Hotel Casuarina @ Meru | Hotel Pilihan Di Ipoh

Dik bee | Thursday, May 29, 2014 | 6 Comments
Hola semua,

Hotel Casuarina @ Meru | Hotel Pilihan Di Ipoh | Pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Perak melalui anak syarikatnya Perak Corporation Berhad (PCB) telah membangunkan semula sebuah hotel iaitu Hotel Casuarina @ Meru dengan anggaran kos sebanyak RM80 juta dan mula beroperasi lebih kurang 6 bulan lepas.


Hotel Casuarina @ Meru | Hotel Pilihan Di Ipoh
Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh

Baru-baru ini, pihak sahabat media telah dijemput untuk menghadiri sidang akhbar bersama pihak pengurusan Hotel Casuarina @ Meru untuk tujuan promosi. Seronok sangat pergi ke Hotel Casuarina @ Meru sebab layanan yang diberikan memang SUPERB.... semua staff ramah dan baik termasuk  Pengurus Besar Hotel iaitu En.Malizan Hj Zakari.

Sidang Media di Hotel Casuarina @ Meru
Sidang Media di Hotel Casuarina @ Meru

Kedudukan Hotel Casuarina @ Meru


Hotel Casuarina @ Meru telah dibina di tepi Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar ke Tol Jelapang Lumut Chemor menghala ke Bandar Meru Raya.  Selain itu, hotel ini juga terletak berhampiran dengan Terminal Bas Amanjaya dan Pasaraya Mydin. Senang kalau nak cari barang atau hendak mencari tempat makan. Kalau tempat menarik pula, hotel ini berdekatan dengan Meru Valley Golf & Country Club, Sunway Lost World of Tambun dan Air Terjun Ulu Chepor. Boleh bawa keluarga bercuti ke sana kan. hehe...

Pemandangan Luar Dari Hotel Casuarina @ Meru
Pemandangan luar dari tingkap boleh nampak Lebuhraya dan Terminal Amanjaya

Kemudahan Bilik Di Hotel Casuarina @ Meru


Hotel ini mengetengahkan konsep moden dan kontemporari ditambah dengan kelengkapan perkakasan bilik yang serba moden menjadikan tetamu berasa amat selesa. Terdapat 150 bilik mengikut kategori untuk pilihan tetamu. 

Berikut adalah kategori bilik yang disediakan :
  • Superior / Standard- 45 bilik.
  • Deluxe - 20 bilik.
  • Studio Suite - 70 bilik.
  • Family Suite - 9 bilik.
  • Premier Suite / Designer - 6 bilik.

Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Bilik Utama Untuk Family Suite

Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Bilik Kedua Untuk Family Suite

Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Ruang Tamu untuk Family Suite

Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Bilik utama untuk Premier Suite

Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Ruang Tamu untuk Premier Suite

Berikut adalah antara perkakasan/perkhidmatan bilik yang disediakan :
  • Coffee / Tea making Facilities.
  • Mini bar.
  • 24hrs room service
  • Broadband Internet Access (wifi).
  • LED Television with Astro.
  • Electronic Safe.
  • Iron & Ironing Board.
  • Hair Dryer.
  • Wake-up call service. 

Dapur Dalam Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Dapur

Bilik Air Dalam Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Bilik Air

Untuk pengetahuan semua, hotel ini juga menyediakan perkhidmatan bilik yang dipanggil Pits Stop (Charge Per hour) dimana para tetamu boleh berehat selama mana yang mereka mahukan, minimum ialah 1jam. Ha, sesuai la kan bagi pemandu yang menggunakan lebuhraya PLUS untuk berhenti berehat.


Bilik Hotel Casuarina @ Meru
Hotel Casuarina @ Meru bersebelahan dengan Lebuhraya PLUS

Kemudahan Lain Di Hotel Casuarina @ Meru


Kemudahan Rekreasi
  •     Pusat Kecergasan (gimnasium)
  •     Kedai serbaneka
  •     Pusat Perniagaan
Kemudahan Outlet Makanan dan Minuman
  •     Coffee House (24 hours)
  •     Room Service (24 hours)
  •     Patisserie
  •     Club Lounge
  •     Banquet & Catering Service
Kemudahan Lain
  •     Chauffer-Driven Limousine
  •     In Room Check-in
  •     Laundry service
  •     valet parking
  •     florist & gifts
  •     wireless internet access in all hotel areas

Kaunter Di Lobi Hotel Casuarina @ Meru
Kaunter penyambut tetamu

Ruang Lobi Hotel Casuarina @ Meru
Ruang menunggu di lobi

Kemudahan Rekreasi di Hotel Casuarina @ Meru
Kedai serbaneka, gimnasium dan butik

Tangga di Hotel Casuarina @ Meru
Tangga ke level atas

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru


Kalau pergi hotel, tak sah kan kalau tak cerita bab makan. Kami tiba di hotel ni tepat waktu makan tengah hari. Apa lagi, semua tak sabar nak menikmati buffet makan tengah hari yang disediakan. Ada macam-macam jenis lauk pauk, ulam-ulaman, buah-buahan yag disediakan. Memang tak larat nak rasa semua lah.. hehe

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Welcome drink - Ipoh Famous White Coffee, sedap..

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Banyakkan ulam-ulaman

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Semua beratur penuh kesabaran dan kelaparan..ekeke

Sebenarnya buffet di Hotel Casuarina @ Meru ni ada tema tau. Maksudnya menu setiap hari berbeza. Jadi kalau nak rasa semua menu, kena la duduk seminggu...hehe..

Berikut adalah tema hidangan buffet mengikut hari :
  • Isnin - Taj Mahal (North Indian cuisine).
  • Selasa - Great Wall of China (China cuisine).
  • Rabu - Banana Leaf (curry house).
  • Khamis - Selera Kampung (Malay cuisine).
  • Jumaat - Piza Ala Mamia (Italian cuisine).
  • Sabtu - Sizzling BBQ Steamboat (Dinner only).
  • Ahad - Around the world (Dinner only).  

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Hidangan istimewa di Hotel Casuarina @ Meru

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Buah-buahan yang dicucuk

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Bihun udang, skali ngap je ni...ekekeke

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Dessert  yang menyelerakan

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Macam-macam ada

Hidangan Istimewa Di Hotel Casuarina @ Meru
Ni yang sempat aku amik..hehe

Cara Menghubungi Pengurusan Hotel Casuarina @ Meru


Untuk pertanyaan lanjut tentang penginapan atau pakej-pakej perkahwinan serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan di Hotel Casuarina @ Meru, sila rujuk butiran seperti di bawah :


Alamat :
Casuarina@Meru
No. 1-C, Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh
Perak Darul Ridzuan.

Telepon : + 605 529 9999
Faksimili : + 605 529 9998
Email : info@casuarinahotels.com.my
Laman / Website : http://www.casuarinahotels.com.my

Peta Lokasi Hotel Casuarina @ Meru

Jadi, bagi mana2 pemandu yang ingin berehat atau keluarga yang ingin bercuti ke Ipoh, Hotel Casuarina @ Meru amat sesuai menjadi pilihan penginapan anda.... adios

 
Sahabat Media Di Casuarina @ Meru
Sahabat media di Hotel Casuarina @ Meru

 

 

 


6 comments:

  1. Terdode ena tngok dessert yang disediakan. Bilik hotel ni pun selesa, cantik. Bolehlah apa apa hal nanti, ena ajak family ena bermalam di sini

    ReplyDelete
  2. menarik.. cntik bilik2 yg dtawarkn.. kmudhan yg amat bgus.. :)

    ReplyDelete
  3. Penat memandu untuk perjalanan jauh boleh menginap untuk berehat.

    ReplyDelete
  4. terbaiklah hotel ni... meleleh air liur tengok makanan kat sini, parah..haha

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaaaaa...
    nyum nyum lazat...

    ReplyDelete
  6. sedapnyeeeee...
    menyelerakanlah...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan surat cinta anda di sini jika anda rasa saya sangat comel... (^_^)v

Entri Panas!!

Pinglah.my

Design By dikbee | Powered By Blogger