AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA

AIR ASIA TAWAR 3 JUTA TEMPAT DUDUK PERCUMA | Wahhh.... Promosi Air Asia Free Seat dah mula la.. Air Asia dah buka tempahan untuk tempat duduk percuma bermula 22 Jun lepas. Ni la masanya nak beli tiket kalau nak bercuti. Murah kot. Tapi untuk percutian tahun depan la ekk.. hehehe... 

Air Asia Tawar 3 juta Tempat Duduk Percuma
Air Asia Tawar 3 juta Tempat Duduk Percuma
sumber : www.airasia.com

"Tempat duduk percuma kami kembali lagi dan kami berharap lebih ramai akan mengambil peluang ini untuk melakukan perjalanan dan meneroka tempat baharu. Ini merupakan waktu yang sesuai untuk pengguna kami merancang percutian dan perjalanan mereka untuk tahun depan," kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Siegtraund Teh dalam kenyataan hari ini.

Kalau korang nak tau, Air Asia tawar 3 juta tempat duduk percuma ( free seat )untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa seperti Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Langkawi, Penang, Terengganu, Kuching, Miri, Ho Chi Minh, Surat Thani, Lombok, Bangkok, Singapura, Jakarta, Xi’an dan banyak lagi destinasi lain. 

Bagi promosi tersebut, pengguna hanya perlu membayar cukai dan fi yang dikenakan manakala tempat duduk adalah percuma. Tempat duduk promosi ini sedia untuk tempahan dari 22 Jun hingga 28 Jun 2015, bagi perjalanan dari 15 Feb hingga 31 Ogos 2016.

Air Asia Tawar 3 juta Tempat Duduk Percuma


Jadi, apa tunggu lagi. Tinggal 2 hari je lagi nak rebut peluang ni. Korang boleh layari laman web www.airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia di iPhone dan peranti Android, dan juga laman web mudah alih AirAsia di mobile.airasia.com untuk membuat tempahan. Selamat bercuti..




Post a Comment

4 Comments

  1. cepat-cepat kita rebut peluang keemasan yang ada ini... thanks db for sharing... salam jumaat dan selamat menjalani ibadah puasa...

    ReplyDelete
  2. waaaa ni kena plan bercuti ni hehehhe

    ReplyDelete