Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang

Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang | Assalamualaikum semua.. Pernah tak masa kecil-kecil dulu mak ayah kita pesan "Jangan ditahan kencing tu, nanti kena batu karang!" Sis rasa korang pun mesti selalu dapat pesanan ni kan. Sama la dengan sis, sebab tu time tido selalu melepas atas tilam sebab dah tak tahan sangat...oppsss, alashonnn tulll.. haha, tu time masa zaman kanak-kanak ye. Sekarang tidak la nak melepas atas tilam tapi boleh dikatakan hampir tiap malam juga terjaga dan ke tandas sebab nak buang air kecil. Maklum la musim hujan kan, sojukkkk...hehe

Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang

Sebut pasal penyakit batu karang ni jangan dibuat main-main ye, jika berlarutan boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Sis pernah ada kenalan yang kena penyakit batu karang ni. Beliau selalu mengadu sakit pinggang dan akhirnya sis dapat berita beliau perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu karang tu. Adoiii seram kan. Tapi betul ke penyakit batu karang ni disebabkan selalu tahan kencing? Ok, ni sis kongsikan sedikit info dari Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penyakit batu karang :

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal. Biasanya air kencing mempunyai bahan yang dipanggil ‘penghalang’ yang menghalang pembentukan batu karang, tetapi ada setengah kes ia tidak berfungsi. Kepekatan air kencing yang tinggi ini biasa terjadi pada mereka yang sering kali kekeringan (dehydrasi) kerana kurang pengambilan cecair. Sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai paras bahan ini yang lebih tinggi dari paras normal di dalam darah dan meningkatkan jumlah bahan ini di dalam air kencing. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing seperti pembesaran kelenjar prostat, takungan air kencing akan menyebabkan berlakunya jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang-ulang. Sebahagian pesakit mungkin dilahirkan dengan saluran air kencing yang tidak normal yang menyebabkan halangan pada saluran air kencing.

Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.

Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang
kredit : Dr Ahmad Samhan

Actually bila dah baca detail mengenai penyakit batu karang ni bukan lah kerana selalu tahan kencing tapi berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh. Ia akan menyebabkan batu-batu halus terbentuk dalam saluran air kencing dan amat menyakitkan. Selain dari itu, faktor dari sejarah keluarga serta pengambilan makanan seperti daging, organ dalaman haiwan, garam, kacang, bayam, coklat, keledek, atau beberapa jenis ubat yang berlebihan juga boleh menjadi faktor pembentukan batu karang. Sebaliknya tabiat menahan kencing ini pula akan meningkatkan risiko tubuh untuk terdedah dengan kuman yang bakal menyerang pundi serta fungsi buah pinggang dipanggil UTI (Urinary Tract Infection).

Tanda-tanda sakit batu karang :
1. Rasa sakit ketika buang air kecil
2. Sakit di bahagian dekat buah pinggang
3. Rasa loya
4. Merasa kencing berpasir
5. Kencing bercampur darah

Owh, cenggitu rupanya. So penting ye kita kena memastikan pengambilan diet makanan yang betul agar dapat menjaga kesihatan buah pinggang kerana ia juga merupakan organ terpenting dalam tubuh. Maklum la bila umur dah berusia ni risau juga takut-takut penyakit yang tak diduga ni timbul sebab ada ye orang yang kena penyakit batu karang tapi tiada menunjukkan sebarang simptom atau kesakitan. Ha, ghisauuu ye ghisauuuu...


Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang


Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Kini terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit batu karang. Tapi kalau boleh jangan lah sampai memudaratkan badan baru nak mencari ubat kan. Peribahasa juga ada menyebut 'Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati'. So untuk membantu kesihatan buah pinggang, sis nak kongsikan satu produk iaitu Himalaya Cystone Tablets. Sebut je jenama Himalaya, sis yakin uols semua mesti dah tau kan. Sis sendiri memang dah lama menggunakan pelbagai jenis produk Himalaya.


Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang

Cystone dari Himalaya adalah tablet daripada herba terpilih yang digunakan untuk mengatasi masalah jangkitan kuman di saluran kencing. Cystone juga mempunyai sifat anti-lithiatic (menghalang pembentukan batu karang) dan lithotriptic (melarutkan batu karang). Ia menghalang pengumpulan, pemendapan dan penepuan lampau bahan kimia calculogenic seperti asid oksalik dan kalsium hidroksiprolin dalam air kencing. Tindakan ini menghalang pembentukan batu karang. Sifat lithotripticnya melarutkan mucin, yang mengikat zarah batu bersama-sama. Cystone juga merupakan diuretik yang membuang batu kecil dari buah pinggang.

Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang

Kelebihan Himalaya Cystone Tablets :
Cystone membantu menguraikan keluar batu-batu kecil dari buah pinggang dan menghalang jangkitan pada saluran kencing.
Cystone menormalkan pH kencing dan mengurangkan rasa sakit semasa membuang air kecil. Antimikro akan melawan patogen kencing biasa yg mengurangkan rasa sakit dan anti-radang.
Cystone membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit semasa kencing atau kencing berdarah dan kena hyperuricemia (gout)

Himalaya Cystone Tablets bagus untuk merawat :
Batu karang
Crystalluria - kehadiran kristal dalam air kencing
Urinary Tract Infection (UTI) - Jangkitan saluran kencing oleh mikroorganisma (kuman) pada bahagian tertentu saluran kencing samada pada ginjal, ureter, pundi kencing dan urethra.
Kencing kotor
Kencing berdarah
Penyakit asam urat (gout)

Kandungan bahan dalam Himalaya Cystone Tablets :
Saxifraga Ligulata (Pasanabheda) - mempunyai sifat diuretik, demulsen dan antimikrob. Oleh kerana kandungan lendir yang tinggi, yang menjadikan herba sebagai sifat demulsennya, Pasanabheda menenangkan dan melindungi tisu dalaman yang merengsa atau meradang. Sebagai diuretik, herba membantu membuang batu kecil dan kerikil bersama air kencing.
Didymocarpus Pedicellata (Shilapushpa) - Shilapushpa(Didymocarpus pedicellata) terkenal dengan sifat antilithiatiknya, yang menghalang pembentukan batu kencing. Sebagai lithotriptic, Shilapushpa membantu melarutkan batu karang. Herba ini juga terkenal dengan sifat antimikrobnya.
Rubia Cordifolia (Indian Madder) - spesies dari tanaman berbunga di dalam kopi keluarga, Rubiaceae. Ia telah ditanam untuk pigmen merah yang berasal dari akar. Rubia Cordifolia (Indian Madder) merupakan agen antiseptik, anti-radang yang mempunyai kesan menenangkan pada kulit.
Tribulus Terretris (Small Caltrops) - Tribulus Terrestris tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular.

Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang

Untuk pengetahuan korang, sis dah pun mula mengamalkan pengambilan Himalaya Cystone ni. Eh, jangan salah faham. Buat masa ni sis sihat ye Alhamdulillah, tiada masalah kencing kotor ataupun buah pinggang. Cuma ada la juga masalah kencing tak lawas. Lagipun tak salah untuk consume Himalaya Cystone ni bagi yang tiada sakit buah pinggang kerana ia dapat membantu mengekalkan kesihatan buah pinggang dan supaya saluran kencing berfungsi dengan normal. Mudah je nak makan sebab Himalaya Cystone ni didatangkan dalam bentuk tablets. Lagipun sis banyak baca review dan testimoni pengguna Himalaya Cystone ni. Rata-rata semua berpuas hati ye. Jangan risau, tiada side effects jika diambil dalam dos yang dibenarkan.

Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang

Pengambilan dos yang disarankan :
👉 Bagi pesakit batu karang makan 3 tablets 2 kali sehari selepas makan sehingga batu karang keluar
👉 Bagi menghalang pembentukan batu karang makan 1 tablet 2 kali sehari selama 6 bulan
👉 Bagi kencing kotor dan gout makan 2 atau 3 tablets 2 kali sehari sehingga tiada lagi simptom dan pulih sepenuhnya.
Note : selamat diambil oleh wanita hamil selepas Trimester Pertama

Saiz pek :
💥 100 tablet per botol

Kebaikan Himalaya Cystone Tablets Untuk Bantu Kesihatan Buah Pinggang

Jika ada di antara pembaca sis yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Himalaya Cystone boleh klik di sini https://himalayawellness.my



Post a Comment

3 Comments

  1. adakah produk himalaya sediakan ubatan utk warga mas yg lemah syawat.

    ReplyDelete
  2. Salam hai sis. Kalau saya kena kencing kotor, tp bukan sbb batu karang. Boleh ke consume ya?

    ReplyDelete
  3. Kencing berbuih boleh makan ubat ini

    ReplyDelete