Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, Mid Valley Megamall

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, Mid Valley Megamall | Assalamualaikum semua.. Pejam celik tak sampai sebulan lagi kita akan melangkah ke tahun baru kan. Fuhh, cepat betholll masa berlalu. Macam biasa, apa azam baru tahun depan? Macam sis tak ada apa yang nak diimpikan melainkan sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki pun dah cukup baik dah. Maklum la bila dah tua-tua ni badan selalu sakit-sakit kan. Aishhh, kan best kalau ada tukang urut.. ehh..

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

Sebut pasal mengurut, ni sis nak bagitahu mengenai pembukaan semula OGAWA Concept Store di MidValley Megamall. Yay, Tahniah OGAWA. Sebagai pengunjung tetap Mid Valley, of course la sis tak ketinggalan untuk singgah dan merasai sendiri pengalaman dalam kedai yang baharu dengan konsep yang lebih selesa, canggih dan elegan. Serius memang best tau sebab sempena melangkah ke tahun baru, OGAWA juga memperkenalkan teknologi hibrid pintar bagi memberikan kepuasan kepada pelanggannya.

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

Wow, teknologi hibrid pintar tu. Ini bermakna dengan konsep baharu ini, OGAWA Concept Store menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global dan tawaran pengalaman terbaik yang sesuai dengan khalayak sasaran abad moden. Daripada estetika dalaman kedai kepada identiti jenama logo yang dipertingkatkan, OGAWA Concept Store menandakan satu lagi babak transformasi yang mengintegrasikan kedua-dua kehidupan pintar dan pengalaman runcit fizikal yang memberikan “Smart Living” yang mengasyikkan dengan cara yang mudah.

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

Bila melangkah je masuk ke bahagian dalam OGAWA Concept Store ni mata sis terus teruja ye dengan reka bentuk dalaman kedai itu yang menggabungkan warna rose gold dan putih sebagai warna utama yang dipadankan dengan warna coklat kayu bagi memberikan mood yang tenang dan harmoni. Penggunaan pencahayaan di setiap ruang juga menyerlahkan kualiti produk OGAWA yang dipamerkan.

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

Sis perasan tau ada bahagian dinding yang direka secara membulat menjadikan ruang di dalam kedai nampak lebih luas gitu. Susunan kerusi urut OGAWA juga disusun secara rapi dengan jarak yang bersesuaian agar pengunjung selesa untuk berinteraksi secara langsung dengan produk dan seterusnya mencuba sendiri produk tersebut. Selain dari itu, logo OGAWA juga diberi kesegaran daripada warna hijau kepada warna putih.

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

“Selepas pertimbangan dan penyelidikan yang teliti, kami menghasilkan reka bentuk dan konsep dalaman baharu yang melambangkan kemodenan dan inovasi - elemen utama yang menyampaikan misi dan orientasi kami sebagai peneraju inovator kesihatan global, sambil kekal berpegang teguh pada reputasi kami yang sentiasa menginovasi teknologi kesihatan. dan produk untuk meningkatkan gaya hidup orang di seluruh dunia, untuk hari ini dan juga esok.
“Kami mahu pelanggan kami menikmati kehidupan yang menyenangkan, maju dan sihat apabila mereka berada dalam keselesaan rumah mereka sendiri, tetapi juga dengan mudah menyepadukan dengan gaya hidup pintar yang (hampir) setiap isi rumah Malaysia wujudkan. Oleh itu, bukannya konsep runcit biasa, kami mencipta persekitaran yang selesa lagi futuristik di mana apabila mereka melangkah masuk ke kedai kami, ia akan berasa seperti di rumah sendiri.”
~ Datuk Lim Mee Ling, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif OGAWA Malaysia ~

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

Bahagian kaunter perkhidmatan pelanggan juga dinaik taraf dan terdapat juga satu bahagian VVIP eksklusif didedikasikan khas untuk pelanggan yang telah lama menyokong OGAWA. Paling menarik pelanggan juga boleh merasai keunggulan produk OGAWA, Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang luas, menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) termaju termasuk pengecaman muka, Penjejak Kesihatan dan Pengimbas™, dan Automatik Berkuasa AI.

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

Sis sendiri dah cuba OGAWA Master Drive AI 2.0 tau. Memang best giler, siap ada penganalisis yang menggunakan algoritma untuk mengumpul dan mengurus data untuk menyesuaikan kerusi urut ini dengan senarai penyelesaian yang disyorkan dan diprogramkan bagi menyasarkan kawasan masalah kita dengan tepat. Pastu kan canggih tau OGAWA Master Drive AI 2.0 ni. Boleh beroperasi hanya dengan arahan suara ye. Ni yang buat sis berangan nak sebiji kat rumah.

Tahniah Atas Pembukaan Semula OGAWA Concept Store, MidValley Megamall

Oh ya, sempena pembukaan semula ni OGAWA akan menawarkan jualan Krismas eksklusif di mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50%, dengan pelan 0% sehingga 68 bulan, hanya tersedia di cawangan OGAWA. Untuk maklumat lanjut mengenai OGAWA Concept Store atau kemas kini terkini, sila layari https://www.ogawaworld.net/.




Post a Comment

0 Comments