Hotel Casuarina @ Meru
Hotel ini mengetengahkan konsep moden dan kontemporari ditambah dengan kelengkapan perkakasan bilik yang serba moden menjadikan tetamu berasa amat selesa. Terdapat 150 bilik mengikut kategori untuk pilihan tetamu.
Berikut adalah kategori bilik yang disediakan :
- Superior / Standard- 45 bilik.
- Deluxe - 20 bilik.
- Studio Suite - 70 bilik.
- Family Suite - 9 bilik.
- Premier Suite / Designer - 6 bilik.
|
Bilik Utama Untuk Family Suite |
|
Bilik Kedua Untuk Family Suite |
|
Ruang Tamu untuk Family Suite |
|
Bilik utama untuk Premier Suite |
|
Ruang Tamu untuk Premier Suite |
Berikut adalah antara perkakasan/perkhidmatan bilik yang disediakan :
- Coffee / Tea making Facilities.
- Mini bar.
- 24hrs room service
- Broadband Internet Access (wifi).
- LED Television with Astro.
- Electronic Safe.
- Iron & Ironing Board.
- Hair Dryer.
- Wake-up call service.
|
Dapur |
|
Bilik Air |
Untuk pengetahuan semua, hotel ini juga menyediakan perkhidmatan bilik yang dipanggil Pits Stop (Charge Per hour) dimana para tetamu boleh berehat selama mana yang mereka mahukan, minimum ialah 1jam. Ha, sesuai la kan bagi pemandu yang menggunakan lebuhraya PLUS untuk berhenti berehat.
|
Hotel Casuarina @ Meru bersebelahan dengan Lebuhraya PLUS |
Kemudahan Lain Di Hotel Casuarina @ Meru
Kemudahan Rekreasi
- Pusat Kecergasan (gimnasium)
- Kedai serbaneka
- Pusat Perniagaan
Kemudahan Outlet Makanan dan Minuman
- Coffee House (24 hours)
- Room Service (24 hours)
- Patisserie
- Club Lounge
- Banquet & Catering Service
Kemudahan Lain
- Chauffer-Driven Limousine
- In Room Check-in
- Laundry service
- valet parking
- florist & gifts
- wireless internet access in all hotel areas
|
Kaunter penyambut tetamu |
|
Ruang menunggu di lobi |
|
Kedai serbaneka, gimnasium dan butik |
|
Tangga ke level atas |
Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Kalau pergi hotel, tak sah kan kalau tak cerita bab makan. Kami tiba di hotel ni tepat waktu makan tengah hari. Apa lagi, semua tak sabar nak menikmati buffet makan tengah hari yang disediakan. Ada macam-macam jenis lauk pauk, ulam-ulaman, buah-buahan yag disediakan. Memang tak larat nak rasa semua lah.. hehe
|
Welcome drink - Ipoh Famous White Coffee, sedap.. |
|
Banyakkan ulam-ulaman |
|
Semua beratur penuh kesabaran dan kelaparan..ekeke |
Sebenarnya buffet di Hotel Casuarina @ Meru ni ada tema tau. Maksudnya menu setiap hari berbeza. Jadi kalau nak rasa semua menu, kena la duduk seminggu...hehe..
Berikut adalah tema hidangan buffet mengikut hari :
- Isnin - Taj Mahal (North Indian cuisine).
- Selasa - Great Wall of China (China cuisine).
- Rabu - Banana Leaf (curry house).
- Khamis - Selera Kampung (Malay cuisine).
- Jumaat - Piza Ala Mamia (Italian cuisine).
- Sabtu - Sizzling BBQ Steamboat (Dinner only).
- Ahad - Around the world (Dinner only).
|
Hidangan istimewa di Hotel Casuarina @ Meru |
|
Buah-buahan yang dicucuk |
|
Bihun udang, skali ngap je ni...ekekeke |
|
Dessert yang menyelerakan |
|
Macam-macam ada |
|
Ni yang sempat aku amik..hehe |
Cara Menghubungi Pengurusan Hotel Casuarina @ Meru
Untuk pertanyaan lanjut tentang penginapan atau pakej-pakej perkahwinan serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan di Hotel Casuarina @ Meru, sila rujuk butiran seperti di bawah :
Alamat :
Casuarina@Meru
No. 1-C, Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.
Telepon : + 605 529 9999
Faksimili : + 605 529 9998
Email : info@casuarinahotels.com.my
Laman / Website : http://www.casuarinahotels.com.my
Jadi, bagi mana2 pemandu yang ingin berehat atau keluarga yang ingin bercuti ke Ipoh, Hotel Casuarina @ Meru amat sesuai menjadi pilihan penginapan anda.... adios
|
Sahabat media di Hotel Casuarina @ Meru |
10 Comments
Terdode ena tngok dessert yang disediakan. Bilik hotel ni pun selesa, cantik. Bolehlah apa apa hal nanti, ena ajak family ena bermalam di sini
ReplyDeletemenarik.. cntik bilik2 yg dtawarkn.. kmudhan yg amat bgus.. :)
ReplyDeletePenat memandu untuk perjalanan jauh boleh menginap untuk berehat.
ReplyDeleteterbaiklah hotel ni... meleleh air liur tengok makanan kat sini, parah..haha
ReplyDeleteBestnyaaaaaa...
ReplyDeletenyum nyum lazat...
sedapnyeeeee...
ReplyDeletemenyelerakanlah...
berapa harga pakej dinner kat sini setiap seorang..ingt nak bwak family
ReplyDeleteaulia... RM30 untuk dewasa rm21 untuk kanak2.. tapi bergantung pada promotion juga. boleh refer facebook mereka
DeleteBoleh bagi pakej dinner utk annual dinner sekolah pada tarikh 23/11 kapasiti 65 org. Boleh emailkan di nicikli8@gmail.com
ReplyDeleteMaaf Cikli72.. saya tak jual pakej. Boleh hubungi pihak hotel terus untuk dapatkan harga.. :)
Delete