MALAM KALIMAH CINTA DI ISTANA BUDAYA MEMUKAU PENONTON

MALAM KALIMAH CINTA DI ISTANA BUDAYA MEMUKAU PENONTON | Alhamdulillah, mengambil keberkatan Hari Maulidur Rasul aku berkesempatan menonton Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya dua hari berturut-turut. Ini kerana kedua-dua malam tersebut menampilkan artis yang berbeza. Jadi nak rasa la jugak feel kedua-dua malam tu kan. 

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Team blogger

Jujur aku cakap, ini pertama kali aku pergi ke konsert yang berunsur islamik macam ni. Ternyata persembahan Malam Kalimah Cinta yang berdurasi 90 minit ni sangat memukau dan menenangkan jiwa dengan alunan zikir dan selawat. 

Malam Kalimah Cinta Bersama Opick, Siti Nordiana Dan Ronnie Hussein


Bagi malam pertama iaitu pada 23 Disember 2015, persembahan Malam Kalimah Cinta menampilkan Opick, Siti Nordiana dan Ronnie Hussein. Selama ni dengar kat radio je diorang ni tapi bila dengar secara live. ternyata ketiga-tiga penyanyi ni mempunyai suara dan vokal yang mantap. 

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Opick

Sebagai pembukaan, Opick tampil dengan lagu medley Tafakur dan Ya Nabi Salam. Oh ya, persembahan Opick malam ni turut diiringi oleh kumpulan pemuzik yang di bawa khas dari Indonesia iaitu Tombo Ati. Lebih kurang 23 buah lagu dinyanyikan oleh Opick termasuk secara berduet dengan penyanyi Siti Nordiana dan Ronnie Hussein

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Opick dan Siti Nordiana

Malam Kalimah Cinta menjadi semakin meriah bila tiba giliran Juara GegarVaganza 2015 naik ke pentas. Cantiknya Siti Nordiana... skirt dia pun lawa. Siti Nordiana mendendangkan dua buah lagu secara berduet bersama Opick.

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Siti Nordiana

Menurut Siti Nordiana (Nana), peluang membuat persembahan bersama Opick merupakan satu pengalaman yang sangat berharga sebab dia pun meminati Opick. Bagi Nana Opick seorang penyanyi yang sentiasa membuktikan dengan kesungguhan dan keikhlasan dalam setiap lagu yang dihasilkan dan didendangkan.

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Opick dan Ronnie Hussein

Keindahan Malam Kalimah Cinta diwarnai lagi dengan penampilan Ronnie Hussein, penyanyi yang mempunyai vokal yang lunak dan sedap. Suka dengar lagu 'Dikoyak Waktu' nyanyian beliau... best sangat lagu tu.

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Ronnie Hussein

Kali ni di Malam Kalimah Cinta bersama Opick, Ronnie mendendangkan 2 buah lagu. Ronnie sangat berterima kasih kepada Mask Team dan Indigital kerana memberi peluang untuk berkongsi pentas bersama Opick penyanyi yang cukup disegani di Indonesia dan Malaysia. 

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Malam Kalimah Cinta bersama Opick, Siti Nordiana Dan Ronnie Hussein

Persembahan Opick, Siti Nordiana dan Ronnie Hussein sangat memuaskan hati. Opick pun berharap semua yang hadir berasa puas dan terhibur dengan persembahannya dan rakan-rakan.

"Meskipun hanya 1 malam, sambutan dan energi yang diberikan oleh penonton, 
benar-benar membantu menaikkan lagi semangat Opick"

Malam Kalimah Cinta Bersama Hafiz Hamidun Dan Lah Ahmad


Malam kedua aku pergi lagi ke Istana Budaya sebab nak melihat persembahan Hafiz Hamidun dan Lah Ahmad. Lagipun dengar kata persembahan malam ni akan menampilkan persembahan yang berbeza dan ada something yang menarik. Fuhhh.... tu yang sanggup mai malam kedua ni.

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Hafiz Hamidun

Konsert Terapi Hati pada malam kedua Malam Kalimah Cinta menampilkan penyanyi Hafiz Hamidun bersama Lah Ahmad. Semua dah maklum yang Hafiz Hamidun ni mempunyai vokal yang mantap dan lagu-lagu ketuhanan yang dinyanyikan olehnya boleh menusuk ke kalbu. Untuk malam ni, penyanyi dan komposer terkenal itu menyampaikan lagu ketuhanan dan alunan zikir yang dimuatkan dalam album Zikir Terapi 1, 2 dan 3.

Selain dari kemantapan suaranya, persembahan Hafiz Hamidun turut disertai dengan prop dan efek yang memukau. Bayangkan di pentas Istana Budaya ada bulan dan hujan. Perghhhh... pertama kali melihat persembahan dengan efek dan prop macam ni. Nampak real tau.

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Efek bulan di atas pentas

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Bulan berwarna merah

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Efek hujan di atas pentas

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Hafiz Hamidun dan Lah Ahmad

Persembahan malam tersebut turut diserikan dengan penampilan Lah Ahmad. Lah Ahmad, satu nama yang cukup dikenali menerusi kumpulan Voices of Euphonious (V.E) suatu ketika dahulu dan terbaru berlakon dalam Telefilem Dibawah Langit Mu Aku Berselawat menampilkan persembahan yang sangat mantap. Dah lama tak dengar dia menyanyi. Dulu suka dengar lagu 'Ayu'...

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Lah Ahmad

Secara keseluruhannya, Malam Kalimah Cinta di Istana Budaya sangat memukau penonton. Persembahan yang penuh dengan pelbagai pengisian dan mampu memberi ketenangan dan terapi jiwa kepada semua penonton. Terima kasih kepada pihak Mask Team dan Indigital kerana sudi menjemput kami ke Malam Kalimah Cinta ni. Tahniah!!! semoga akan ada lagi persembahan sebegini pada masa akan datang. Oh ya, untuk malam kedua ini, Timbalan Perdana Menteri dan isteri turut hadir untuk menonton Malam Kalimah Cinta. 

Malam Kalimah Cinta Di Istana Budaya Memukau Penonton
Timbalan Perdana Menteri dan isteri turut hadir untuk menonton Malam Kalimah Cinta



Post a Comment

1 Comments