MENGIDAM ICE BUCKET DI AEON SHAH ALAM

MENGIDAM ICE BUCKET DI AEON SHAH ALAM |Assalamualaikum semua.. Ingat tak dulu pernah viral cabaran 'Ice Bucket Challenge'?? Tapi kali ni satu lagi viral iaitu aiskrim dalam baldi di ICE BUCKET AEON SHAH ALAM. Pergghhh... terliur weii tengok kat Instagram diorang. Dah lama mengidam nak makan Ice Bucket ni tapi nak mai makan kat sini sorang-sorang memang tak berbaloi la kan.

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Mengidam makan Ice Bucket di AEON Shah Alam

So, Sabtu lepas tanpa dirancang budak-budak Projek Travel ajak mai sini. Wow, pucuk dicita ulam mendatang. Aku yang tengah dok golek-golek atas katil, terus melompat dan bersiap. Nasib baik jarak rumah dengan Aeon Shah Alam ni dokek yo. Sambil siap, dah terbayang rupa Ice Bucket depan mata.. hiuk hiukkkk....

Walaupun aku orang paling last siap, tapi disebabkan jarak dekat + tak jem maka aku lah yang sampai dulu. So, aku pegi la beratur dulu. Alhamdulillah line tak panjang. Depan aku cuma ada dua group sahaja. Kira aku yang ketiga la. Memang rezeki kitorang kot sebab sebelum ni aku pernah tengok orang beratur dari kedai ni sampai ke escalator nun. Nasib masa tu takde niat nak mai makan sini sebab time tu jumpa member je. Kalau tak kempunan la.

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Outlet Ice Bucket di AEON Shah Alam

Ok, walaupun orang ketiga, tapi masa menunggu agak lama tau uolsss.. sebab tempat kat situ limited. Tambahan pulak yang datang kebanyakan by group. So, memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ye. Takpe-takpe, demi ice bucket yang menggiurkan, aku sabar beratur. Lagipun budak-budak ni tak sampai lagi. So, not in hurry la... Sambil-sambil tu dok perati konsep kedai ni. Nampak tak baldi-baldi yang bergantungan tu. Itu baldi bukan sebarang baldi tau, baldi disusun rapi sebagai lampu. Kreatif giler idea diorang kannn...

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Muka lega sebab dah dapat tempat duduk

Bila budak-budak ni sampai, tak lama tu kitorang dapat tempat duduk.. Ok, kita selfie dulu. Harus la selfie kan sebab dah penat beratur. Lagipun nak tunjuk muka masing-masing yang tak sabau nak membaham sebaldi aiskrim... hahahha....

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Pilih menu dan tulis atas kertas order

Kat sini konsep dia tulis sendiri nak order ape. Kalau rasa-rasa nak cepat, masa beratur tu korang decide la nak pilih apa siap-siap sebab ada menu kat depan masa beratur tu. Jadi bila waiter bagi pensel dan kertas boleh terus tulis. Kalau tak, korang belek la menu tu sampai lebam.. hahaha... cepat la weiii pilih, tak sabau dah ni..

Dah penat-penat beratur, takkan nak order takkan order ice bucket je kan. Harus la order jugak makanan untuk kudap-kudap kan. So, kitorang order jugak Homemade Chicken Meatballs dan Bucket Potatoes. Untuk Ice bucket kitorang order Ice Fruit Bucket.

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Bucket Potatoes

BUCKET POTATOES
Harga : RM6.90


Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Homemade Chicken Meatballs

HOMEMADE CHICKEN MEATBALLS (8pcs)
Harga : RM15.90


Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Ice Fruit Bucket

ICE FRUIT BUCKET
Harga : RM29.90

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Muka acah-acah terkejut tengok Ice Fruit Bucket

Tudia... ternganga besaq mulut tengok Ice Fruit Bucket... lakonan sangat kan... hahaha...padahal tak tau pulak ada orang curik-curik snap gambar... don't worry, kami bukan order sorang satu. Satu bucket tu sharing ramai-ramai. Diorang akan bagi mangkuk kecil sorang satu. Tapi kalau sape boleh habiskan sorang satu bucket tu memang terror la... Eh, alalala kesian plak bagi yang takde partner tapi mengidam nak makan kat sini. Sebenarnya ada yang versi biasa cuma takdela istilah bucket kan..hehe

Ice Bucket versi small size untuk seorang

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Tercapai hajat nak makan Ice Bucket.. yummy

Bagi aku berbaloi makan kat sini walaupun beratur panjang sebab makanan sedap dan harga pun berbaloi. Ice Fruit Bucket yang kami pilih ni penuh dengan lapisan buah-buahan dan siap ada aiskrim lagi kat atas tu. Rasa dia pun tak terlalu manis. So, tak cepat muak. Next time nak datang lagi la sebab nak rasa yang coklat pulak.

Next time nak rasa Ice Chocolate Bucket plak

Mengidam Ice Bucket Di AEON Shah Alam
Ice Bucket AEON Shah Alam

So, kalau korang nak merasai keenakan Ice Bucket yang viral kat social media ni boleh la datang ke AEON Shah Alam dan AEON Ipoh Klebang. Setakat ni baru dua sahaja outlet mereka. Harap lepas ni ada banyak lagi outlet dibuka. Pesanan, jangan lupa datang dengan hati yang sabar sebab korang kena beratur sementara untuk menunggu tempat duduk. Kalau nasib baik, pendek barisan, kalau timing tak kena, panjang la barisannya. Bila dah sampai giliran, sila enjoy makan ICE BUCKET dan jangan lupa selfie dan kongsikan di media sosial ye.


Outlet Ice Bucket Malaysia:
AEON, Ipoh Klebang
AEON, Shah Alam

Waktu operasi:
10am-10pm
(last order 9.30pm)

Facebook:

Instagram
#icebucket
#icebucketipoh
#icebucketshahalam




Post a Comment

3 Comments

  1. wah....
    nampak macam sedap sangat...
    tapi kt jb tak ade ...
    berhuhu je la jawabnya...

    kaissi.my

    ReplyDelete
  2. Wahh. Harus cuba ni sebelum berpantang. Hehehe. Memang ramai rekemen makan kat sini.😍😍😍

    ReplyDelete
  3. Aduhhh.... dugaan di bulan puasa.... Tak per, lepas raya kita serbu....

    ReplyDelete