Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting | Pakej Behind The Scenes Tour merupakan salah satu pakej yang disediakan oleh pihak Resorts World Genting kepada pengunjung untuk mengetahui di sebalik tabir apa yang berlaku setiap hari di sana. Selain tu, kita pun boleh belajar banyak benda terutama dari segi teknikal dan pengurusan untuk melancarkan operasi.

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting


First World Hotel Laundry


Sebagaimana yang kita tahu, Genting Highlands merupakan pusat hiburan yang terbesar di Malaysia. Di sana juga terdapat banyak hotel yang tersedia untuk pengunjung. Cuba bayangkan jumlah bilik yang banyak dan pengunjung yang datang bersilih ganti, macam mana pihak pengurusan hotel menguruskan kebersihan terutama bahagian laundry ataupun dobi. Jadi, bila berpeluang untuk merasai pengalaman Behind The Scenes ni, baru aku tau macam mana mereka buat.

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Kat sini, semua kerja dilakukan dengan menggunakan mesin yang besar-besar. Dah macam dalam kawasan kilang, tapi sebenarnya inilah pusat dobi yang terbesar di Malaysia. Hebat kan, terasa kecik pulak aku tengok washing machine kat rumah ni.. hehe...

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Semua cadar, sarung bantal dan lain-lain dikumpulkan dan diasingkan untuk memudahkan kerja-kerja pencucian. 

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Setelah diasingkan, cadar dan sarung bantal akan dihantar ke mesin untuk kerja-kerja pencucian. 

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Lepas cuci, semua cadar dan sarung bantal ni akan dihantar pula ke bahagian pengeringan. Mesin untuk mengeringkan cadar berbeza dengan mesin untuk mengeringkan sarung bantal.

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Dengan adanya kemudahan mesin-mesin ini, maka kerja-kerja pencucian akan menjadi lebih cepat. 

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Ni pulak bilik untuk bahagian kerja-kerja iron. Ha, iron yang diorang pakai bukan macam iron kita kat rumah atau steam iron kat pasaraya tu. Iron mereka canggih tau, boleh iron satu baju sekaligus dalam masa yang singkat tau. Canggih tak? Tapi harganya pun canggih la jugak. hehe

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

See, Do & Eat Workshop


Lepas habis sesi melawat First World Hotel Laundry, perut pun rasa lapar. Now, it's time for See, Do & Eat Workshop session. Maksudnya ada makan... yeayyy...

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Kat depan kami ada tersusun bahan-bahan untuk membuat topping donut dan juga bento. Ha, kau.. ingat boleh duduk dan ngap je ke. Kena buat sendiri tau. Tapi seronok wei sebab kita boleh bubuh apa yang kita suka. Lagi satu boleh tengok tahap kreativiti masing-masing. so, let's do it...

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Kami dibahagi kepada dua bahagian, sape nak buat donut atau bento. Aku pilih buat donut dulu. Dengan muka confident apa lagi masing-masing pun mula la menghias donut. 

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Tadaaaa... selepas berhempas pulas (ceh, gimik je ni..hihi) maka ni la hasil donut kami. Cuba teka mana satu aku punya? hahaha... biarla rahsia... Tapi nak bagitau, donut dia sedap tau. dah la lembut, tambah pulak dengan topping yang melampau-lampau (kat kedai jangan harap la nak dapat gini)...

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Lepas settle buat donut, kami buat bento pulak. Korang tau ke bento tu ape? kalau tak tau, bento ni makanan jepun ala-ala macam sushi tu. Ada nasi pulut, telur ikan, telur, jejari ketam, dan sayuran. Untuk nasi pulut tu, kami diberi acuan bentuk teddy bear. Comel sangat.. 

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Walaupun first time buat bento, tapi menjadi jugak bento aku haha... ni la hasil bento aku. cuba teka yang kiri ke kanan... (klu, bento yang paling comel tu la aku punya)... hehe

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Genting International Showroom


Ok, perut dah kenyang, kami semua dibawa ke Genting International Showroom pula untuk melihat bagaimana mereka membuat persiapan dari segi lighting dan sound system untuk sesebuah persembahan. 

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Kalau korang nak tau, Genting International Showroom ni antara tarikan utama di Genting Highlands. Kat sini banyak persembahan-persembahan tempatan dan antarabangsa telah diadakan. Tapi untuk hari ni, persembahan Superstars of Magic 4 akan diadakan di sini.

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting
 
Kami diberi penerangan mengenai peralatan-peralatan dan juga info teknikal mengenai bagaimana pencahayaan dan bunyi dilakukan untuk sesebuah persembahan.

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting   Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Selain itu, kakitangan Genting International Showroom juga membuat demo penukaran warna lampu, bunyi dan juga penggunaan asap. Dalam hati terdetik, oooo, macam tu rupanya... hehe

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Selepas selesai sesi penerangan di Genting International Showroom, kami berpeluang menonton persembahan Superstars of Magic 4. Wahhh, walaupun kali kedua tengok magic show depan mata, perasaan teruja tetap ada sebab kagum dengan teknik yang mereka guna. Kalau nak tau lebih lanjut pasal magic show ni, nanti aku cerita dalam next entri.

Behind The Scenes Tour | Resorts World Genting

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil pakej Behind The Scenes Tour ni : 

Harga tiket : Biasa (RM28.00) per pax     |    Genting Rewards Member (RM25.00) per pax 

atau boleh rujuk di laman web ni www.rwgenting.com untuk booking.



Post a Comment

0 Comments